LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Accident. Show all posts
Showing posts with label Accident. Show all posts

Wednesday, 29 August 2012

LAGI KES CERMIN KERETA GURU JADI MANGSA PELAJAR

Lagi sekali kereta guru menjadi mangsa pelajar. Kejadian ini berlaku antara jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, 29 ogos 2012, di salah sebuah sekolah menengah pinggir bandar Sungai Petani, Kedah. Saksikan gambar di bawah.g

 Ketulan bata yang memecahkan cermin kereta

 Simpati dari rakan sekerja

Kesan dari bata...
 
 Sai bata jika dibandingkan dengan tayar kereta. Besar tu bro....

 RM.... Nasib guru......................


Saksikan kemunculannya.... Sila klik gambar di atas.

Wednesday, 18 January 2012

Monday, 16 January 2012

ANGGOTA RELA MAUT, TIGA CEDERA DUA KERETA BERTEMBUNG DI JABI ELAK LUBANG


BESUT, 16 Jan : Seorang anggota Rela maut manakala tiga lagi cedera parah apabila dua buah kereta bertembung dalam kemalangan di KM 15 Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gong Penaga, Jabi pagi Isnin.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Saarani Mat Yunus, 50 yang merupakan penumpang hadapan kereta Perodua Kancil yang dipandu anak tirinya Mohamad Shahrul Azlizan Burhan, 29, yang cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Turut cedera ialah seorang ahli keluarga Saarani serta pemandu kereta yang sebuah lagi iaitu Wafiuddin Mohd Noor, 23.

[Know your best food around town!]

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, kereta yang dipandu Mohamad Shahrul dari arah Kuala Terengganu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan kereta Nissan Sunny itu.

"Mohamad Shahrul yang berasal dari Jalan Maran, Temerloh dilaporkan cuba mengelak lubang besar menyebabkan kereta itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Wafiuddin," katanya.

Saarani meninggal di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Besut.

Difahamkan ketika kejadian, Mohamad Shahrul dalam perjalanan ke Jerteh dari Temerloh bersama ayah tirinya dan dua lagi ahli keluarganya manakala Wafiuddin yang berkerja sebagai pendawai bersama dua rakan sekerjanya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Renek dekat sini.

Sumber=BERNAMA

[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

Friday, 6 January 2012

[4 GAMBAR] SUAMI ISTERI MAUT KERETA TERCAMPAK KE DALAM PARIT



IPOH, 6 Jan -- Kereta Perodua Kelisa milik sepasang suami isteri yang terbunuh, dipenuhi dengan lumpur selepas terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuhi air di jalan Kampung Raja, Kampung Gajah dekat sini, awal pagi tadi. Mangsa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Shahrin Ismail, 33, dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, terbunuh dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota. Mayat pasangan suami isteri yang terperangkap itu dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dan di hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat. Foto = BERNAMA

IPOH, 6 Jan : Sepasang suami isteri terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuh air di Jalan Kampung Raja, Kampung Gajah, kira-kira 75km dari sini awal Jumaat.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohd Fakri Che Sulaiman berkata Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, mati lemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

Kejadian berlaku pada kira-kira 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota, katanya ketika dihubungi hari ini.



Mayat pasangan suami isteri itu yang terperangkap di dalam kereta dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat, katanya.

Sumber = BERNAMA


[Berita bergambar 1]

[Berita bergambar 2]

[Berita bergambar 3]

[Berita bergambar 4]

Sunday, 1 January 2012

[4 GAMBAR] TUJUH MAUT DALAM KEMALANGAN TRELER DENGAN DUA KERETA DI MANJUNG


LUMUT, 1 Jan : Lori treler dengan muatan tong gas memasak terbabas dan merempuh gerai buah sebelum melanggar beberapa pokok kelapa sawit. Dua buah kenderaan lain terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam yang mengorbankan tujuh remaja berumur 15 hingga 22 tahun termasuk pemandu kereta Honda Stream. Foto = BERNAMA


Tujuh Maut Dalam Kemalangan Babitkan Treler Dan Dua Kereta Di Manjung

LUMUT, 1 Jan : Tujuh maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG dengan dua buah kereta di Batu 6, Jalan Sitiawan-Lekir, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kemalangan ngeri pada 10.30 malam tadi, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalamai kecederaan parah dan kritikal, meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Shaharudin Abdullah berkata kejadian melibatkan kereta jenis Honda Stream dan Honda Civic serta sebuah lori treler.

Menurutnya, ketika kejadian kereta jenis Honda Stream yang dinaiki 10 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke rumah mereka di Lekir.

"Ketika sampai di tempat kejadian, kereta Honda Stream yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong dari arah kiri sebelum cuba memasuki semula aliran lalu lintas.

"Bagaimanapun, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terus memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori treler," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

[The party doesn't end on New Year's Day, win passes for the next party in 2012!]

Katanya kesan daripada pertembungan tersebut menyebabkan beberapa penumpang kereta tercampak di atas kereta Honda Civic.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, yang kesemuanya dari Lekir, Setiawan.

Bagaimanapun, pemandu kereta Honda Stream, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang berasal dari Jeli, Kelantan meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini di HSM.

Shaharudin berkata tiga lagi penumpang kereta berkenaan hanya cedera ringan manakala pemandu lori treler dikenali sebagai Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan masih dirawat di HSM.

"Semua mayat telah dituntut oleh keluarga mereka pagi tadi dan dijangka dikebumikan di kampung masing-masing hari ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan yang juga Anggota Parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha turut berada di tempat kejadian bagi melihat kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan yang turut merempuh beberapa buah gerai menjual buahan-buahan dan ladang kelapa sawit berhampiran.

Kong yang turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa berkata beliau akan meminta pihak berkuasa mengkaji semua kedudukan gerai makanan dan buah-buahan di sepanjang laluan tersebut.

"Gerai-gerai di situ dipercayai telah wujud lebih 15 tahun lalu iaitu sebelum jalan raya tersebut dinaik taraf lagi.

"Saya meminta perkara itu (kedudukan gerai) dikaji semula dan sekiranya perlu mungkin sudah sampai masanya ianya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya di sini, hari ini.

Sumber = BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

Friday, 23 December 2011

[2 GAMBAR] PENDUDUK NYARIS MAUT LORI REMPUH RUMAH


MARAN, 23 Dis : GEMPAR... Sebuah lori tangki yang membawa muatan 32 tan minyak masak merempuh tiga kenderaan dan terperlosok di hadapan sebuah rumah dekat Kampung Luit di kilometer 68 Jalan Kuantan-Maran di sini semalam. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam tadi. Gambar menunjukkan seorang penduduk kampung melihat dari dekat lori tersebut. Foto = BERNAMA

[Gambar BERNAMA 1]


[2 GAMBAR] PEMANDU MAUT DALAM KEMALANGAN DI MELAKA


MELAKA, 23 Dis : REMUK... Keadaan sebuah kereta yang terbabas di hadapan lampu isyarat Lorong Pandan menghala ke Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin di sini, hari ini. Pemandu kereta tersebut berusia 43 tahun dari Bukit Katil maut di tempat kejadian. Foto = BERNAMA

[Gambar BERNAMA 1]

[Gambar BERNAMA 2]
 [Name this single because Now You Can!]

[2 GAMBAR] LIMA BUAH KENDERAAN TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI JAMBATAN SATOK


KUCHING, 23 Dis -- Berpunca daripada sebuah kereta yang dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal, lima buah kenderaan termasuk lori, dua pacuan empat roda dan dua buah kereta terbabit dalam satu kemalangan di Jambatan Satok kira-kira jam 5 petang tadi di sini, hari ini. Pemandu lori yang cedera parah dalam kemalangan itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kesesakan lalulintas berlaku dari kedua-dua hala di Jalan Satok dan Jalan Kulas akibat kemalangan tersebut. Foto = BERNAMA

[Gambar BERNAMA 1]

[Gambar BERNAMA 2]
 

Wednesday, 21 December 2011

KEMBARA BERTEMU KANCIL DI SEREMBAN

SEREMBAN, 21 Dis : BERPANTANG AJAL ... Tiada siapa cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta pacuan empat roda Perodua Kembara dengan sebuah kereta Kancil dan sebuah lori pada kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di jejantas Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kampong Baru Rahang dekat sini hari ini. Dipercayai pemandu Produa Kembara itu gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di kiri jalan menyebabkan kereta pacuan empat roda itu terbalik dan mengheret kereta Perodua Kancil hingga ke belakang sebuah lori yang berhenti kerana kerosakan. Foto = BERNAMA

[Gambar BERNAMA 1]

KESEMUA MANGSA NAHAS DIKETAHUI, ANGKA KEMATIAN MENINGKAT KEPADA 7


KOTA KINABALU, 21 Dis : Seorang lagi penumpang bas dari Brunei yang terlibat dalam kemalangan di Sabah semalam disahkan meninggal dunia, menjadikan angka kematian dalam tragedi itu kepada tujuh orang.Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang Rabu berkata penumpang itu, ketua rombongan Awang Tarsad Damit, 58, meninggal dunia pada kira-kira 12.15 pagi di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Dua penumpang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Km8.9, Jalan Ranau-Tamparuli di Tuaran dan empat lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran.

Tan berkata jenazah semua mangsa akan diterbangkan ke Brunei hari ini bersama-sama dengan 13 lagi yang terselamat dalam nahas itu.

"Sebanyak 13 lagi yang kini berada dalam keadaan kritikal dan separa kritikal akan terus dirawat di Hospital Queen Elizabeth," katanya kepada pemberita.

Tan juga berkata sebuah pesawat komersil telah dihantar oleh kerajaan Brunei untuk membawa pulang mereka yang terselamat dan yang meninggal dunia.

[Get the most affordable iPhone4s plan with DiGi today]

Beliau berkata pesawat itu tiba kira-kira 1 pagi dan dijangka berlepas pada tengah hari ini.

Tan mengesahkan identiti tiga yang meninggal dunia dan tidak dapat dikenal pasti semalam sebagai Hasnah Yusof, 62, Noor Faridah Husin, 62, dan Abdul Ghani Muhamad, 66.

Tiga lagi ialah Abdul Manan Ishak, 50, Pangiran Zaharah Pengiran Zainal, 61, dan Dayang Norhayati Abd Hadi, 61.

Beliau juga berkata bas yang didaftar di Brunei itu membawa 33 orang termasuk dua kanak-kanak berumur tujuh dan sembilan tahun dan penumpang paling tua berumur 78 tahun.

"Mereka terdiri daripada 32 warga Brunei dan seorang warga India, pembantu pemandu berusia 26 tahun. Mereka berada di Sabah untuk bercuti. Pemandunya yang berumur 38 tahun dan pembantu pemandu itu turut cedera parah," katanya.

Bas berkenaan hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam dan merempuh sebatang pokok di Km8.9, Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran pada kira-kira 3.05 petang semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Tawau.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Tan berkata bas itu akan dihantar ke Puspakom Sdn Bhd untuk pemeriksaan.

Sumber : BERNAMA

EMPAT BERANAK CEDERA DALAM KEMALANGAN



TAMBUNAN: Empat orang cedera termasuk pemandu (ayah) dan tiga orang anaknya dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Saga Iswara Sedan berdekatan dengan Tambunan Golf Club (TGNC), 6km dari pekan Tambunan pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.15 pagi itu, kenderaan berkenaan mengalami kerosakan manakala tiga mangsa yang berumur 3 dan 2 tahun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pagi kelmarin untuk rawatan lanjut disebabkan mengalami keretakan pada tengkorak dan koyak kulit kepala.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, PB Juhati Angulat ketika ditemui di lokasi kejadian memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.27 pagi lalu mengerahkan tiga anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, dua orang mangsa perempuan dikeluarkan oleh orang ramai dan terbaring di tanah sementara seorang budak lelaki di belakang kerusi kereta dan seorang dewasa di tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedar diri,” katanya.

Budak lelaki berkenaan berumur 5 tahun hanya mengalami cedera di dalam mulut sementara ayahnya cedera ringan di bahagian muka.

Sumber = theborneopost.com

TIGA MANGSA MAUT DALAM NAHAS BAS EKSPRESS BABITKAN PELANCONG BRUNEI DIKENALPASTI

KOTA KINABALU, 20 Dis : Tiga daripada enam pelancong Brunei yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres di Tuaran telah dikenal pasti.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata mereka ialah Haji Abdul Manan Haji Ishak, 50, Pangiran Hajah Zahama Pangiran Haji Zainal, 61, dan Hajah Dayang Norhayati Haji Abdul Hadi, 61.

Dua yang lain hanya dikenali sebagai Hajah Faridah, 60, dan Haji Sapawi, 60, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.

"Kami meminta rakan penumpang bas berkenaan mengenal pasti identiti mereka dan belum sempat menyemaknya dengan Jabatan Imigresen kerana apa yang lebih penting adalah menyelamatkan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa nahas di Hospital Queen Elizabeth selepas ke Hospital Tuaran.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Beliau berkata enam penumpang bas ekspres itu cedera parah, 12 lagi separa parah manakala enam cedera ringan.

Tan juga berkata tidak banyak maklumat yang diperoleh daripada mangsa nahas yang lain kerana mereka masih trauma dengan kejadian itu.

Beliau berkata ketika kejadian, bas itu membawa 32 orang iaitu 11 lelaki dan 21 wanita, termasuk pemandu serta pembantunya.

Dipercayai terdapat kanak-kanak dalam bas itu ketika nahas berlaku, namun jumlah serta umur mereka yang terlibat belum dapat dipastikan.

Dalam insiden 3.05 petang itu, bas yang membawa pelancong Brunei dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam sebelum melanggar sebatang pokok besar di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran.

Bas yang didaftarkan di Brunei itu sedang dalam perjalanan pulang Kota Kinabalu dari Tawau.

Sumber = BERNAMA


Untuk melihat lokasi kejadian, [sila klik di sini]

Tuesday, 20 December 2011

[8 GAMBAR] KEMALANGAN NGERI JALAN RANAU-TAMPARULI RAGUT 6 NYAWA



TAMPARULI, 20 Dis : Penumpang warga emas Brunei bergelimpangan sementara menunggu bantuan dalam kemalangan bas ekspres warga Brunei, yang berlaku di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan dekat sini patang tadi. Setekat ini enam orang terkorban dalam nahas ini termasuk dua yang terkorban di tempat kejadian. Foto dari BERNAMA.

Jumlah Kematian Dalam Kemalangan Bas Ekspres Meningkat Kepada Enam
TUARAN, 20 Dis : Jumlah kematian dalam kemalangan bas ekspres yang membawa pelancong Brunei di sini Selasa meningkat kepada enam. Ketua Polis Tuaran DSP Zaharuddin Rasip berkata seorang daripada mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Tuaran, sementara tiga ketika menerima rawatan akibat kecederaaan parah di kepala dan badan.




Untuk melihat lokasi kejadian, [sila klik di sini]

Dua mati di tempat kemalangan akibat mangsa tersepit dalam bas, kata beliau. Mayat-mayat mangsa dan tujuh yang cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan pada kira-kira 3.05 petang.

Bas itu membawa 40 pelancong warga Brunei berumur 50 tahun ke atas. Zaharuddin berkata kumpulan itu berada di Sabah sejak 16 Dis. Mereka dijadual pulang ke Brunei esok, kata beliau.

Sumber = BERNAMA

[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Wanna to receive a gift when you test drive and enjoy the luxurious interior]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

[Berita Bergambar 5]

[Berita Bergambar 6]


[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

[Berita Bergambar 7]

[Berita Bergambar 8]


Monday, 19 December 2011

WARGA SINGAPURA MAUT DALAM KEMALANGAN MOTORSIKAL


MELAKA, 19 Dis : Anggota polis trafik mengangkat mayat lelaki warga Singapura, yang maut dalam kemalangan motosikal di Persimpangan Pulau Gadong hari ini.Menurut Pegawai Penyiasat Trafik Melaka Tengah, Inspektor Fadzli Othman, mangsa Mohd Yatim Mohd, 52 menunggang motosikal, dalam perjalanan pulang ke rumah saudaranya di Kampung Pinang.Mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah sisasat.

[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]





PARIT BERLUMPUR SELAMATKAN DUA PEMUDA DARIPADA MAUT





KUCHING: Parit berlumpur menyelamatkan dua pemuda daripada maut digilis kereta yang ‘membenamkan’ kedua-dua mereka selepas terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam.

Kedua-dua mangsa yang terbenam di dalam lumpur, betul-betul di bawah bahagian hadapan kereta, terpaksa diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Penunggang motosikal yang berusia 21 tahun dikatakan mengalami kecederaan kritikal berbanding pembonceng berusia 17 tahun.

Kedua-dua mangsa yang disaluti lumpur kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Kedua-dua mereka berasal dari Kota Samarahan.

Insiden pada kira-kira jam 1 pagi di Batu 4 Jalan Penrissen di sini, dipercayai berlaku setelah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 30-an secara tiba-tiba membuat pusingan lalu melanggar motosikal tersebut.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua pemuda terbabit tercampak ke dalam parit manakala kereta tersebut turut terhumban ke dalam parit yang sama dan betul-betul berada di atas mereka.


Sementara itu, dalam kejadian kemalangan berasingan yang berlaku sekitar jam 3 pagi semalam di Batu 9 Jalan Penrissen, sebuah lori kecil terjatuh ke dalam parit apabila kenderaan itu hilang kawalan selepas pemandunya berusaha mengelak anjing.

Pemandu yang berusia 26 tahun dan rakannya,20, mengalami kecederaan ringan dan dibawa balik ke sebuah kilang di Batu 11. Polis sedang menyiasat kes-kes tersebut.

Sumber = theborneopost.com

Saturday, 17 December 2011

DOKTOR MAUT DALAM KEMALANGAN AWAL PAGI



(Sila klik Translator untuk bahasa pilihan anda)KUCHING: A doctor was killed when his car struck a large water pipe near the Batu Kawah new township early yesterday morning when he was on his way back from a friend’s wedding dinner.

Dr Ho Lee Kwong, 37, was heading back to his house at Taman Supreme after earlier dropping a friend off at Jalan Stephen Yong when the accident occurred along an accident-prone stretch of the road leading to the township’s commercial area at about 2am.

His Honda City was believed to have struck a kerb before plunging into a monsoon drain, shattering its windscreen, and smashing the driver into a large water pipe.

According to a source, the doctor was a Taiwan graduate and had worked there for several years prior to relocating here about six months ago.

10 lucky winners who participate in the contest will stand a chance to win and iPad2 as well! Hurry, hurry! Happy Holidays!

His body was pinned inside the wrecked car and had to be extricated by firemen.

Paramedics pronounced him dead at the scene.

Traffic police officers were on hand to investigate the crash and later transported the body to the mortuary.

The deceased left behind a wife and an eight-year-old child.

[Sumber]

Tuesday, 13 December 2011

WANITA MAUT KERETA TERBABAS DALAM KOLAM MEMANCING DI KUALA PILAH




KUALA PILAH, 12 Dis : Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah kolam memancing di KM24, Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Kampung Gedang, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu mengakibatkan Suzimah Shuhaimi, 28, lemas selepas terperangkap di dalam kenderaannya yang terbalik di dalam kolam pancing berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk bedah siasat.

Foto dari BERNAMA


Perlukan kereta yang hebat untuk pemanduan yang sempurna? Sila klik di sini. Anda pasti terpegun!

[Berita bergambar 1]

[Berita bergambar 2]

[Berita bergambar 3]

[Berita bergambar 4]

PELUMBA JALANAN MAUT SETELAH MOTOSIKAL BERTEMBUNG



Kemalangan: REMUK TERUK… Beginilah keadaan depan motosikal Yamaha 125 Z yang ditunggang oleh Samsuddin. Kelihatan dalam gambar, seorang wartawan merakamkan gambar keadaan motosikal mangsa.



TAWAU: Dua pelumba jalanan yang disyaki sedang beradu kelajuan motosikal masing-masing di lapangan terbang lama di sini pada petang Ahad lepas, maut setelah motosikal yang mereka tunggangi bertembung di antara satu sama lain.

Insiden itu dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 petang apabila Yamaha RXZ yang dinaiki oleh Zul Maruti, 32, bertembung dengan Yamaha 125 Z yang ditunggangi oleh Samsuddin Husing, 20, hingga menyebabkan mereka terhumban dari motosikal masing-masing.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin menjelaskan bahawa kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tawau di antara jam 6.40 hingga 6.45 petang pada hari kejadian.

“Kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, manakala motosikal mereka pula rosak teruk di bahagian hadapan akibat perlanggaran secara berhadapan yang terjadi semasa kejadian,” katanya.

Menurut Ibrahim, pihaknya tidak menafikan kemungkinan kedua-dua penunggang motosikal terbabit terlibat di dalam aktiviti perlumbaan yang tidak mematuhi spesifikasi peraturan lalulintas dan beradu kelajuan motosikal mereka di hadapan beberapa orang penonton.
Tambahnya, pihak polis akan mengambil kira segala sudut di dalam siasatan mereka dan menjelaskan bahawa pihaknya kini membuka siasatan di dalam kes tersebut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita berharap orang ramai yang ada menyaksikan insiden ini agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis ataupun menerusi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Lahammad Saleng di talian 089-772121,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau mendedahkan bahawa dalam tempoh 24 jam pada hari Ahad baru-baru ini juga, menyaksikan sembilan kes kemalangan di daerah ini dilaporkan melibatkan satu kes kehilangan nyawa (Zul dan Samsuddin) dan lapan lagi dalam kategori lain-lain kes.

Beliau berkata kes terbaru melibatkan kematian dua penunggang motosikal itu juga adalah yang kedua dalam tempoh empat hari selepas kejadian kemalangan pada Khamis lalu yang melibatkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia maut ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Utusan Borneo difahamkan, dalam kes pada Khamis lepas itu, Abd Hanan Mohd Yan, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendudui peperiksaan (kertas) terakhirnya, manakala pemboncengnya, Mohd Irfan Pandu, 17, pula masih menerima rawatan di hospital.

Sumber maklumat = theborneopost.com


Hanya gunakan produk Microsoft berpeluang memandu Livina. Microsoft sentiasa mencariakan dunia komputer anda. So stop stressing about those bills and deadlines now. Obtain your peace of mind by using Microsoft Multi Products to make your life more manageable.


Saturday, 10 December 2011

PEMUDA TERBUNUH BERLANGGAR DENGAN LORI


Gambar dari theborneopost.com

[Klik Translator untuk bahasa pilihan anda]KUCHING: A pick-up truck driver was killed yesterday afternoon when he collided head-on with a 10-tonne lorry at Jalan Muara Tuang after a failed overtaking manoeuvre.

The deceased, 23-year-old Lai Chiang Hui of Chawan Road, died at the scene from serious injuries after his vehicle was crushed beneath the front of the lorry.

Several witnesses claimed the 3pm incident occurred after the pick-up truck – heading towards Samarahan – followed behind a Proton car in trying to overtake another vehicle along the single-lane road.

While the Proton car managed to complete the manoeuvre, the pick-up truck ended up colliding head-on with the on-coming lorry, resulting in both vehicles landing in a ditch at the side of the road.

Firemen took close to an hour to extricate Lai’s body from inside the wreckage, and only did so with the help of an excavator borrowed from a nearby quarry.

The victim, who is the youngest of five siblings, left behind a wife and three daughters aged between two and six.

In another road fatality, a sub-contractor died on Tuesday evening when his motorcycle crashed at an uncompleted section of road at Jalan Tun Razak.

The 69-year-old, Thian Faat Shin, was heading back to his house at Sungai Apong from the Kuching Port Authority when the accident occurred around 7.15pm.

He is believed to have crashed into a cavity at the side of the road – currently being upgraded – and died on the spot from serious head and body injuries.

Thian’s family members, including his eight children, rushed to the scene upon learning what had happened and broke down at the sight of his body.

Traffic police personnel were on hand to investigate the incident and later sent the body to the Sarawak General Hospital for a post-mortem.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini]


Berminat dengan Grand Livina? Just klik di sini. We live in a fast-paced environment helmed by technology that helps us to tackle our daily activities like social networking, doing finances, or organizing work. So stop stressing about those bills and deadlines now. Obtain your peace of mind by using Microsoft Multi Products to make your life more manageable. Take part in the Microsoft's Great Family Time Contest and you may even walk away with a Nissan Grand Livina!

Friday, 9 December 2011

TERSELAMAT DALAM KEMALANGAN DI LEBUHRAYA PINTAS KUANTAN-GEBENG WALAUPUN KERETA REMUK TERUK




KUANTAN, 8 Dis : BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL ... Nor Marlina Mohd Rifin diiringi bapanya, Mohd Rifin (kanan) selepas terbabit dalam kemalangan setelah terbabas dan melanggar belakang lori treler di Lebuhraya Pintas Kuantan-Gebeng dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu itu Marlina dari arah bertentangan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan lalu melanggar belakang treler sebelum keretanya dilanggar oleh sebuah lagi kereta.Foto dari BERNAMA

[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

[Berita Bergambar 5]
Pautan
[Berita Bergambar 6]


LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX