LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 19 February 2011

Widgets

AKTIVITI MTB HARI INI - PANJAT BUKIT NENAS

Sabtu(19Feb2011) - Off-road Bukit Nenas - kerana kat situ ada projek tanaman nenas sejumlah 1.5 juta anak nenas...ya 1.5 juta.

Tayar mula berputar - 0905 am
Bilangan rider - tah aku tak ingat pulak kali nie, tapi lebih kurang 13 orang.

Pegggghhhh. Lama sungguh tak masuk jalan off-road. Jalan menyacak, baru kayuh tak sampai 1km dah ramai yang kena tolak.

Malang tak berbau - nyaris dikejar anjing hinggakan ke semua rider berjaya memecut laju walaupun di laluan mendaki.

Atas Bukit Nenas, panorama indah dan pemandangan mengkagumkan bumi ciptaan ALLH SWT. Nampak Penang dan Gunung Baling. Balik ke rumah, wife aku tak berapa nak percaya bila aku beritahu yang dari bukit Nenas boleh nampak Penang.

Balik, jam hampiri 11.00 pagi dalam keadaan letih dan kebanyakan rider kehabisan air.

Aku tak leh join minum kat kedai kerana nak balik cepat, beli barangan persekolahan anak2.

Gambar2 semasa aktiviti Bukit Nenas.
Rider yg paling gembira bila tiba di puncak ialah yg berbaju hijau depan sekali-Rider Adzhar

Semua rider bersyukur kegembiraan kerana berjaya menawan Bukit Nenas

Comments
1 Comments

1 ulasan:

nampaknya taukeh 2 dah bela anjing. time sy naik dulu x nampak pun. tapi memang mencanak giler bukit.err dah termaktub ke bukit 2 nama bkt nenas?

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX