LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 28 October 2011

PENGANGGUR DI TUDUH MEMBUNUH GADIS




KUALA LANGAT, 28 Okt -- Seorang penganggur, Kher Tian Hock, 37, diiringi anggota polis ketika di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang gadis dan lari dari tahanan sah pada 2004.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh See Sheau Fang, 18, di kawasan sebuah rumah beralamat no 44 Jalan Wira 24, Taman Perwiria Sijangkang dekat sini antara 9.30 pagi dan 5.30 petang pada 28 Februari 2004.
Kher juga didakwa di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan di Balai Polis Tanjung Sepat antara 6.30 dan 7.30 pagi 13 Mac 2004 setelah ditahan secara sah untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang, Rozaidi Yaacob menentapkan tarikh sebutan semula kes ini pada 8 November ini.Foto = BERNAMA


Penganggur Dituduh Membunuh Gadis Tujuh Tahun Lepas

BANTING, 28 Okt (Bernama) -- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang gadis pada 2004, tahun yang sama dia dilaporkan melarikan diri dari Balai Polis Tanjung Sepat selepas ditahan berhubung kematian remaja itu.

Kher Tian Hock, 37, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh See Sheau Fang, 18, di kawasan sebuah rumah di Jalan Wira 24, Taman Perwira, Sijangkang dekat sini antara 9.30 pagi dan 5.30 petang 28 Feb 2004.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan di Balai Polis Tanjung Sepat antara 6.30 pagi dan 7.30 pagi 13 Mac 2004 setelah ditahan untuk disiasat berhubung kes bunuh itu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Kher, yang tidak diwakili peguam, semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob.

Jika sabit kesalahan bagi pertuduhan membunuh, Kher boleh dihukum gantung sampai mati dan bagi kesalahan kedua, dia boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun.

Sumber = BERNAMA

PENIAGA MATI DITEMBAK DI SETIAWAN




LUMUT, 28 Okt -- TEMBUS ... Cermin tingkap hadapan rumah mangsa ditembusi peluru yang dilepaskan penjenayah di Taman Hijau, Sitiawan dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, seorang peniaga berumur 31 tahun mati selepas ditembak oleh penjenayah ketika mangsa pulang ke rumah.

Pengusaha Pusat Karaoke Mati Ditembak

LUMUT, 28 Okt : Seorang pengusaha sebuah pusat karaoke dan kedai dobi mati ditembak di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan dekat sini Khamis malam.

Peniaga berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Kelvin itu ditembak pada kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan dan setakat ini belum ada suspek ditangkap.

"Polis masih menyiasat dan sedang mencari petunjuk kes itu dan tidak mahu siasatan terganggu," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu seorang jiran lelaki itu, berkata mangsa dibawa ke hospital oleh seorang lagi jiran yang ternampak beliau terbaring berlumuran darah di hadapan rumah.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kesan luka di beberapa bahagian badan mati di Hospital Seri Manjung.

Kelvin adalah anak bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di sini.

Seorang lagi jiran yang juga enggan dikenali berkata sebelum mangsa ditemui, beberapa bunyi letupan kedengaran.

"Saya sedang berehat di rumah, kedengaran lima das letupan di hadapan rumah...mulanya saya ingatkan bunyi mercun sempena Deepavali, tapi sangkaan saya meleset apabila mendapati mangsa terbaring di hadapan rumah dengan berlumuran darah," katanya.

Sumber = BERNAMA

Ingin dapatkan kamera percuma untuk merakam memori anda dan keluarga? [Dapatkan di sini]


UNTUK SEEKOR IKAN, PERAIH SANGGUP BAYAR RM6,000




Ong Ek Chin sanggup membayar RM6,000 kepada seorang nelayan di Baleh untuk medapatkan seekor Empurau seberat 10 kg. Ikan exotic ini hanya boleh ditemui di Sungai Baleh dan Sungai Katibas dan berharga dalam lingkungan RM680-RM700 per kg.
Terdapat 2 spesis Empurau, putih dan merah, yang mana merah(yang dipegangnya) adalah lebih mahal.
Selain dari empurau, ada beberapa lagi ikan exotic yang mendapat harga yang lumayan seperti Tengadak(RM270/kg), Semah(RM130/kg) dan Patin(RM40/kg)

Sumber = TheBorneoPost

Ingin merakamkan sejarah kehidupan anda?[kliklah di sini]


GURU NYARIS DITELAN SUNGAI



SIBU: Tiga guru lelaki SK Nanga Kua di Selangau, nyaris ditelan sungai selepas baha-gian belakang kuarters yang didiami mereka runtuh pada malam Isnin lepas.

Salah seorang guru terbabit, Haliff Irwan Hassan, 28, ketika ditemui Utusan Borneo semalam berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.15 malam.

Katanya, semasa kejadian beliau serta dua orang rakannya sudah masuk ke bilik tidur masing-masing.

“Semasa berada di dalam bilik, saya terdengar bunyi yang mencurigakan di bahagian belakang rumah sebelum memaklumkannya kepada rakan yang lain.

“Belum sempat mengetahui lanjut apa yang sedang ber- laku, bahagian belakang rumah kami yang menempatkan tempat memasak serta bilik mandi dan tandas pun runtuh,” ujar beliau.

Menurut Haliff, beliau antara yang paling bernasib baik kerana sejam sebelum kejadian beliau menggunakan bilik air untuk mencuci pakaian.

Haliff yang berasal dari Johor dan telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu menjelaskan, petanda kawasan berkenaan sudah tidak selamat sudah mula dikesan sejak Sabtu lalu.

Jelas beliau, kerana bimbang air Sungai Kua semakin naik, beliau serta yang lain bertindak memindahkan tangki air ke kawasan tinggi.



Difahamkan, hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah meng-akibatkan Sungai Kua yang terletak di belakang kuarters guru semakin naik dan deras sehingga menyebabkan berlakunya hakisan tanah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh ketika ditemui semalam menjelaskan, beliau bersama Pegawai Daerah Wan Akil Wan Muhamad Bujang serta Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Selangau Limok Shem telah melawat tempat kejadian.

“Hasil daripada lawatan tersebut, saya telah meminta PPD (Pegawai Pelajaran Daerah) membincangkan perkara tersebut dengan pihak Pejabat Pelajaran Sibu.

“Saya juga, akan berbincang mengenai peruntukan yang diperlukan dengan pihak Kementerian Pelajaran supaya kuarters guru yang baru dapat dibina,” ujar beliau yang pernah menjadi guru besar di se- kolah berkenaan dari 1978 hingga 1982.

Mauh memberitahu, beliau mencadangkan supaya kesemua kuarters guru di tebingan Sungai Kua dirobohkan dan dipindahkan ke kawasan lapang berdekatan dengan pin-tu masuk ke sekolah berkenaan.

Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga bersetuju untuk membina kuarters baru secara gotong-royong, katanya.




Bercakap lanjut, Mauh menjelaskan bahawa isu-isu sekolah yang berisiko tinggi dilanda banjir dan tanah runtuh di sekitar Tamin pernah dibincangkan dalam kabinet sebelum ini.

Empat daripada enam sekolah yang dimaksudkan antaranya ialah SK Nanga Kua, SK Nanga Pelugau, SK St Mark dan SK Nanga Tajam.

Mauh berharap, kerajaan dapat memberi perhatian lebih terhadap situasi sekolah berkenaan pada Rancangan Malaysia akan datang.


Sumber = THEBORNEOPOST


[CLICK PHOTOFOR INFO]


PEMUDA PARAH DISERANG OLEH GENG GANAS/BRUTAL




Seorang pelancong(nama tak dinyatakan) parah diserang oleh sekumpulan 15 orang samseng. Pemuda berusia 38 tahun tersebut diserang sebaik sahaja keluar dari pusat komuniti di Langley Green, Crawley, West Sussex kerana menghadiri majlis hari jadi rakannya. Penyerang tersebut dipercayai berkulit hitam.
Setelah dibawa ke Hospital East Surrey di Redhill, dia dipindahkan ke Queen Victoria Hospital di East Grinstead, England.
Ngeri + kesian aku tengok mukanya. Dah tak nampak macam orang lagi dah.





CERMIN KEDAI PECAH DILANGGAR KERETA




MELAKA, 27 Okt -- Sebuah kereta terbabas ke kedalam sebuah kedai apabila dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga emas Julien Cahn Oliver Evan Monera Singhe, 74 dari Rumah Pangsa Kesidang, di Taman Seri Pandan, Lorong Pandan di sini, hari ini.
Kemalangan tersebut hanya merosakkan cermin premis hadapan kedai tersebut tetapi tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.[Foto=BERNAMA]



MELAKA, 27 Okt -- BERKECAI ... Kerosakan yang berlaku pada cermin sebuah kedai apabila sebuah kereta terbabas dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga emas Julien Cahn Oliver Evan Monera Singhe, 74 dari Rumah Pangsa Kesidang, di Taman Seri Pandan, Lorong Pandan di sini, hari ini.[Foto=BERNAMA]



LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX