LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Police Stories. Show all posts
Showing posts with label Police Stories. Show all posts

Tuesday, 3 January 2012

EMPAT SEKELUARGA DIBUNUH DALAM SERANGAN KEJAM

 
SIBU, 3 Jan : Sepasukan anggota polis mengusung mayat ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, yang mati dibunuh bersama tiga anaknya di kediaman mereka di Lorong 13 Jalan RTM kira-kira 7 pagi tadi di sini, hari ini. Mangsa dan ibunya yang berusia 80 tahun bersama tiga anaknya iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun. Polis percaya pelaku lebih dari seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan tajam untuk membunuh mangsa.
Foto = BERNAMA

Empat Sekeluarga Dibunuh Dalam Serangan Kejam

SIBU, 3 Jan : Empat sekeluarga, dua daripadanya kanak-kanak ditemui mati dibunuh dengan kejam di kediaman mereka di sini pagi Selasa, manakala seorang lagi budak lelaki yang parah sedang bertarung nyawa di hospital.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Lau Heng Soon berkata mereka yang mati dikenal pasti sebagai ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh.
 
[Know your best food around town! ]

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, lapan, kini dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala, katanya pada sidang akhbar, di sini.

Law berkata isteri Tong Hock, Li Xiao Lan, 28, sempat menyelamatkan diri ke rumah jiran melalui tingkap selepas terdengar bunyi bising di tingkat bawah kediaman mereka, dan pintu bilik tidurnya pula ditendang oleh beberapa individu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata polis menolak rompakan sebagai motif serangan, memandangkan rumah tersebut tidak digeledah serta tidak ada barangan yang dipercayai hilang.

Sumber = BERNAMA

Bacaan lanjutan = theborneopost


Wednesday, 21 December 2011

LELAKI MATI DITEMBAK 10 DAS



KUALA LUMPUR, 21 Dis : Seorang lelaki yang sedang menunggu di dalam kereta mati ditembak sekumpulan lelaki di perkarangan Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata Morgishu Subramaniam, 40, warga tempatan, mati di tempat kejadian selepas terkena 10 das tembakan dari jarak dekat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang menunggu saudara perempuannya, Krisnani Subramaniam, di dalam kereta Toyota Vios.

Beliau yang dihubungi Bernama Rabu berkata, mangsa tiba-tiba didatangi lima lelaki yang memakai topi keledar sebelum 11 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.

Rosly berkata 10 das tembakan itu mengenai mangsa manakala satu das lagi mengenai Krisnani yang ketika itu sedang menghampiri kereta mangsa.

"Mangsa terkulai dan maut di dalam keretanya selepas terkena 10 das tembakan manakala sebutir peluru pula mengenai tulang rusuk kanan Krisnani yang berada berdekatan kereta," katanya.
[Grand Prize (x2 winners) – All expenses paid trip to Wolfsburg, Germany, inclusive of RM10,000 cash ]

Beliau berkata mangsa terkena satu das tembakan di kepala, dua di dada serta selebihnya di seluruh badan.

Katanya kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta iaitu Proton Waja berwarna emas dan Mitsubishi Storm berwarna hitam sebelum jiran yang menyedari kejadian itu menghubungi polis.

"Dalam kejadian itu, cermin kereta (mangsa) sebelah pemandu pecah akibat tembakan jarak dekat yang dilepaskan yang mana serangan terbabit juga dipercayai bermotifkan cemburu dan dendam," katanya.

Rosly berkata setakat ini polis baru menemui tujuh kelongsong peluru di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan ke atas kelongsong tersebut, suspek didapati menggunakan pistol jenis semi automatik 9mm.

"Kita kini sedang memburu kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan," katanya.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sementara saudaranya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang.

Difahamkan mangsa bekerja sebagai buruh binaan dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

Sumber = BERNAMA

KERANI BANK MATI DITIKAM 15 KALI


KUALA LUMPUR, 21 Dis : Seorang kerani bank maut selepas ditemui berlumuran darah dengan 15 tikaman di bahagian belakang badan di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata, Rozana Mohd Yusak, 35, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu.

Sebelum itu, Rozana dilihat oleh seorang pekerja restoran di kawasan berhampiran seakan-akan meminta pertolongan di tingkap rumahnya, katanya.

"Pekerja restoran tersebut terus menghubungi polis sebelum pasukan polis tiba ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang berlumuran darah. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa ditikam selain terdapat banyak kecederaan lain di hadapan badannya," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah itu ditemui berseluar pendek dan singlet serta tiada pengenalan diri, telefon bimbit dan senjata ditemui.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Rosly berkata ketika polis tiba, rumah tersebut dalam keadaan berselerak serta terdapat kesan pergelutan.

Katanya polis masih menyiasat motif kejadian selain tidak menolak kemungkinan terdapat unsur cemburu.

"Motif cemburu mungkin boleh dikaitkan dengan kematian mangsa berdasarkan kesan tikaman yang banyak dan ia seperti dilakukan oleh seseorang yang memang berdendam dengan wanita itu," katanya.

Beliau berkata polis sedang menjejaki teman lelaki wanita itu untuk membantu siasatan.

"Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."

Sementara itu bapa mangsa, Mohd Yusak Suparman, 64, ketika ditemui pemberita di Bilik Mayat HKL berkata beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak sulungnya itu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi apabila dimaklumkan anak saudaranya.

"Pakcik tinggal di Ijok, Kuala Selangor...Selepas diberitahu anak saudara pakcik tentang Rozana, terus pakcik ke sini (HKL)," katanya.

[Sign up from as low as RM88 per month]

Beliau yang merupakan seorang pesara berkata, kali terakhir berjumpa Rozana kira-kira seminggu yang lepas.

"Dia (Rozana) seorang yang peramah, dan pakcik tak sangka kejadian ini boleh berlaku kepadanya," katanya yang juga berkata isterinya Jamaliah Abdul Samad pengsan selepas mendengar berita kematian anak sulung daripada tiga beradik itu.

Katanya Rozana yang bekerja di bank berkenaan lebih 10 tahun sebelum ini pernah memintanya membelikan sebuah komputer riba, namun hajat itu tidak dapat ditunaikan.

Sumber = BERNAMA
 
Tawaran terbaik sukar nak dilepaskan begitu sahaja...

Tuesday, 13 December 2011

LELAKI MASUKKAN TERUNG KE DALAM VAGINA SELEPAS MENONTON FILEM LUCAH DIPENJARA 15 BULAN



[Sila klik Translator untuk bahasa pilihan anda] KOTA KINABALU: A local man who was sentenced to 15 months’ jail by the Sessions Court here yesterday for inserting a brinjal into his wife’s vagina, admitted that he was influenced by what he saw after watching pornographic films.

The 40-year-old father of two pleaded guilty before the deputy registrar of the High Court, Zulkifli Abllah, to committing sexual connection by using object on his wife in a room of a house in a village in Tamparuli on December 2.

Zulkifli, who presided as a Sessions Court judge, convicted the accused under Section 377C A of the Penal Code, which carries a maximum 20 years’ imprisonment and also liable to whipping upon conviction.

The judge held that the accused person’s act was a serious one and expressed hope that he would not repeat the offence in future.

“I hope you will never ever repeat the same offence in the future because the Penal Code describes this offence as so serious and if the victim in this case had no relationship with you, I would not have hesitated imposing a heavier custodial sentence on you,” he warned.

The judge however said in passing sentence, he took into account the fact that the victim in this case was the accused person’s wife and as a husband he should have protected his wife instead of committing the proscribed act on her.

He further reminded the accused that if he was to ever repeat the offence, the court would subject a more deterrent sentence on him.

“Therefore, I hereby sentence you to 15 months’ jail from the date of arrest and hope that this punishment will make you repent,” said Zulkifli.

The facts of the case stated that on the same day after the incident happened, the victim lodged a report stating that her husband had inserted a brinjal into her vagina.


Inginkan kesempurnaan pada kenderaan anda?
Klik di sini untuk menyempurnakan kenderaan anda.

The victim also stated that before this the accused had committed the same act on her which caused her to be traumatised and emotionally disturbed.

The accused would insert the brinjal into her vagina every time they had sexual intercourse when at the same time the accused was also drunk.

If the wife refused to oblige what the accused wanted, he would become frenzy and throw things in the house.

In pleading for a lenient sentence, counsel Hamid Ismail for the accused submitted that the accused had cooperated well with the police throughout the investigation period.

Hamid said with the accused having no previous conviction and having pleaded guilty to the charge framed against him, he had tremendously saved a lot of the court’s time.

“During the incident, the accused was drunk and he committed the crime because he thought his wife had consented to it,” submitted Hamid, adding that being an uneducated man he did what he did, influenced by watching pornographic films with a friend.

Hamid further submitted that the wife had only suffered injury to her vagina and not to any other parts of her body.

“Taking into account that the most who suffered in this episode are their two sons borne from his 17-year marriage to the victim as well as his family members as all of them are unemployed and the accused being the sole breadwinner for the family,” he explained.

Hamid urged the court to impose a short custodial sentence taking into consideration that both the accused and the victim are husband and wife.

Prosecuting officer Assistant Superintendent Sabrina Jinius when pressing for a deterrent sentence, said the offence was committed without the consent of the victim even though they are husband and wife.

Jinius submitted that no wife would simply lodge a report against her husband without thinking of the repercussions on herself and their children.

Jinius had also tendered several photographs of the object used by the accused in this case.



Inginkan Grand Livina menjadi kenderaan terbaru anda. Kliklah....
Mungkin klik kali ini sememangnya bertuah


Meanwhile, to avoid the offence from occuring again, Hamid suggested to the court that besides the undertaking made by the accused not to repeat the offence, the family members must also avoid themselves from buying the type of vegetables which will likely be used by the accused to commit similar offence in the future.

Sumber = theborneopost.com


Monday, 12 December 2011

WANITA MAUT DITIKAM DALAM ROMPAKAN





Seorang wanita, Chew Ming, 41 tahun maut ditikam dengan 5 kesan tikaman, 1 di leher, 3 di dada dan satu di perut dalam satu rompakan pada malam Sabtu lepas.

SIBU: An unmarried woman died after sustaining five fatal stabs, one in her neck, three in the chest and one in the stomach in a robbery on Saturday night.

The incident at 8.30pm occurred at the Tg Maling jetty behind the old Lau King Howe Hospital.

The lone woman, 41-year-old Chew Ming, was robbed and murdered when she sat on a motorcycle while waiting for a ferry to cross the Rajang River to reach her home at Sg Sadit after work at a saloon as usual.

The last ferry was at 8.30pm, and from 8pm no one would use the ferry as the route from the jetty passes through a very dark stretch without any street light.

The victim’s motorcycle and helmet were thrown into the river, and police recovered them after noticing the handle of the motorbike in the water.

They also found a pair of shoes belonging to the woman at the jetty where the robbery was believed to have occurred.

Berita selanjutnya, sila klik di sini.




GADIS RANCANG PENCULIKAN SENDIRI




Shirra Alissa George dipercayai merancang penculikan dirinya sendiri dengan niat untuk melarikan diri dari rumahnya.

[Click Translator untuk bahasa pilihan anda] SHAH ALAM: The search for 19-year-old Shirra Alissa George ended after investigations revealed that she had staged a struggle, as well as making a distress call to her mother – all so she could run away from home in November.

Police said the KL International Multimedia University student was found at her boyfriend’s rented house in Taman Danau Kota, Kuala Lumpur on Tuesday.

Selangor Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner Mohd Adnan Abdullah said Shirra was not kidnapped.

“It was revealed that she had made up a story that she was kidnapped to run away from home.

“We have since picked up her 23-year-old boyfriend for questioning. He works as a waiter in the area and they have been together for quite a long time.”

Adnan said Shirra was also believed to be pregnant. However, police are awaiting a medical report.

He urged the public not to make up stories involving crimes as the case had impacted many parties.

“Not only that, it put pressure on the family. It affected the police force as well.

“We are now determining the offences committed by the two before going to the deputy public prosecutor,” he said.

Asked if the two demanded a ransom from the family, Adnan said “no”.

“Although her belongings were scattered by the roadside, it was only to make the so-called kidnapping look real.

“No ransom was demanded by any of them,” he said, adding that Shirra had since returned to her family.

On Nov 14, Shirra was reported missing about 9pm along Jalan Bukit Indah 3/14, Bukit Indah, Ampang after disembarking from a RapidKL bus from Kuala Lumpur.

Initial reports stated that Shirra, a Sarawakian, was walking back to her Tiara Intan condominium when she was forced into a black Proton Persona with three men inside.

She had allegedly called her mother on her handphone and screamed that she was being chased before the line went dead.

Her father and a few residents rushed to the street and found her personal belongings, including her handphone, an empty purse, a torn backpack and books, strewn on the ground. The father later lodged a report at the Ampang police station.

Berita selanjutnya, sila klik di sini.

Tuesday, 6 December 2011

JANIN BAYI DITEMUI DI KAWASAN UITM


Foto dari theborneopost.com

KOTA KINABALU: Seorang pekerja penyelenggara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang melihat kesan tanah seperti digali di kawasan Loji Kumbahan UiTM di sini baru-baru ini terkejut apabila menemui mayat janin bayi dibaluti dengan sehelai kain putih dikuburkan di situ.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu terkejut apabila melihat kesan tanah seperti baru digali dan menyangkakan ia perbuatan individu mencuri kabel elektrik, lalu mengorek tanah berkenaan.

Selepas itu, pekerja berkenaan kemudian menemui sehelai kain putih yang berlumuran darah, lalu membukannya dan terkejut apabila menemui satu ketulan daging sebesar ibu jari dipercayai janin manusia.

Ekoran penemuan itu, lelaki berkenaan memaklumkan kepada pegawai UiTM sebelum bertindak memaklumkan kepada seorang doktor di UiTM, yang mengesahkan ketulan daging itu adalah janin.

Kemudian pihak pengurusan UiTM memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Selepas menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui ketulan daging dipercayai janin yang ditanam berdekatan loji kumbahan di UiTM Sepanggar, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati, janin berkenaan baru sahaja ditanam di kawasan berkenaan, namun belum dikenalpasti siapa pelakunya,” katanya.

Sofi berkata, janin berkenaan kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

“Janin itu dipercayai berusia lingkungan tiga bulan dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu yang terbabit sama ada ia perbuatan pelajar atau orang luar.

Berita selanjutnya, [klik di sini]



Jika maklumat di atas memberi manfaat/faedah kepada anda, sila klik di sini untuk mengetahu manfaat yang akan anda perolehi dari Sunway Education Day. Yuran? Jangan bimbang. Kerajaan bertanggungjawab kan ada. Adakalanya, masa hadapan anda dicorakkan oleh satu klik di sini.
Explore, Experience and Enjoy! Sunway Education Day is happening on the 17th and 18th December 2011. Come and explore the many exciting pathways to your dream careers with our insightful talks and showcases, or drop by and have a chat with Sunway Education experts who will guide you to your choice of university or preferred profession. Prepare yourself to be fascinated by our Campus Showcase, Culinary Masterpiece, Works of Art by talented students and career test on the Education Day. Don’t miss out this great opportunity!




Monday, 5 December 2011

TIGA PENJENAYAH BEKAS PEKERJA BAPA MANGSA DITEMBAK MATI



IPOH, 5 Dis : Tiga penjenayah yang ditembak mati ketika berbalas tembakan dalam kes culik anak seorang ahli perniagaan di kawasan hutan Sungai Sejuk, Batu 3, Lintang, Sungai Siput, Sabtu lalu, merupakan bekas pekerja kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tiga penjenayah berumur 25 hingga 30 tahun itu telah menuntut wang tebusan berjumlah RM500,000 daripada anggota keluarga mangsa yang tinggal di Sungai Petani, Kedah.

Katanya, dalam kejadian 6.40 petang, mangsa berusia 23 tahun itu diselamatkan dan menerima rawatan di Hospital Sungai Siput akibat cedera ringan dan keluarganya telah membuat laporan polis di Kedah pada 28 November lalu selepas menerima panggilan daripada mangsa bahawa dia telah diculik dan penjenayah meminta wang tebusan.

Hasil siasatan oleh kontinjen Kedah, Perak dan Ibu Pejabat Bukit Aman telah mengesan kedudukan penculik di Sungai Siput, katanya pada sidang akhbarnya di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, dalam usaha menyelamatkan mangsa, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan setelah penjenayah terbabit bertindak agresif dengan melepaskan enam das tembakan.

"Dua daripada penjenayah mati di tempat kejadian manakala, seorang lagi mati dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput setelah mengalami cedera parah," katanya.

Mohd Shukri berkata, polis merampas pistol jenis Revolver .38, enam kelongsong peluru, empat parang dan empat telefon bimbit.

"Salah satu telefon bimbit berkenaan digunakan untuk menghubungi pengadu bagi menuntut wang tebusan. Seorang daripadanya mempunyai pengenalan diri manakala, dua lagi tidak mempunyai identiti.

"Kesemua penjenayah telah terlibat dalam kes sama di beberapa daerah di Kedah seperti dua kes di Kuala Muda dan masing-masing satu kes di Kubang Pasu dan Kota Setar. Penglibatan mereka di negeri-negeri lain sedang disiasat," katanya.

Katanya, polis telah membuka dua kes di mana Polis Perak menyiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 manakala, Polis Kedah membuka siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Berita selanjutnya, [klik di sini]

[Berita dari TV3]





Jika suka dengan artikel di atas, sila klik di sini untuk mengetahui tawaran hebat dari pihak PERODUA kepada para pelanggan seluruh Malaysia. Anda pasti akan 'suka' / 'like'. Keselamatan anda dan yang tersayang pastinya tiada galang gantinya...

Tuesday, 29 November 2011

DUA BERADIK RAKYAT MYANMAR DIBURU POLIS DALAM KES BUNUH RAKAN SEBAYA


KUANTAN, 29 Nov : Warganegara Myanmar, Khin Then Maung, 41 (kiri) dan Khin Tin Maung, 35 sedang dicari polis Pahang bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin pada 20 Nov lepas. Foto dari BERNAMA


KUANTAN, 29 Nov : Polis Pahang sedang mencari dua beradik rakyat Myanmar bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara mereka di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin pada 20 Nov lepas.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kedua-dua beradik itu dikenali sebagai Khin Then Maung, 41, dan adiknya Khin Tin Maung, 35

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Soe Myint, 28, mati ditetak beberapa kali dengan senjata tajam di bahagian badan.

Sumber dari BERNAMA


We live in a fast-paced environment helmed by technology that helps us to tackle our daily activities like social networking, doing finances, or organizing work. Take part in the Microsoft's Great Family Time Contest and you may even walk away with a Nissan Grand Livina!Its about MICROSOFT'S GREAT FAMILY TIME CONTEST, and GRAND LIVINA is the prize for those who want to give themself a chance to win. Every winner start with one simple clicks HERE!




Align Center

Wednesday, 23 November 2011

[2 FOTO] MAYAT LELAKI CINA DITEMUI MATI DALAM LONGKANG



KUALA LUMPUR, 23 Nov : Seorang lelaki berbangsa Cina rakyat tempatan ditemui mati di dalam saluran longkang di Taman Kok Doh, Jinjang di sini, hari ini. Mangsa berusia lewat 40-an itu mempunyai kesan kecederaan di kepala dan dijumpai oleh orang ramai di dalam saluran longkang di kawasan perumahan berkenaan. Mayat kemudiaannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Sumber=BERNAMA

[Foto 1=BERNAMA]

[Foto 2=BERNAMA]


[2 FOTO] MAYAT BAYI DALAM BEG PLASTIK DITEMUI



IPOH, 23 Nov : Anggota polis memeriksa mayat bayi sudah berulat dalam sebuah beg plastik yang ditemui di tepi Jalan Dato Ahmad Said, Pusat Perniagaan Greentown di sini, semalam. Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak pada 9.40 pagi ketika hendak memulakan tugas membersihkan kawasan pencawang elektrik berhampiran. Lebih malang, mayat bayi yang tidak cukup bulan itu dibungkus dengan seluar ditemui dengan kecederaan serius di kepala dan dibiarkan di pangkal pokok sehingga membusuk sejak dua atau tiga hari yang lalu. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Namun, jantina dan bangsa bayi tidak dapat dipastikan. Foto=BERNAMA


Mayat Bayi Ditemui Dalam Beg Plastik Di Ipoh

IPOH, 23 Nov : Mayat bayi yang dibungkus dengan plastik ditemui di tepi jalan berhampiran Pusat Perniagaan Greentown di sini Rabu.

Mayat bayi yang telah busuk dan berulat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 9.40 pagi.



Who’s your pick for the Twisties Superstarz? Fantastic acts all with irresistible talent! A series of crazy performances took place during the Twisties Superstarz auditions at your local colleges and now, the final 8 outstanding acts have been chosen! Check out these final 8 Superstarz in the making, certified by our celebrity judges! MESTI SYIOK DENGAN TWISTIES.

Jantina bayi itu belum dikenalpasti dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi berkenaan telah mati beberapa hari lepas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata mayat bayi itu di hantar ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bayi berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber=BERNAMA

[Foto 1=BERNAMA]

[Foto 2=BERNAMA]

MAUT DITIKAM ANGKARA PASPORT




BELURAN: Seorang pengurus ladang kelapa sawit mati akibat ditikam bertubi-tubi oleh dua pekerjanya di Ladang Ruku-Ruku Telupid, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden (DSP) Sivanathan A/L R. Velautham berkata, mangsa dikenali sebagai Leong Yun Hin , 38 , yang merupakan pengurus ladang dijumpai mati akibat ditikam beberapa kali dalam keretanya.


Dalam kejadian lebih kurang jam 5.20 petang, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke pejabat ladang bersama dua suspek termasuk seorang pekerja wanita telah memberhentikan kenderaannya setelah menerima penggilan telefon.

Berita selanjutnya, [klik di sini]

Tuesday, 22 November 2011

[4FOTO] RAMPASAN DADAH & HEROIN DI PULAU PINANG : PISTOL, RM199,500 ANTARA YANG DIRAMPAS



Polis Bongkar Makmal Dadah Dan Rampas Heroin Bernilai RM4 Juta

GEORGE TOWN, 22 Nov : Polis berjaya membongkar satu sindiket pemprosesan dadah apabila menahan seorang wanita sarat mengandung bersama rakannya dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Bayan Indah, Sungai Nibong di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam serbuan pada pukul 3 petang itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4 juta dan pelbagai peralatan memproses dadah.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis dapati rumah itu dijadikan sebuah makmal memproses dadah jenis heroin dan stor menyimpan dadah," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Baretta dan Glock serta 212 butir peluru hidup serta satu 'silencer', wang tunai RM199,500, barangan kemas bernilai RM42,000 dan empat kereta mewah serta sebuah motosikal.

Berita selanjutnya, [klik di sini]

[Foto 1=BERNAMA]

[Foto 2=BERNAMA]

[Foto 3=BERNAMA]

[Foto 4=BERNAMA]


WARGA MYANMAR MATI DIBUNUH, JANIN BAYI LELAKI DITEMUI DI JINJANG



Gambar hiasan sahaja

Warga Myanmar Mati Dibunuh Di Rompin

KUANTAN, 21 Nov : Seorang warga Myanmar mati ditetak sekumpulan lelaki dipercayai dari negara itu juga dalam satu kejadian berdekatan sebuah rumah di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin.

Mangsa yang belum dikenal pasti itu mati di tempat kejadian akibat ditetak beberapa kali di bahagian badan, kata Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya.

Beliau berkata orang awam melihat mangsa dikejar sekumpulan lelaki dipercayai warga Myanmar yang bertindak menetaknya dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan, di kampung berkenaan, dalam kejadian 2.30 petang semalam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata beberapa lelaki Myanmar telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

"Punca kejadian juga masih disiasat," kata Johari.

Sumber : BERNAMA


Janin Bayi Lelaki Ditemui Di Jinjang
KUALA LUMPUR, 21 Nov : Janin bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di tepi jalan di Taman Beringin, Jinjang, Kepong di sini Isnin.

Janin yang pada mulanya disangka bangkai binatang itu ditemui oleh seorang pekerja Alam Flora yang sedang melakukan kerja mengutip sampah di kawasan perumahan berkenaan pada pukul 7.50 pagi.

"Lelaki berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan dan ketika tiba di hadapan tong sampah di hadapan sebuah rumah di Jalan Jinjang Indah 4, Jinjang Utara, dia menemui janin itu.

"Janin bayi itu dianggar berusia lima atau enam bulan," kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan melalui khidmat SMS, di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat kesan koyak pada leher janin itu tetapi tiada kesan darah dan polis percaya janin bayi itu dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lepas.

Zakaria berkata janin bayi itu dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber : BERNAMA



Do you remember walking or driving around KL city center the past few weeks and spotting vibrant red and white lights illuminating the night sky on the PWTC building? If you missed it or you're not from KL, view Malaysia’s largest full colour LED wall screen by Coca Cola in this viral video! Lets watch....




Monday, 21 November 2011

PEKERJA WARGA FILIFINA MAUT DITIKAM




MIRI: Seorang pekerja warga negara Filipina meninggal dunia selepas mengalami cedera parah disyaki ditikam menggunakan objek tajam dalam satu kejadian di sini lewat petang kelmarin.

Terdahulu, mangsa yang berusia 30 tahun merupakan pekerja di sebuah limbungan kapal di Kuala Baram, kira-kira setengah jam dari pusat bandar raya Miri dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di kuarters pekerja oleh rakannya.

BAPA ROGOL ANAK KETIKA TIADA ORANG DI RUMAH



MIRI: Petang yang sunyi di sebuah rumah panjang di Batu Niah petang kelmarin dijadikan peluang oleh seorang ayah untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan memperkosa anak gadisnya sendiri.

Ketika isterinya keluar ke kebun, si ayah menggunakan peluang berkenaan mendekati anak perempuan yang baru meningkat remaja.

Mangsa yang berusia 13 tahun merupakan anak tunggal, sama sekali tidak percaya diperlakukan sedemikian oleh bapa kandungnya.

Suspek yang berusia 50-an secara tiba-tiba menerkam dan mengoyak pakaian anaknya yang leka menonton televisyen di ruang tamu kediaman mereka.


Ketika kejadian sekitar jam 2.30 petang, kebanyakan penduduk dewasa termasuk ibu mangsa keluar rumah untuk mengusahakan kebun dan ladang kelapa sawit.

Ibu mangsa yang letih selepas balik dari kebun dikatakan terkejut melihat `aksi’ terkutuk suaminya itu terhadap anaknya sendiri.

Berita selanjutnya,[klik di sini]



Sunday, 20 November 2011

LELAKI DICAMPAK KE GAUNG SELEPAS DIBUNUH




MAUT...Sepasukan polis forensik membungkus mayat mangsa dengan palstik hitam untuk dibawa ke HQE bagi tujuan bedah siasat.

PENAMPANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lepas akhirnya ditemui dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam gaung setinggi lebih kurang 30 meter di tebing konkrit Kampung Moyog, di sini Jumaat lepas.

Mayat Mahadi Kasmo, 29, ditemui lengkap berpakaian baju-T warna hitam dan berseluar pendek warna biru dalam keadaan tertiarap dengan beberapa kesan luka di bahagian kepala yang sudah berulat.

Mangsa ditemui ahli keluarganya sendiri kira-kira jam 5 petang Jumaat lepas selepas dia dikatakan gagal dihubungi sejak Rabu lalu. Laporan polis berhubung kehilangan mangsa juga telah dibuat oleh keluarga mangsa sebelum ini.

Difahamkan, sebelum ini rakan mangsa telah memaklumkan.... Berita selanjutnya, [klik di sini]


Aching for a holiday with your buddies? Then Buddy Up now to win fantastic holidays for 4 worth more than RM55,000. The more buddies you have, the greater your chances of being rewarded. So don’t wait, you’ve only got till 4 December 2011. Buddy Up now!



Tuesday, 15 November 2011

TINGKAP KERETA, CERMIN RUMAH PECAH DISERANG LAPAN LELAKI




KUCHING: Sebuah rumah di sebuah kampung di Petra Jaya telah diserang sekumpulan lelaki malam Ahad lepas.

Menurut mangsa, seramai lapan lelaki yang tidak dikenali menggunakan motosikal datang ke rumahnya sekitar jam 9 malam dan mula menimbulkan kekacauan.

Kumpulan tersebut telah berteriak memaksa mangsa dan keluarganya untuk membuka pintu.

Empat daripada suspek tadi telah memasuki rumah dan empat lagi masih berada di luar sambil memecahkan tingkap rumah dan kereta milik mangsa.

Risau akan keselamatannya, mangsa segera membuat laporan polis selepas serangan tersebut.

Polis masih menyiasat kejadian itu.

Sumber= The Borneo Post


Sold.my has loads of gadgets and great gifts for a fraction of their prices. Shop like never before and get an iPhone 4S for less! Share and sign up today! [Clicks here for details]





Monday, 14 November 2011

PESARA DURU DITEMUI MATI TANGAN TERIKAT




PORT DICKOSN, 14 Nov -- Anggota polis sedang menjalankan siasatan di mana seorang pesara guru wanita berusia 70 tahun ditemui mati dalam keadaan tangan diikat di sebuah rumah di Jalan Taman Lama, pada jam 8.10 pagi tadi. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Pesara Guru Ditemui Mati Dengan Tangan Terikat

PORT DICKSON, 14 Nov (Bernama) -- Seorang pesara guru wanita berusia 70 tahun ditemui mati dengan tangan diikat di sebuah rumah di Jalan Taman Lama, di sini pada jam 8.10 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, mayat mangsa ditemui terbaring oleh seorang pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah bersebelahan, dipercayai milik anak lelaki mangsa.

Berita selanjutnya, [klik di sini]


[Foto 1 = BERNAMA]

[Foto 2 = BERNAMA]



Try out for the Gap Casting Call and your precious tots may stand a chance to star in the GAP Kids Spring 2012 Collection. There's plenty of prizes awaiting the brightest child star too. Here's your chance to let your little ones shine! Details? [Clicks here]




WARGA EMAS MAUT DITEMBAK KETIKA BERSARAPAN DI JOHOR




JOHOR BAHARU, 14 Nov -- Anggota polis forensik melakukan sisatan terhadap mayat Lee Shoo Toong, 60, seorang warga emas yang mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama isterinya di sebuah restoran di Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, hari ini.Foto sumbangan BERNAMA

Warga Emas Mati Ditembak Ketika Bersarapan Bersama Isteri Di Skudai

JOHOR BAHARU, 14 Nov : Seorang lelaki warga emas mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama isterinya di sebuah restoran di Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata Lee Shoo Toong, 60, yang tinggal di pangsapuri Taman Skudai Baru ditembak secara dekat oleh seorang lelaki bermotosikal yang berhenti di depan restoran tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi.

Berita selanjutnya, [klik di sini]


[Foto 1 = BERNAMA]

[Foto 2 = BERNAMA] Mayat kelihatan terlentang. Yang lemah semangat dinasihatkan jangan tengok



Try out for the Gap Casting Call and your precious tots may stand a chance to star in the GAP Kids Spring 2012 Collection. There's plenty of prizes awaiting the brightest child star too. Here's your chance to let your little ones shine! Details? [Clicks here]



LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX