LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 1 November 2011

KERANA BERBELANJA DI TESCO, BEKAS AMIL DIPENJARA, DISEBAT


Bekas Amil Dipenjara Empat Tahun, Tiga Sebatan Kerana Pecah Amanah

KULAIJAYA, 1 Nov : Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini Selasa kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM19,510.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu selepas Redzuan Mohd Said, 28, bekas imam sebuah masjid di sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Redzuan, sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang itu untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco di sini antara 16 Ogos tahun lepas dan 4 Sept tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Zaiton mengarahkan hukuman penjara terhadap Redzuan dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 28 Okt lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A Karthiyayini manakala Redzuan tidak diwakili peguam.

Sumber=BERNAMA

Amil ini dicari polis. Klik sini untuk bacaan lanjutan.

Fight dengue by becoming an aedes-buster! Ganyang Aedes! Details? [Click here] Prevention is better than cure....


Pautan

RIBUT DI YAN, KEDAH. 27 BUAH RUMAH ALAMI KEROSAKAN TERUK




YAN, 1 Nov -- Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertungkus lumus membantu membaiki salah sebuah rumah keluarga anggota mereka yang rosak akibat dilanda ribut di Kampung Kuala Sedaka dekat sini, hari ini. Sebanyak 27 buah rumah rosak teruk akibat ribut yang berlaku dua hari berturut-turut mulai Ahad lepas.[Foto=BERNAMA1]

27 Rumah Di Yan Rosak Akibat Ribut

ALOR SETAR, 1 Nov : Sebanyak 27 rumah di Kampung Kuala Sedaka di Yan dekat sini rosak teruk akibat dilanda ribut yang berlaku dua hari berturut-turut mulai Ahad.

Che Tom Sahar, 73, yang berada di rumah bersama anaknya Rahim Omar, 37, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang Ahad dan ketika itu dia sedang berbaring di ruang tamu.

"Hujan turun dengan lebat dan angin kuat. Guruh dan petir tak berhenti-henti. Tiba-tiba bumbung dapur dan bumbung rumah atas terangkat dan diterbangkan angin.

"Anak mak cik (Rahim) mai angkat mak cik lindung di bawah para dapur," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya Selasa.

Che Tom berkata ia merupakan kejadian kedua seumpamanya selepas yang pertama lapan tahun lepas.

"Lapan tahun lepas rumah mak cik dah pernah kena ribut tapi tak seteruk kali ini. Makcik rasa takut dah nak duduk sini sebab risau kejadian seperti ini berlaku lagi," kata Che Tom yang tinggal di situ sejak 50 tahun lepas bersama anak, menantu dan dua cucu.

Che Tom berkata anaknya telah membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak JKM juga telah datang melihat keadaan rumahnya dan rumah-rumah lain yang dilanda ribut.

Bacaan selanjutnya, klik di sini BERNAMA

[Foto=BERNAMA2]

Fight dengue by becoming an aedes-buster! Ganyang Aedes! Details? [Click here] Prevention is better than cure....




KERETA TERBABAS DAN TERBALIK JAM 2 PAGI


KUCHING: Sebuah kereta melanggar penghadang jalan sebelum terbalik di tengah-tengah jalan selepas terlibat dalam satu kemalangan akibat hilang kawalan.

Insiden tersebut berlaku sekitar jam 2 pagi semalam di Jalan Tun Razak yang melibatkan seorang lelaki berusia 40-an yang hanya mengalami cedera ringan di muka.

Kisah selanjutnya, [klik di sini]

Sumber=THEBORNEOPOST

Win fantastic holidays for four worth more than RM55,000!. Nak cuba? Tak rugi kalau mencuba.[Klik sini untuk maklumat lanjut] @ gambar di bawah.


Pautan

LELAKI DIJUMPAI MATI SETELAH BEBERAPA HARI





KUCHING: Seorang lelaki berusia 57 tahun dijumpai mati di rumahnya di Tapah dekat sini.

Lelaki terbabit dipercayai telah mati beberapa hari sebelum disedari oleh jirannya yang tidak melihat kelibat lelaki berkenaan keluar dari rumahnya beberapa hari.

Lelaki tersebut yang belum berkahwin tinggal berseorangan di rumah milik arwah ibunya.

Jirannya merasakan sesuatu yang tidak kena selepas melihat beberapa hari pintu rumah lelaki berkenaan tertutup dan tiada bunyi radio yang sering dibuka oleh mangsa, lalu memberitahu abangnya agar pergi memeriksa.

Apabila abang kepada jirannya pergi untuk memeriksa rumah terbabit pada awal pagi semalam, dia mendapati mayat mangsa terbaring di lantai.

Justeru, satu laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kisah selanjutnya, [klik di sini]

Sumber=THEBORNEOPOST

Win fantastic holidays for four worth more than RM55,000!. Nak cuba? Tak rugi kalau mencuba. [Klik sini untuk maklumat lanjut] @ gambar di bawah.



PENIAGA TERKEJUT PREMIS DISIMBAH CAT MERAH





MIRI: Seorang peniaga wanita yang ingin memulakan perniagaannya pagi semalam terkejut apabila mendapati pintu kedainya disimbah dengan cat merah.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh peniaga terbabit di Balai Polis Pusat Miri di sini.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa kejadian simbah cat itu hanya disedarinya sekitar jam 8.30 pagi semalam iaitu ketika ingin memulakan perniagaannya.

Difahamkan, premis mangsa yang terletak di Pusat Komersil Pelita di sini menjalankan perniagaan menjual pelbagai fesyen pakaian wanita.

Mangsa tidak menolak kejadian itu dilakukan oleh orang yang tidak diketahui sekitar jam 6 pagi hari tersebut.

Sementara dalam satu kes berasingan, sepasukan polis daripada Unit Kereta Peronda telah menahan dua remaja lelaki berusia 17 tahun setelah salah seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis terbabit ketika mengadakan rondaan di Jalan Miri-Bypass.

Kisah selanjutnya, [klik di sini]

Sumber=THEBORNEOPOST

Discover all these 'Great Kiwi Summer' exotic locations only in New Zealand, negara yang baru jer memenangi Kejohanan Rugby Piala Dunia. [Klik sini untuk maklumat lanjut] @ klik pada gambar di bawah.



KANAK-KANAK HILANG SELEPAS BERMAIN



BINTULU: Seorang Ibu tidak menduga anak perempuannya yang berusia enam tahun hilang begitu sahaja selepas bermain dengan kawan-kawannya berdekatan dengan rumahnya di Kampung Baru Laut di sini lewat petang kelmarin (Ahad).

Bahkan sebelum kehilangannya, kanak-kanak itu yang dikenal pasti sebagai Siti Nor Hajar Mohd Rashidi sempat memesan kepada ibunya untuk membeli buah rambutan.

Kali terakhir ibunya melihat anaknya itu adalah pada jam 2.30 petang kelmarin di rumahnya di sini.

Ibu kanak-kanak itu, Suriana Yunus, 27, berkata anaknya itu berkeadaan seperti biasa bahkan setiap kali dia ke pasar anaknya itu selalu memesan membeli barang makanan untuknya.

“Kelmarin anak saya ada memesan membeli buah rambutan. Dia cakap hendak makan buah itu.

“Saya pun membelinya tetapi bila saya balik dari pasar saya mencarinya dan saya tidak nampak kelibatnya di rumah dan kawasan tempat dia bermain.

Kisah selanjutnya, [klik di sini]

Sumber=THEBORNEOPOST

Discover all these 'Great Kiwi Summer' exotic locations only in New Zealand, negara yang baru jer memenangi Kejohanan Rugby Piala Dunia. [Klik sini untuk maklumat lanjut]@ klik pada gambar di bawah:-

Pautan

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX