LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 27 October 2011

Widgets

POLIS CARI AMIL ZAKAT DAN JURUJUAL KERETA KERANA MENIPU



JOHOR BAHARU, 27 Okt -- Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supt Mohd Luthfi Ismail Abdullah menunjukkan gambar dua lelaki yang dikehendaki polis kerana kes pecah amanah dan penipuan.
Redzuan Mohd Said (gambar kiri) memiliki kad pengenalan 830803-01-5859 yang beralamat terakhir di No.5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya adalah amil yang dilantik Majlis Agama Islam Johor dipercayai telah membuat kutipan zakat sebanyak RM18,000 namun tidak menyerahkan kutipan tersebut.
Manakala gambar kanan ialah Mohd Syafiq Ram Abdullah (711204-07-5591) beralamat terakhir di No.C3-02-02, Kediaman Pegawai Tentera RKAT, Jalan Indah Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dikehendaki polis kerana kes tipu di dalam penjualan kereta.[BERNAMA]


Polis Cari Amil Fitrah Gagal Serahkan Wang Kutipan

JOHOR BAHARU, 27 Okt (Bernama) -- Polis mencari seorang lelaki yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya kerana gagal menyerahkan wang kutipan kepada majlis tersebut.



JOHOR BAHARU, 27 Okt -- MELARIKAN WANG ZAKAT ... Redzuan Mohd Said merupakan amil yang dilantik Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dipercayai telah membuat kutipan zakat sebanyak RM18,000 namun tidak menyerahkan kutipan tersebut. Kad pengenalan beliau bernombor 830803-01-5859 dan beralamat terakhir di No.5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura,Kulaijaya.[BERNAMA].

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor Supt Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata Redzuan Mohd Said, kad pengenalan 830803-01-5859 yang beralamat terakhir di No.5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya dipercayai membuat kutipan zakat sebanyak RM18,000.

Bercakap kepada pemberita di sini Khamis, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 14 tahun, sebat dan denda, jika disabit kesalahan.




JOHOR BAHARU, 27 Okt -- MENIPU JUAL KERETA ... Mohd Syafiq Ram Abdullah dikehendaki polis kerana kes tipu di dalam penjualan kereta yang memiliki kad pengenalan 711204-07-5591 dan beralamat terakhir di No.C3-02-02, Kediaman Pegawai Tentera RKAT, Jalan Indah Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.[BERNAMA]

Polis turut mencari Mohd Syafiq Ram Abdullah (711204-07-5591) beralamat terakhir di No C3-02-02, Kediaman Pegawai Tentera RKAT, Jalan Indah Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Dia diperlukan bagi membantu siasatan bersabit tiga kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Mohd Luthfi berkata lelaki itu menawarkan kepada mangsa penjualan kereta baru yang berharga lebih murah daripada harga pasaran. Namun selepas mangsa membuat pembayaran, suspek tidak menyerahkan kereta berkenaan dan terus tidak dapat dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan didenda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua kes boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kulai Jaya talian 07-6632222 sambungan 6436.


Sumber Informasi&Foto = BERNAMA



Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX