LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 1 November 2011

PAGE SERAH MEMORANDUM MAHUKAN PPSMI DIBERI PILIHAN




Foto dari TheStar

Nampaknya isu ini semakin rumit kerana kedua-dua pihak, penyokong dan penentang dasar PPSMI masing2 memiliki hujah untuk menyokong pendapat kumpulan mereka. Kali ini, pihak PAGE pula bertundak menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran, mendesak supaya PPSMI diberi pilihan kepada sekolah, sama ada mahu diteruskan atau dimansuhkan. Berita lanjut, klik di sini.

For Man Utd fans, here's your chance to watch live matches in Old Trafford in UK! Click here for info.


IKRAM MENENTANG USAHA KEMBALIKAN PPSMI






Ikram Tentang Usaha Kembalikan PPSMI, Minta Kerajaan Bertegas Dengan Keputusan

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menentang usaha mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana yakin keputusan Kementerian Pelajaran mengenai isu ini telah diasaskan kepada kajian dalaman kementerian itu.

Pengerusi jawatankuasa pendidikan Ikram Prof Madya Dr Omar Yaakob berkata ia berdasarkan kajian pakar-pakar tempatan dan kajian badan luar negara yang berwibawa, yang menunjukkan kesan negatif PPSMI melebihi manfaatnya.

"Cadangan untuk memberikan pilihan kepada sekolah untuk memilih sama ada menjalankan pengajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris akan menimbulkan kecelaruan di dalam sistem pendidikan negara.

"Kerajaan perlu bertegas serta mengambil langkah berhikmah dalam menentukan pendekatan dan strategi agar kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu terpelihara," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Ikram ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah swasta Islam Se-Malaysia pada peringkat rendah dan menengah dengan jumlah pelajar seramai 13,000 orang, dengan lebih 1,000 pendidik dan 20,000 ibu bapa.

Sekolah pertamanya mula beroperasi sejak tahun 1985.

Dr Omar berkata penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan tetapi cara melalui PPSMI bukan sahaja tidak mencapai matlamat bahkan akan merencat perkembangan pendidikan murid-murid terutama di luar bandar.

Katanya kementerian membuat keputusan tepat membatalkan PPSMI dan melancarkankan program Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Beliau berkata Ikram menerima kepentingan dan keperluan menguasai bahasa-bahasa lain seperti yang disebut dalam al-Quran dan hadis tetapi strategi pelaksanaan untuk menguasai bahasa asing bukan dengan mengorbankan kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu sebagai tonggak pembangunan agama, bangsa dan negara.

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekolah-sekolah kerajaan tidak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains walaupun terus menerima tekanan daripada pertubuhan ibu bapa dan beberapa badan bukan kerajaan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata tindakan membenarkan sekolah memilih antara dasar PPSMI atau menggunakan pendekatan baru yang diluluskan oleh Kabinet dua tahun lepas hanya akan menyebabkan keadaan kucar-kacir.

Sumber=BERNAMA

For Man Utd fans, here's your chance to watch live matches in Old Trafford in UK! Click here for info.


GAMBARAN SEBENAR PELANGGARAN KERETAPI-LORI TANGKI DI SABAH



KOTA KINABALU, 1 Nov -- Beginilah keadaan di kawasan perlanggaran sebuah lori tangki minyak dengan keretapi di Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang berlaku petang semalam. Foto=BERNAMA


Siasatan Menyeluruh Mengenai Perlanggaran Kereta Api Dengan Lori Tangki Minyak

KOTA KINABALU, 1 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu siasatan menyeluruh mengenai punca perlanggaran kereta api dengan sebuah tangki minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam.

"Saya bersyukur tidak ada kematian tetapi saya mahu pihak terbabit termasuk Jabatan Keretapi dan Shell Timur menjalankan siasatan terperinci mengenai kemalangan ini," kata beliau.

Musa, yang kini melakukan lawatan kerja di London selama empat hari berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Selasa.





KOTA KINABALU, 1 Nov -- Beginilah keadaan kepala dan gerabak keretapi yang dilanggar sebuah lori tangki minyak di Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang berlaku petang semalam. Foto=BERNAMA(1 & 2)

Dalam kemalangan itu, sekurang-kurangnya lapan orang cedera akibat letupan kuat yang disebabkan sebuah kereta api yang dinaiki kira-kira 200 penumpang merempuh sebuah lori tangki membawa 27,000 liter petrol di lintasan kereta api haram berhampiran KM5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas dekat sini pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata penumpang lain dalam kereta api itu yang dapat menyelamatkan diri dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan.





KOTA KINABALU, 1 Nov -- Beginilah keadaan kepala dan gerabak keretapi yang dilanggar sebuah lori tangki minyak di Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang berlaku petang semalam. Foto=BERNAMA(1 & 2)

Beliau juga dilaporkan berkata lori tangki itu sedang menyeberang landasan kereta api untuk menghantar petrol ke sebuah stesen minyak, tetapi terlambat untuk menyeberanginya, mengakibatkan kereta api itu merempuhnya.

Musa juga mahukan pihak berkuasa terbabit meningkatkan langkah-langkah keselamatan di sepanjang laluan melintas kereta api bagi mencegah kemalangan.

"Saya juga berharap mereka yang cedera agar cepat sembuh dan mahu memastikan mereka bahawa kerajaan akan melakukan segala mungkin untuk membantu mangsa berkenaan," kata beliau.

Sumber=BERNAMA


For Man Utd fans, here's your chance to watch live matches in Old Trafford in UK! Click here for info

PASANGAN KEKASIH BERSAMA 12.7 KG GANJA DITAHAN




GEORGETOWN, 31 Okt -- Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar (dua, kiri) bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas seberat 12.7 kilogram yang bernilai RM40,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara Bayan Lepas di sini hari ini. Serbuan yang dilakukan pada 2 pagi semalam turut menahan sepasang kekasih berusia 36 dan 47 tahun. Foto=BERNAMA


Pasangan Kekasih Ditahan Bersama 12.7 Kg Ganja

GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menahan sepasang kekasih dan merampas 12.7 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM40,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata hasil maklumat awam dan intipan polis sejak beberapa bulan lepas, pihaknya menyerbu rumah pasangan berkenaan pada pukul 2 pagi.

Katanya semasa diserbu, lelaki dan perempuan berusia 36 dan 47 tahun itu berada di rumah, hasil pemeriksaan polis menemui ganja yang disembunyikan di salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Polis menemui 12.7 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM40,000 di dalam rumah itu," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan itu menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini.

Abdul Rahim berkata polis juga tidak menolak kemungkinan mereka merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif mengedar di sekitar negeri ini.

"Pasangan itu kini direman sehingga 5 November ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya siasatan turut mendapati lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai dan masyarakat setempat agar dapat menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya terdapat pergerakan yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka.

Sumber=BERNAMA

Fantastic holidays for four worth more than RM55,000!. Clicks here for details.


KPT TIMBANG TINDAKAN LEBIH TEGAS TERHADAP IPTS






Kementerian Pengajian Tinggi Timbang Tindakan Lebih Tegas Terhadap IPTS

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi sedang meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertujuan memperuntukkan tindakan lebih tegas termasuk denda lebih tinggi terhadap IPTS yang melakukan kesalahan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia dijangka dibentang di Parlimen tahun depan.

Beliau berkata IPTS yang didapati membenarkan penuntut antarabangsa mereka menduduki peperiksaan tanpa perlu menghadiri kelas akan dikenakan tindakan sewajarnya.

"IPTS terbabit juga tidak akan dibenar menerima pengambilan pelajar antarabangsa bagi kemasukan seterusnya, jika ia berbuat demikian," kata Mohamed Khaled ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menarik balik kelulusan bagi pengambilan penuntut antarabangsa enam IPTS tahun ini.

"Antara faktor penarikan balik kelulusan itu ialah kegagalan IPTS dalam pengurusan pelajar antarabangsa secara berkesan," kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata IPTS yang diberi kelulusan pengambilan penuntut antarabangsa oleh KDN pula perlu mengemukakan laporan berkala setiap suku tahun mengenai maklumat status penuntut antarabangsa, termasuk kehadiran ke kelas.

Pemantauan akan dilakukan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui potongan gaji, beliau berkata ia dijangka dapat dilaksanakan hanya pada 2013.

Beliau berkata desas-desus Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memulakan potongan gaji peminjam PTPTN adalah tidak tepat.

"Tidak ada potongan dibuat setakat ini," katanya.

Mohamed Khaled berkata jika dilaksanakan, ia mungkin hanya diwajibkan untuk peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.

Sumber=BERNAMA

Fantastic holidays for four worth more than RM55,000!. Clicks here for details.


PPSMI : PAGE INGIN SEKOLAH DIBERIKAN PILIHAN






Polemik PPSMI Hanya Membuang Masa Dan Harus Dihentikan : GPMS Kedah

ALOR SETAR, 31 Okt (Bernama) -- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah menyifatkan polemik mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai membuang masa dan harus dihentikan segera.

Pengerusinya Shamsul Bahar Abdul Rani berkata sebaliknya usaha perlu ditumpukan kepada langkah untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui pemantapan silibus mata pelajaran itu sendiri.

"Semua pihak harus menerima pemansuhan PPSMI dengan lapang dada dan apa yang penting sekarang adalah pelan yang komprehensif di bawah sistem pendidikan negara untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu Sains dan Matematik.

"GPMS Kedah ingin mencadangkan agar hasil perbincangan Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pendidikan dalam perkara ini dikongsi untuk pengetahuan orang ramai agar semua pihak boleh memberi syor yang sesuai demi kepentingan bersama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa, guru dan masyarakat perlu membantu kerajaan dengan memberi input untuk memastikan pelajar dapat menguasai ilmu berkenaan secara efektif.

Shamsul Bahar berkata GPMS tidak menolak pentingnya untuk menguasai bahasa Inggeris malah menyokong usaha berterusan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mahir berkomunikasi dalam bahasa asing itu.

Sebelum ini Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa agar diberikan autonomi kepada sekolah untuk memilih PPSMI berdasarkan kajian mereka bahawa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar PPSMI dilaksanakan semula.

Dasar PPSMI dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah pada 2003 tetapi pada 2009, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan menukar dasar PPSMI itu kepada Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil mulai 2012 tetapi penekanan juga diberi terhadap Bahasa Inggeris.

Di GEORGE TOWN, Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) meminta kerajaan bertegas dan tidak tunduk dengan desakan PAGE yang mahukan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan secara pilihan di sekolah.

Yang Dipertua Pemenang Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata, desakan PAGE itu tidak mewakili keseluruhan rakyat malah ia seolah-olah tidak mahu memahami hasrat kerajaan untuk melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada tahun depan.

Katanya semua pihak haruslah sedar bahawa PPSMI mempunyai kelemahannya terutamanya bagi pelajar dan guru di sekolah luar bandar dan disebabkan itu Muhyiddin telahpun memgumumkan dasar baru itu bagi menggantikan PPSMI.

"Bahasa Inggeris ialah satu subjek bahasa yang perlu diperkukuhkan kerana ia adalah bahasa dunia tetapi bahasa itu tidak semestinya digunakan dalam pembelajaran Sains dan Matematik," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hakikatnya jika seseorang pelajar dan guru itu lemah dalam bahasa Inggeris, ia menyukarkan pembelajaran subjek Sains dan Matematik jika diajar dalam bahasa itu.

Mohd Yussof berkata jika penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang menjadi isu, kerajaan harus mengambil tindakan untuk memperkukuhkan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan bukannya memaksa pelajar untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa berkenaan.

Katanya cadangan untuk memberi pilihan kepada sekolah untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam mana-mana dua bahasa, akan menyukarkan dan mengelirukan pelajar dan guru.

Beliau berkata, dasar MBMMBI adalah jelas untuk mengatasi isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris di samping mempertabatkan bahasa Malaysia dan dasar itu sepatutnya disokong oleh semua pihak.

Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim dipetik sebagai berkata persatuan itu telah menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar dasar PPSMI dipertimbangkan semula.

Sumber=BERNAMA

Fantastic holidays for four worth more than RM55,000! Clicks here for details.

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX