LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 29 October 2011

[FULL MOVIE] KARIPAP KARIPAP CINTA FULL MOVIE





Sinopsis :

Ali is a polite young man but he lacks ambition and motivation. Ali works in a company that publishes political and mystery magazines. While working there, Ali falls in love with Sarah, a cartoonist.

One day, he tries to rescue Sarah from being robbed but as it turns out, he is the one rescued by her! Since Sarah is a graduate from the University of Al-Azhar, Ali, in his quest to win Sarah's love, lies that he too is a graduate from the same university.

Meanwhile, Ali's boss, Dato' Razali Bunari, is involved in a political feud with his longtime rival, Dato' Zidan. Dato' Razali is planning to destroy his rival's political career by revealing his scandalous activities. Ali knows about his boss's plan so he and his friends plan to rob Dato Zidan of some vital documents. However, they get caught in the act and are arrested by the police. Now all Ali wants is to be with Sarah. Finally, he is released and he tries to do a recipe, which can make Sarah like him. But is this a possible dream?


Link terkini, sila rujuk ruangan COMMENT.

Bersedia untuk RM10,000 dengan NESCAFE?. [Klik sini] untuk informasi.





WARGA EMAS KAYUH 100KM SEHARI JAJA SARANG BURUNG




BALING, 29 Okt -- CARI REZEKI ... Penjual sarang burung, Mad Desa Ahmad, 67, (kiri) bersama basikalnya menjaja sarang burung tiak raya di sini, hari ini.
Mad Desa merupakan pesara Jabatan Bekalan Air (JBA) dari Seberang Perai, Pulau Pinang sanggup mengayuh basikal lebih 100km untuk menjual sarang burung yang unik itu. Sarang burung tiak raya yang terdapat dalam pelbagai bentuk dijual pada harga RM20 hingga RM50. [Foto=BERNAMA]

Warga Emas Kayuh Basikal Jaja Sarang Burung Tempua

BALING, 29 Okt (Bernama) -- Keunikan sarang burung tempua atau cak raya bagi orang utara, mendorong seorang warga emas mengayuh basikal sehingga 100 km bagi mencari dan menjaja sarang burung yang dijadikan hiasan premis bagi penggemarnya.

Mad Desa Ahmad, 67, yang juga pesara Jabatan Bekalan Air dari Seberang Perai, Pulau Pinang berkata aktiviti itu dilakukannya sejak 15 tahun lalu.

"Hobi saya mengayuh basikal menjadikan aktiviti ini menyeronokkan selain dapat menambah pendapatan kerana setiap sarang burung boleh dijual antara RM20 hingga RM50," katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Mad Desa berkata setiap kali keluar menjaja, beliau akan menggantungkan antara 10 hingga 15 sarang burung tersebut pada basikalnya.



"Ada kala saya mengayuh basikal dari rumah keluarga di Taman Semarak, Kulim sehingga ke Selama, Perak untuk mengambil sarang burung jenis ini yang banyak di daerah itu," katanya. [Foto=BERNAMA]

Inginkan peluang mendapat kamera percuma? [Kliklah sini] for freee info/percuma.

Beliau juga akan bermalam di rumah saudara-mara atau di mana sahaja yang sesuai jika perlu berbuat demikian.

"Saya hanya mengait sarang burung yang sudah ditinggalkan burung dari pokok kelapa, pokok bakau dan pokok-pokok lain yang tidak tinggi serta tidak akan mengambil sarang burung yang masih ada penghuninya," kata Mad Desa.

Seorang peminat sarang burung itu, G. Mohan, 35, berkata beliau dan keluarga memilih sarang burung cak raya kerana keunikannya.

Katanya mereka juga kagum kerana burung sekecil itu mampu membina sarang sedemikian cantik.

Sumber = BERNAMA


AKIBAT MARAH SUAMI PUKUL ISTERI HINGGA PENGSAN DEPAN ANAK




Seorang surirumah menerima tiga jahitan di kepala selepas dipukul suaminya kerana gagal menyiapkan makanan di rumahnya di Taman Netas Maju, Mentakab pada Rabu lepas.

Mohd Haris berkata dalam kejadian pada 3 petang itu, suami mangsa yang berusia 55 tahun baru pulang daripada mencari kerja dan ingin menikmati makanan namun isterinya masih belum menyiapkan hidangan.

Katanya mangsa berusia 39 tahun kemudian dipukul dengan kayu di kepala oleh suaminya sebelum dipijak sehingga pengsan.

Kejadian itu turut disaksikan empat anak mereka yang berusia 5 hingga 13 tahun, katanya.

Sumber = BERNAMA


Entah apa nak jadi pada dunia sekarang, aku pun tak tahu. Gamak seorang lelaki, yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memberi perlindungan kepada anak isteri memukul teman sebantalnya sampai begitu sekali. Kalau nak marah pun patut padan ler. Ini lepas geram pada isteri yang merupakan sebahagian daripada badan/nyawa kita sendiri, sanggup berkongsi susah senang dengan kita. Ops!! silap, bukan berkongsi, malah sanggup mengutamakan anak dan suami melebihi diri mereka sendiri. Tak patut...Memang tak patut. Atau lain perkataan = kejam.

Nak tahu tentang kereta impian di sebelah ni. Klik di sini. Tak perlu beli, just tengok dulu. Semua pencapaian menakjubkan bermula dengan impian.

AKIBAT MARAH LELAKI TUMBUK SEPUPU WANITA HINGGA PATAH HIDUNG




Lelaki Tumbuk Sepupu Wanita Hingga Patah Hidung Kerana Geram Dengan Gurauan

KUANTAN, 28 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki menumbuk sepupu wanitanya sehingga patah hidung kerana geram dengan wanita itu yang mengambil dompetnya sebagai satu gurauan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, lelaki berusia 22 tahun itu pergi berjumpa sepupunya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai perabot di Raub, pagi Khamis.

Beliau berkata sebelum beredar, dompet lelaki terbabit telah diambil oleh sepupunya berusia 24 tahun tanpa disedari sebagai satu gurauan.

"Kira-kira 12 tengah hari itu, wanita tersebut ke rumah sepupu lelakinya di Taman Raub Jaya untuk memulangkan semula dompetnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya selepas memulangkan dompet berkenaan, mangsa yang hendak pulang telah dihalang oleh sepupu lelakinya itu, yang melepaskan tumbukan ke bahagian muka sepupunya selain menyepak dan menghantuk mangsa ke dinding, kerana dipercayai geram dengan gurauan itu.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlalu marah kerana memerlukan kad pengenalannya untuk belajar memandu.

Sumber - BERNAMA

Your next car should be Germany. Terkejut? [Klik info di sini].



Friday, 28 October 2011

TAK RUGI RAMAI SAHABAT?



Memang tak rugi bersahabat ramai, baik di dunia media sosial seperti FB ataupun Tweeter, mahupun di alam sebenar seperti alam pekerjaan, alam universiti dan macam-macam alam lagi dah. Jom tengok kartun ni, tak yah aku cerita panjang2. Tapi kawan yang negatif? Baik kau jauhkan diri... TST la kan.

Nakkan percutian yang murah tetapi selesa? Beli pakejnya kat sini jer. [
]. Tentu berbaloi...

ANDAI MEREKA BOLEH BERBICARA : PANDAI MACAM LEMBU? ANJING PUN TENSION?





Di suatu petang, tatkala lembu bertemu anjing. Maka bermulalah satu bicara/diskusi ilmiah di antara mereka berdua...

LEMBU: Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena jer?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata : "Hoi anjing, pergi jauh-jauh. Najis!".

LEMBU: Ya, lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, masih boleh dibersihkan dengan disamak. Tu jer. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak bersihkan dosa dengan samak?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau anjing, malah tak boleh suci sekalipun, melainkan melalui memohon ampun dari Yang Maha Esa dan meminta maaf dari penjaga/ibubapanya.

ANJING: Wah! Ayat kau memang power la lembu. Manusia kena ubah pepatah ler 'Pandai macam

LEMBU'. Betul la tuh.

Hopefully, kita dapat mempelajari sesuatu dari kisah ini. Kata sesetengah orang, jangan melihat siapa yang berkata, tetapi dengar dan ambil nasihatlah apa yang diperkata.... Check kit dout.

Nak tau cerita tentang kereta
ni? [Klik kat sini] Its free info/demo.

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX