LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 4 March 2011

LESEN BUKIT NENAS LAGI(2MAC2011)

Bro Wong dari Seri Astana ajak rider Adzhar dapatkan lesen Bukit Nenas. Aku dan abg Mokhtar temankan aje. Kali ni tiada lastik. Apalagi, di tempat biasa nyaris dikejar anjing lagi tapi dapat diselamatkan oleh tuan punya anjing, pekerja ladang kontrak dari Thailand.

Perghhh, Wong kata Jamboree pun tiada panjat bukit ini macam punya tinggi loo. Anyway Wong, tahniah kerana ada dah dapat Lesen Bukit Nenas. Untuk abg Mokhtar, tak boleh bagi lagi kerana tolak ke atas dari pertengahan jalan.


Rider Adzhar dan Wong(pemilik Lesen Bukit Nenas terkini)



Gambar ni baru best, tak nampak 'bola' dalam perut


Balik ikut jalan lain, yang lebih berselut.....Malasnya nak cuci tayar. Tak pa, hari Khamis ni dah nak tukar tayar baru, Insya ALLAH. Jumpa lagi.



TRIP TO GURUN

Selasa(1Mac2011) aku ke Gurun, Kedah coz nak jumpa sorang yang merupakan bapa mertua kepada seorang pelanggan besi aku. Tujuannya nak serahkan kunci rumah yang aku minta supaya mudah untuk aku memasang grill kat rumah menantunya.

Syok jugak perjalanan aku kali ni. Sampai di Bandar Baru Sungai Lalang, aku selisih dengan abang rider(kalau tak silap, namanya Arshad kot) dan ajak di join pi Gurun sekali. "OK, no problem, jom". Bestnya, tak la boring sangat kayuh sorang2.

Di Bedong, sorang lagi rider nak join kami. Kerja sebagai polis di Balai Polis Bedong, agak sibuk dan tak tentu waktu kerja menyebabkan dia tak naik basikal lebih kurang 2 tahun dah. Sampai di PERWAJA, dia mohon undur diri kerana dah kehabisan tenaga - maklumlah hampir 2 tahun tak kayuh.

Nampak tak sign kat belakang tulis GURUN NIAGA


Menyampah tengok gambar ni, walaupun dah tarik nafas masih nampak 'bola' kat perut tu.


Perjalanan diteruskan dengan rider Arshad. Sampai kat Gurun, dia snap aku, aku snap dia. Lepas tu, dia minta izin nak balik dulu, manakala aku meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Gurun. Di sana, jumpa lagi sorang rider yang baru balik dari menservis Livinanya. Kerja kat kilang baja Petronas, kenal pulak dengan adik ipar aku, Pak Tam Yusri. Katanya dia join kelab RCT.


'Bola' dalam perut lagi....


Kawasan belakang Plaza Tol PLUS Gurun


Lepas dapatkan kunci, aku terus kayuh. Sembahyang Maghrib kat Masjid Bedong. Sampai kat EE Koteaw jam 8.55 malam. Malam tu susah nak lena pulak dah.


Sunday, 27 February 2011

[VIDEO]LESEN BUKIT NENAS, SG PETANI(25-FEB-2011)

Klip video ini menjadi sebahagian daripada cerita kejayaan rider2 yang baru tahun ini menceburi arena MTB untuk mendapatkan "Lesen Bukit Nenas"



Cubaan untuk dapatkan Lesen Bukit Nenas -
Ada yang berjaya. Kepada yang gagal, cuba lagi. Bukit Nenas sentiasa menanti.





HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN...

Sudah termaktub dalam perjanjian, setiap yang hidup pasti menemui jalan kematian. Dirakam ketika aku dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak aku ke asramanya.


Malang tak berbau......


Mangsa dikerumuni oleh orang2 yang ingin membantu


Berhati-hati ketika memandu....yang berkereta, mahupun bermotorsikal.











Saturday, 26 February 2011

DAH MULA KUTIP...




Kepada rider2 yang dah bagi nama untuk menyertai jambori Kulim International MTB Jamboree 2011, kutipan akan dimulakan sekarang. Terima kasih.






ISTIMEWA HARI INI - BUKIT NENAS 2

Pagi tadi aku dan beberapa rider lain ke Bukit Nenas lagi, sebab sesetengah rider kami masih belum dapat 'Lesen Bukit Nenas'.

Jam 7.56am, ada massage dari rider jemput aku join rider Aman Jaya jam 8.00am. Minta maaf banyak2 sebab tentu tak sempat sebab aku baru terbaca massage tu. Lain kali bro, Insya Allah kita kayuh sekali.

Join dengan rider kawan2 aku, roda mula pusing jam 9.05am.


Rider sedang memanaskan enjin di Bdr Utama


Cuba teka apa dia? Holder meter? Bukan dia. Salah tu.


Dah tau jawapannya? Cuba teka dalam 'Chatlah Dengan Saya...'


Dalam perjalanan ke Bkt Nenas, jumpa satu laluan baru dibina khas oleh pemaju utk peminat MTB.


Khas utk peminat MTB yg nak berlatih DH dan UpHill


Garisan penamat?


Panjangnya.....


Jangan bimbang jika tayar on road digunakan, boleh panjat punya


Cubaan nak dapatkan lesen Bkt Nenas bermula. Puncak Bkt Nenas kat hujung tau


Rider terakhir mencuba, tapi x dapat lesen lagi. Tak pa, mingu depan cuba lagi.


Saujana mata memandang...


Dah sampai puncak, sure happy + syukur punya


Close up dekat sikit, baru nampak muka

Mana dia dR MTB?


Snap lagi sekeping


Kami naik dengan basikal, bukan motor tau. Nampak itu bukti?


Jumpa parit dalam. Angkat, jangan tak angkat.

Perjalanan pulang, macam cross country pulak, siap kena angkat basikal pulak


Sekuat mana anda, masih perlu masa untuk berehat


Awas, gambar rider seksi(tak berbaju/nampak puting lagi). Habis dah. Insya Allah kami tunjuk movie pulak lepas ni-selepas copyright diperolehi dari rider Adzhar.










LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX