Sabtu(28052011), aku ke bandar kelahiranku, A/Setar, Kedah. Rasanya gambar di bawah akan menceritakan segalanya. Jom menikmati/enjoy dengannya...
Rumah pusaka, lepas kematian ibu dan bapa,
rumah ini didiami oleh adik bongsu aku,
yang mendirikan rumahtangga dengan seorang peniaga
dan dikurniakan dengan 6 orang anak.
Anak bongsu adikku bersama bapanya,
adik ipar aku le, tapi pangkat abang kerana lebih tua 3 tahun dari aku.
Anak ke empatku(bertudung biru) bersama sepupunya.
Terkenang pulak pada sepupu aku, semuanya jauh2.
Tapi esok Insya Allah aku akan ke kenduri sepupu aku di Kulim.
Kalau dulu bila jumpa sepupu, aku main masak2(
selalunya jadi bapa ataupun cikgu)
La ni, main komputer satu Malaysia.
Syukur pada Allah SWT dan tq kpd
Najib and the gang atas inisiatif depa
mewujudkan komputer Satu Malaysia.
Hah, selalunya shopping kompleks je ada eskalator.
Ni jejantas yg akan membawa pengunjungnya ke tradadada....
Kalau Terengganu dgn Pasar Payangnya,
Kelantan dgn Bazar Tok Gurunya,
Penang dgn Chowrastanya,
Kedah pulak dengan Pekan Rabunya.
Macam-macam ada.... Tu la ayat yang sesuai untuk
menggambarkan keunikan Pekan Rabu, Aloq Setaq ni.
Gambar ni hanya mampu menceritakan
mungkin 4% dari keseluruhan Pekan Rabu
Kalau ke ASetar, jangan lupa singgah noo...
Bas Pelancong dari merata tempat dah
menjadi satu pemandangan biasa di Pekan Rabu
Ni pulak pemandangan dari luar.
Makan tak ada masalah, kat ground flour ada jual
macam-macam makanan
Masa nak ke parking kereta, jumpa pula ni...
Betul ke? Anda/Pengundi akan tentukan..
OK, hingga sampai di sini dulu. Jumpa lagi di lain celoteh.... Wassallam.