LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Personal Diary. Show all posts
Showing posts with label Personal Diary. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

PAKEJ FOTOGRAFI RM450 - FROM MELAKA WITH LOVE


07022014, 9:00 mlm

Sesi fotografi bermula pada 7 Februari 2014, majlis bacaan Yaasin. Kedudukan rumah kenduri yang berdekatan dengan rumahku memudahkan sesi fotografi kali ini. 



08022014, 11.00am

Sesi fotografi di butik perkahwinan, somewhere around Pekan Baru, Sg Petani, Kedah.





08022014, 1.30pm

Basically, acara yang belangsung adalah
Perarakan masuk pengantin,
Bersanding sekejap dengan famili,
Santapan pengantin,
Bersanding & bergambar bersama famili,
Sesi potong kek,
Sesi dalam kamar pengantin
Sesi Outdoor. 
Jom layan.....




Santapan pengantin baru-Faiz & Fifi



Malam, lepas Isyak, sesi potong kek dan buka hadiah.

1650++ keping gambar? Huh!! Berbaloi sangat-sangat. Anda bila lagi? Jom ler ke www.blogjomkahwin.blogspot.com untuk menempah?
Wsap pun boleh, nombornya 0134362327




Sunday, 4 December 2011

MY FIFTH SON'S STORIES : SCABIES

Today, just wanna share one story about my last son story, tentang sakitnya. OK. Lebih kurang 2 weeks ago, bawah ketiak dia ada something macam kurap. So, just pi beli ubat kat farmasi.



Lepas tu, nampak macam nak baik dan kering. But, suddenly, kami perasan kat badan my fifth son tu macam berbintik-bintik dan anakku mengadu gatal2. Bawa ler jumpa doktor pulak kat Poliklinik swasta. Katanya, alergy atau alahan. RM30. Ubat pun diberi but lepas 1 week still no improvement. Gatal dan bintik2 di badannya bertambah.




Leher anak aku

Kebetulan wife aku balik kampungnya di Baling. Lepas dengar nasihat kakaknya, bawa jumpa sorang lagi doktor kat Baling tu. Kali ni, doktor kata dia kena scabies/kudis buta. RM75 dan ubatnya seperti di bawah. Cuma ada dia bagi ubat antibiotik dan ubat tahan gatal yang tak diambil gambarnya.



Tapi still gatal2 pada malam hari. Kelmarin(3Dis2011) keluar cari another doktor. Rupa2nya kat Sg Petani ni, hari Sabtu merupakan hari cuti bagi semua doktor2 pakar, baik di klinik swasta mahupun hospital swasta
.
Hari ni, 4Dis2011 buat keputusan ke Hospital Pantai Sg Petani.

Doktor pakar kanak-kanak





Ubat-ubatnya


Resitnya..RM81.25 Berbaloi kan dengan ubat2nya dan penjagaan kulit?

Bila tengok kepada resitnya, baru aku perasan yang Doktor Mohamad Shahbodin tak ambil profesional fee yang biasanya diambil oleh semua doktor2 pakar di Hosp Pantai. Terima kasih doktor.

Actually, tujuan aku menulis artikel ini ialah nak berkongsi beberapa perkara:
1. Doktor ni macam student dalam kelas la jugak. Walaupun mungkin dari kelas pandai, namun dalam kelas pandai sekalipun, ada yang dapat no 1 drpd 35 pelajar dan ada yang dapat no last. Maknanya sekalipun semua doktor adalah doktor, namun terdapat perbezaaan kualiti di kalangan doktor sendiri. Ada yang 'doktor yang mendapat no 1 dalam kelas' dan ada doktor yang 'cukup2 makan' je dalam exam tu. Terpulang pada anda untuk mencari
'doktor yang mendapat no 1 dalam kelas' bagi merawat anda/ahli keluarga anda.
2. Scabies ni ambil masa sedikit untuk sembuh(menurut kata dr Shahbodin)
3. Aku nak syorkan Hospital Pantai sebagai hospital alternatif sebab walaupun statusnya sebagai hospital swasta, namun dari segi harga perkhidmatan dan caj rawatan, kebanyakan orang yang aku temui bersetuju yang Hosp Pantai lebih berpatutan dari segi harga dan kualitinya.


*Artikel ini adalah pandangan dan pendapat penulis sahaja.


Saturday, 15 October 2011

AYAH.... KEPALA ADIK PECAH!!!




Ya Allah, nak luruh jantung aku bila anak aku masuk ke rumah dalam keadaan menutup dahinya dengan tangan, sambil menangis, dan berkata "Ayah..., Kepala adik pecah!". Dengan keadaan panic, aku terus meluru ke arah anak bongsuku sambil....., sambil kehairanan berfikir kerana sekalipun dia berkata kepalanya pecah, aku tengok tak ada pulak darah memancut keluar dari celahan jarinya yang menutup dahinya. Huh! Ketaq jugak bro.






Dengan keadaan panic, perlahan-lahan ku alihkan tangan anakku. Alhamdulillah, bengkak benjol besar berserta sedikit luka kecil, bukannya pecah mahupun tertusuk sesuatu yang tajam ke dalam kepalanya. Berkurangan le sikit darah gemuruh aku ni bila tengok benjolnya sebesar telur burung puyoh, dan tak ada yang pecah. Segera aku ambil minyak Yuyi Cap Limau (atau Yu Yee? Mana satu betol, aku pun tak tau), tarok pada napkin dan gosok perlahan-lahan.





Sambil dok kelam-kabut menitiskan minyak tu, tah macam mana setitik minyak tersebut termasuk ke dalam matanya, Apalagi..., pedih laa. Tapi cepat hilang pedihnya bila di cuci dengan air.
OK, till ni ke story aku nak share. Peringatan! Pastikan ada first aid kid kat rumah tu. Juga jangan lupa, minyak gamat dan minyak Yuyi Cap Limau. Kain napkin lama2 tu jangan dibuang. Elok buat cuci-cuci luka dan pelbagai kegunaan lain.


Ops, lupa nak cerita puncanya. Puncanya anak aku jatuh basikal sebab walaupun basikal tu basikal kecik untuk budak-budak punya, masih merbahaya kerana anak aku tak pandai imbang badan lagi. Tambahan pulak basikal tu tak ada roda kecil di tepi kiri kanannya. Pasai tu la kepala anak aku benjol. Walaupun peristiwa ni berlaku kelmarin, tapi hari ni dah ok dah. Alhamdulillah.....

Monday, 15 August 2011

GB VS MCE&B

Wokey, todayku nak story sikit tentang aktiviti aku pada petang Sabtu(13082011) baru2 ni. Sekolah tempat aku menimba ilmu selama 5 tahun(1983-1987) ada buat sedikit event, Majlis berbuka puasa untuk ex-studentnya. Alhamdulillah, ada rezeki aku kat sana walaupun aku ada beberapa urusan yang perlu dibereskan, ianya berjaya diselesaikan dengan izin Allah SWT. Dan terjadilah satu pertemuan bersejarah. Perhubungan melalui aktiviti berbasikal menyatukan kami.


Abang Adi, senior aku 3 tahun. Untuk pengetahuan para rider, dialah pemilik laman blog www.malaysiacycling.blogspot.com , laman blog yang mengiklankan pelbagai aktiviti berbasikal sepanjang tahun dan himpunan blog2 rakan2 rider yang berkongsi cerita aktiviti berbasikal masing2. Mungkin disebabkan kami berkongsi banyak perkara yang sama(sekolah menengah yang sama, negeri Kedah yang sama, minat berbasikal yang sama), seolah-olah ada chemistry antara aku dengan Adi, mendorong aku menyediakan blog yang hampir sama. Cuma aku menambah beberapa elemen tambahan dalam blog aku untuk menarik minat pengunjung dari pelbagai kategori. Kiranya macam abg Adi ni Amerika(pencipta) dan aku macam ni Jepun(menambah pelbagai elemen dalam suatu ciptaan)


Majlis berbuka untuk ex-student SMSains Sultan Mohammad Jiwa
Sungai Petani, Kedah


Asyik depa je yang tangkap gambaq, aku pulak pu tangkap gambaq depa...he3


Depan dewan besar yang masih utuh sejak 1983 lagi.
Bila dibina, maaf. Tiada maklumat tentangnya


Apa yang sama, apa yang berbeza?
Komen la sikit kat bawah(Positif komen ok... he3)

PautanUntuk gambar2 lagi, bolehlah klik di sini. Disumbangkan oleh Fairuz Othman

OK, setakat ini dulu celotehku. Jumpa lagi.



Monday, 27 June 2011

NEW SADDLE BAG



This is my new saddle bag, bought from One Stop Cycle at Bertam, Kepala Batas, during my visit to submit the fee for Kayuhan Bendang 2011. Prize=RM55. Sama dengan harga aku beli bulan Mac lalu, yang dah pun hilang bersama-sama my Benotto tu.
Aku berkenan sangat sebab saddle bag ni dia waterproff dan besaq. Detail picture aku dah pernah ceritakan pada catatan lalu, bulan Mac 2011 kalau aku tak silap. OK tak? Boleh la noo. Nak jugak? Kat Kayuhan Bendang 2011 boleh la beli kat kedai One Stop Cycle. Jumpa di sana....




SPOT THE DIFFERENT





As Salam. Can you spot the different and write it down in "Comment Box" below. Just for fun and self improvement. TQVM for those positive comments from the commentors.


KAYUHAN BENDANG 2011

Conform!! Our Gerek Basikal members now are on their way to KayuhanBendang 2011. This will be my fourth cycling event this year.

557
RIZAIMI KHIYAR B MD SALLEH
XL
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
558
AZMIL BIN JAMIL
XL
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
559
NASRULLAH B AHMAD ZAINI
XL
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
560
MOHAMED KAMAL AL KADERI
L
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
561
YUSRI BIN YAHAYA
XL
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
562
SHAMIS BIN ABDUL RAZAK
XL
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
563
ABDUL MALEK B HASSAN
XL
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
564
AZHAR BIN AHMAD
XL
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
565
AHMAD RAWANDI BIN OMAR
L
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
566
NOOR AZMEL MANSOR
XL
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
567
JOHARUDDIN YAHYA
L
L
GEREK BASIKAL SG PETANI
568
AHMAD SHUKRI KASSIM
M
L
GEREK BASIKAL SG PETANI

To all gerekbasikal riders, be prepare. This event will be our racing event among us. See you there. Jom Kayuh....


Sunday, 26 June 2011

MAKLUMAT KESIHATAN-PENYELESAIAN BUASIR

Hari ni saya nak berkongsi satu maklumat penting bersama dengan semua pembaca - buasir. Sebut je buasir, kebanyakan orang dah tahu. Search kat internet, macam2 cerita boleh kita dengar. Tujuan aku berkongsi cerita ni alah kerana aku amat bersimpati dengan pengidap buasir, terutamanya ibu2 mengandung. Aku pernah join forum dalam internet, dan hampir menitis air mata jantan aku bila membaca betapa peritnya penderitaan mereka yang mengidap buasir. Dan aku rasa kebanyakan rider tentu mengalami masalah buasir ni. So, lets the picture tell the stories...


Pernah dengar tentang Neo Healer? Aku bukan saja dengar, tapi dah guna pun. Alhamdulillah, bukan sahaja murah(harganya lingkungan belasan ringgit je kat farmasi, tapi kalau kat Guardian tu mahal sikit, RM27 kalau aku tak silap) tapi berkesan melegakan kesakitan. Biasanya dalam lingkungan 3-4 hari. Cara gunanya, aku pratikkan 3 kali sehari. Jolok masuk dalam lubang punggung lebih kurang seinci atau hingga tak boleh jolok dah, picit sedikit, sekadar sebesar sebutir kacang hijau. Practice dulu kat luar, cuba picit sekali-dua hingga anda mahir memicit supaya keluar sebanyak sebutir kacang hijau. Then cuci muncungnya semula dengan dettol. Biasanya dalam 3-4 hari kesan positifnya ketara.
Neo-Healer ni ada dalam bentuk 'peluru' yang jolok kat punggung tu. Tapi yang oilment macam ni lebih berkesan. Dan ianya adalah persediaan herba, jadi kalau guna terlebih sikit, tak ada kesan sampingan dan tidak merbahaya. Ia diadun dengan 4 bahan utama dari tumbuhan je, tak ada bahan dari haiwan. Dan dihasilkan oleh negara Jordan(negara Islam tuu, halalan toyyiba)
Selain buasir, Neo-Healer juga berkesan dalam merawat anal fissure. Aku sendiri yang mengalaminya. Anal Fissure ni lebih dasyat kesakitannya dari buasir yang pernah aku alami. Dan Alhamdulillah, sangat mujarab(murah pulak tu).
So, apa lagi. Kalau sakit, boleh guna sendiri. Atau hadiahkan kepada orang tersayang, atau syorkan kepada rakan yang menderita sakit buasir. Sharing Is Caring. Islam dah ajar kita lama dah pun.
Cuma masalahnya semasa guna ubat ni ialah dia akan ada kesan gatal2 kat lubang punggung. Tu je masalahnya. Tapi buasir, Insya Allah lega. Sabar le. Apa nak buat.
OK, ni cerita nak rawat buasir. Nanti aku akan ceritakan makanan kesihatan yang mencegah berulangnya buasir. Jangan bimbang, pasti murah tetapi berkesan. Dan sebaik-baiknya, makanan kesihatan ni diamalkan setiap hari, sama ada buasir sedang dirawat ataupun sudahpun lega.
OK, setakat ni dulu. Rajin2lah klik selalu untuk info yang lain. Dan jangan lupa, jadi follower aku.

Friday, 24 June 2011

KAYUHAN KE KEPALA BATAS>KAYUHAN BENDANG 2011

Kayuhan Bendang 2011, Here We Come... Hehehe...
Rabu, 22-6-2011, lebih kurang jam 8.05 malam aku ke Kepala Batas. Nak pi ke One Stop Cycle, untuk serahkan RM dan senarai rider GEREKBASIKAL yang akan menyertai Kayuhan Bendang 2011 pada 10072011. Serampang 2 mata, nak serah RM dan nak training sekali le.

Lebih kurang jam 9.05 mlm kami sampai. Aku pulak terbeli pouch kat belakang paddle aku. Maklumle, yg lama dah hilang sekali dengan mtb aku(ada ku coretkan dalam bulan Mac lalu)

Bagi nama ramai, tapi yang aku daftar hanya 12 rider yang sudah membuat bayaran je. Mereka yang akan mewarnai Kayuhan Bendang 2011 ialah:

  1. AZMIL BIN JAMIL = XL
  2. RIZAINI KHIYAR = XL
  3. NASRULLAH BIN AHMAD ZAINI = XL
  4. MOHD KAMAL ALKHARARI = L
  5. YUSRI BIN YAHAYA = XL
  6. SHAMIS BIN ABDUL RAZAK = XL
  7. ABDUL MALIK BIN HASSAN = XL
  8. AZHAR BIN AHMAD = XL
  9. AHMAD RAWANDI BIN OMAR = L
  10. NOOR AZMEL MANSOR = XL
  11. JOHARUDIN YAHYA = L
  12. AHMAD SHUKRI KASSIM = M
RM35 X 12 RIDERS = RM420

Kepada riders yang masih berminat, cepat sikit naa. Nanti penuh, melepas..Masa tidak akan menunggu kita. Here some picture to share the excitement.


Ni apa pejam mata ni, takut flash light kamera ka?

Aku posing dengan EE Koteaw, kemaih dia la nie. Nanti dalam cacatan lain aku citer cam mana dia bergerak dari belakang ke hadapan.
Masa nak keluar dari kedai, terserempak dengan Hasrul, snap lagi seround.



Dengan Hasrul aku ada memori bergambar dengan dia. Tengok gambar kat bawah tu. Kesian dia..

MTB dia. Baru tu, berkilat lagi...

Dan ni gambar dia sendiri…kena 8 jarum. Tertomoih muka atas batu.



Akhir kata, SAFETY FIRST. Sebabnya…tertekan brek hadapan semasa kayuh menuruni bukit…dan…sebelah tangan sedang memegang botol minuman. Kiranya macam ni le:
Sedang turun bukit, Sedang minum air, MTB terlanggar batu, Tangan tertekan brek hadapan dan akibatnya, terjatuh dan muka tersembam ke tanah. Muka pi dulu. Sabaq, ini akan mematangkan anda. The End.

Jumpa lagi di lain cerita. Wassallam.

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX