LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 7 January 2012

[FULL MOVIE] SONGLAP


[FULL MOVIE] SONGLAP

Kepada yang meminati movie melayu, SONGLAP dapat mengurangkan rasa bosan anda. Semoga terhibur.

Sinopsis : Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik -- AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket.

Any pertanyaan, tanya jer kat bawah tu. Lagi satu, just klik link ataupun di bawah sebagai tanda sokongan pada artikel/blog ini dan sharelah/sendlah dengan kawan2 anda. Click anda, walaupun simple, ia memastikan artikel bermutu terus dihidangkan kepada anda semua. TQVM/TKBB.

[LINK 1]

[LINK 2]

Pilih ler mana satu pilihan hari. Kalau satu tak boleh, klik klip yang lain. Selamat menonton...

Friday, 6 January 2012

[4 GAMBAR] SUAMI ISTERI MAUT KERETA TERCAMPAK KE DALAM PARIT



IPOH, 6 Jan -- Kereta Perodua Kelisa milik sepasang suami isteri yang terbunuh, dipenuhi dengan lumpur selepas terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuhi air di jalan Kampung Raja, Kampung Gajah dekat sini, awal pagi tadi. Mangsa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Shahrin Ismail, 33, dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, terbunuh dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota. Mayat pasangan suami isteri yang terperangkap itu dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dan di hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat. Foto = BERNAMA

IPOH, 6 Jan : Sepasang suami isteri terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuh air di Jalan Kampung Raja, Kampung Gajah, kira-kira 75km dari sini awal Jumaat.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohd Fakri Che Sulaiman berkata Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, mati lemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

Kejadian berlaku pada kira-kira 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota, katanya ketika dihubungi hari ini.



Mayat pasangan suami isteri itu yang terperangkap di dalam kereta dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat, katanya.

Sumber = BERNAMA


[Berita bergambar 1]

[Berita bergambar 2]

[Berita bergambar 3]

[Berita bergambar 4]

29JAN2012 >> AIR HITAM 2012 MOUNTAIN BIKE CHALLENGE



Semperna Karnival Keluarga Community Policing, satu event berbasikal akan diadakan di Air hitam, Johor. Butirannya seperti berikut :-

Tarikh : 29 Januari 2012
Jarak offroad/road : 40km
Kategori : Terbuka lelaki dan Terbuka Wanita
Mula : Jam 08.00 pagi
Tempat Permulaan : Balai Polis Lama Air Hitam, Johor
Yuran Penyertaan : RM50 sahaja

[Jom masak-masak bersama Chef Hanieliza]

Hadiah :
1=RM500
2=RM300
3=RM150
Lelaki & Wanita
Medal sehingga tempat ke 30.



Yang berminat, sila hubungi no telefon berikut:
Encik Ezam = 017-7663396
Puan Norliana = 012-7375037

Goodies boleh diambil pada 06.30 pagi.

Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB (No akaun = 0114 0027 83 5527) atas nama Kamaruhizam bin Jahari sebelum 24 Januari 2012.
Sila sertakan bersama nama, no handphone, saiz baju, jantina dan tarikh masa 'bank in'.

Tuesday, 3 January 2012

[VIDEO] BAS TERJUNAM KE DALAM JURANG

Ggambar hiasan bermaklumat : Salah satu lori yang terbalik dibadai ribut di Britain pada 03 Januari 2011

(Klik translator untuk bahasa pilihan anda)10:20AM GMT 03 Jan 2012. Bus falls off cliff in Bolivia. Video footage has captured the moment that a large bus tumbled off the edge of the ‘Camino de la muerte’, Bolivia’s so-called ‘death road’ following heavy rain in the area.

[Know your best food around town! ]

Video footage shows a bus driver trying to navigate his vehicle along the narrow and rock strewn road in Bolivia, known as 'Camino de la muerte' or death road, that runs from La Paz downhill to Coroico. His passengers, who had got off to walk the treacherous stretch of road, watch as the vehicle suddenly tips over and tumbles down the hillside.



The driver was the only person on board and died in the incident. The road had reportedly become even more dangerous because of the heavy rain which has caused landslides in the area. In 1995, the Inter American Development Bank christened the road the most dangerous in the world. It is estimated that every year 200 to 300 people die on the road that is less than 50 miles long.

EMPAT SEKELUARGA DIBUNUH DALAM SERANGAN KEJAM

 
SIBU, 3 Jan : Sepasukan anggota polis mengusung mayat ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, yang mati dibunuh bersama tiga anaknya di kediaman mereka di Lorong 13 Jalan RTM kira-kira 7 pagi tadi di sini, hari ini. Mangsa dan ibunya yang berusia 80 tahun bersama tiga anaknya iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun. Polis percaya pelaku lebih dari seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan tajam untuk membunuh mangsa.
Foto = BERNAMA

Empat Sekeluarga Dibunuh Dalam Serangan Kejam

SIBU, 3 Jan : Empat sekeluarga, dua daripadanya kanak-kanak ditemui mati dibunuh dengan kejam di kediaman mereka di sini pagi Selasa, manakala seorang lagi budak lelaki yang parah sedang bertarung nyawa di hospital.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Lau Heng Soon berkata mereka yang mati dikenal pasti sebagai ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh.
 
[Know your best food around town! ]

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, lapan, kini dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala, katanya pada sidang akhbar, di sini.

Law berkata isteri Tong Hock, Li Xiao Lan, 28, sempat menyelamatkan diri ke rumah jiran melalui tingkap selepas terdengar bunyi bising di tingkat bawah kediaman mereka, dan pintu bilik tidurnya pula ditendang oleh beberapa individu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata polis menolak rompakan sebagai motif serangan, memandangkan rumah tersebut tidak digeledah serta tidak ada barangan yang dipercayai hilang.

Sumber = BERNAMA

Bacaan lanjutan = theborneopost


Sunday, 1 January 2012

[4 GAMBAR] TUJUH MAUT DALAM KEMALANGAN TRELER DENGAN DUA KERETA DI MANJUNG


LUMUT, 1 Jan : Lori treler dengan muatan tong gas memasak terbabas dan merempuh gerai buah sebelum melanggar beberapa pokok kelapa sawit. Dua buah kenderaan lain terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam yang mengorbankan tujuh remaja berumur 15 hingga 22 tahun termasuk pemandu kereta Honda Stream. Foto = BERNAMA


Tujuh Maut Dalam Kemalangan Babitkan Treler Dan Dua Kereta Di Manjung

LUMUT, 1 Jan : Tujuh maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG dengan dua buah kereta di Batu 6, Jalan Sitiawan-Lekir, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kemalangan ngeri pada 10.30 malam tadi, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalamai kecederaan parah dan kritikal, meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Shaharudin Abdullah berkata kejadian melibatkan kereta jenis Honda Stream dan Honda Civic serta sebuah lori treler.

Menurutnya, ketika kejadian kereta jenis Honda Stream yang dinaiki 10 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke rumah mereka di Lekir.

"Ketika sampai di tempat kejadian, kereta Honda Stream yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong dari arah kiri sebelum cuba memasuki semula aliran lalu lintas.

"Bagaimanapun, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terus memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori treler," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

[The party doesn't end on New Year's Day, win passes for the next party in 2012!]

Katanya kesan daripada pertembungan tersebut menyebabkan beberapa penumpang kereta tercampak di atas kereta Honda Civic.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, yang kesemuanya dari Lekir, Setiawan.

Bagaimanapun, pemandu kereta Honda Stream, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang berasal dari Jeli, Kelantan meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini di HSM.

Shaharudin berkata tiga lagi penumpang kereta berkenaan hanya cedera ringan manakala pemandu lori treler dikenali sebagai Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan masih dirawat di HSM.

"Semua mayat telah dituntut oleh keluarga mereka pagi tadi dan dijangka dikebumikan di kampung masing-masing hari ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan yang juga Anggota Parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha turut berada di tempat kejadian bagi melihat kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan yang turut merempuh beberapa buah gerai menjual buahan-buahan dan ladang kelapa sawit berhampiran.

Kong yang turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa berkata beliau akan meminta pihak berkuasa mengkaji semua kedudukan gerai makanan dan buah-buahan di sepanjang laluan tersebut.

"Gerai-gerai di situ dipercayai telah wujud lebih 15 tahun lalu iaitu sebelum jalan raya tersebut dinaik taraf lagi.

"Saya meminta perkara itu (kedudukan gerai) dikaji semula dan sekiranya perlu mungkin sudah sampai masanya ianya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya di sini, hari ini.

Sumber = BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX