LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 30 May 2011

SUSU....NIKMAT TAK TERNILAI KURNIAAN ALLAH SWT

Syukur pada Allah SWT dan berterimakasih kepada kerajaan semasa kerana inisiatif susu untuk pelajar2 sekolah.

Dapat 6 kotak-3 orang bersekolah rendah dengan 2 kotak
bagi setiap pelajar, yang satu lagi dah minum dah


Dengan anak seramai 5 orang, kekadang tu tak sempat tengok juga keperluan kesihatan mereka. Mungkin sesetengah orang perkara ini biasa, tetapi bagi aku, sedikit tersentuh kerana selama ini, aku tak pernah merasa program susu sebegini. Syukur pada Allah SWT kerana anak2 aku dapat merasa susu free ni, kerana aku sendiri tak pernah merasa masa aku bersekolah dahulu.... Kata orang bijak pandai "Ingatlah kebaikan orang kepada kamu..."








Thursday 26 May 2011

RAYA BAKAL MENJELANG TAK LAMA LAGI...., HATI-HATILAH UMAT ISLAM

Kuih raya..... namanya pun sempena hari raya. Kalau tak dak kuih, tak sah raya tu, macam suatu kekurangan la pulak. Tambahan pulak, raya ni hanya setahun sekali. Aku nak share sesuatu yang amat penting bagi kita-kuih raya, yang akan menjadi darah daging kita pada hari raya nanti. Tengok betoi-betoi....

Tengok tarikh bro, masih baru lagi tu 18Mei2011.
Butter dari New Zealand jenama "Golden Churn Creamery Butter"


Jangan kita lupa, ilmu yang bermanfaat wajib disebarkan. Cuma berhati-hatilah dengan kuih yang dibeli, sebab kita tak tahu butter jenama apa yang digunakan? Tepuk dada, tanya iman.


Tuesday 24 May 2011

CERITA BESI LA PULAK KALI NI....

Huaaa, kali nie aku nak bercerita tentang besi la pulak. Selalu dok layan cerita basikal, mtb dan rb. Kali nie nak cerita tentang besi-bumbung awning. Jom tengok/membaca wahai rakyat Malaysia

Ni lah rumah salah seorang customer lama aku. Sebelum ni dah buat grill rumah dia.
Kali ni dia call suruh buat bumbung awning tepi pulak. Alhamdulillah rezeki anak isteri....


Dah siap buat rangka kat rumah, terus install kat rumah customer aku.
Bumbungnya belum lagi dipasang(next day)


Ni gambar bahagian hadapan sebelum dipasang rangka bumbung...


Dan ini gambar bahagian hadapan rumah selepas dipasangkan dengan rangka besi.
Tinggal bumbung je lagi


So, kawan2 yang berada berdekatan area Sungai Petani, Kedah tu, kalau berminat nak extend rumah dengan awning, jangan segan silu untuk dapatkan secara percuma-sebutharga awning. Yang pasti, murah tetapi berkualiti.... sms/call le 013-4362327. Undi jangan tak undi....



Tuesday 17 May 2011

SELAMAT HARI GURU 2011-GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Entah macam mana, aku rasa Hari Guru tahun ni agak bermakna bagi aku. Mungkin sebab tahun ni aku diuji dengan dugaan penyakit semasa menyambut Hari Guru 2011. Jom kita tengok.....

Apa mende la ni?


Gambaq ni clear sikit kot?


Dah dekat 8mm dah, kira besaq nie


Angle kot lain pulak


Nampak clear kot? Ada 2 warna pulak tu


Untuk pengetahuan generasi tua dan muda, inilah yang dinamakan batu karang...


Alhamdulillah keluar sebiji lagi, kali ni berbetulan pada Hari Guru 2011-Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Masa nak keluar tu adala rasa sakit dan ngilu. Boleh tahan jugak. Apa yang aku buat ialah minum air kosong banyak2 supaya batu karang yang tersangkut kat anu aku cepat2 keluar dari badan aku... Kepada kawan2, cuba elakkan penyakit batu karang dengan minum air kosong banyak-banyak....sebanyak-banyaknya, sampai air kencing selalu berwarna putih.


Hadiah kain tuala dari anak2 pelajar kelas 3UTM-suruh lap peluh banyak2


BOOS ke BOSS - mana satu nak pilih ni?


Spesial ni. Botoi cantik.... Isi dalam pun wangi


Ni pulak Badan Pengawas yg bagi...


Ni peringatan kepada yang lalai....Boleh buat pembaris ni


Boleh isi ayaq, sejuk ooo...


Close up dengan Nokia E71 second hand aku
(ganti hp yang rosak masa pi Karnival MTB PTSB 19Mac11 lalu)



So, setakat ni dulu celoteh aku tentang Hari Guru tahun ni. Lagi satu yang syok tentang Hari Guru tahun ni ialah...... esok cuti. Bukan sebab hari Guru, tapi sebab hari Wesak, public holiday satu Malaysia. Siapa pi tempat peranginan jenuh laa. Tentu full punya... Nak dok rumah, depa kata elektrik tak dak. esok pikiaq lainlah.




LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX