LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 31 October 2011

[VIDEO]LAPAN CEDERA DALAM LETUPAN AKIBAT PELANGGARAN KERETAPI DENGAN LORI TANGKI



KOTA KINABALU, 31 Okt -- MARAK ... Api menjulang tinggi akibat perlanggaran sebuah lori tangki minyak dan kereta api dekat Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang tadi. Foto=BERNAMA

Lapan Cedera Dalam Letupan Besar Akibat Keretapi Berlanggar Dgn Lori Tangki

KOTA KINABALU, 31 Okt : Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini lapan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam keretapi itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.

angsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau.

Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek keretapi untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan keretapi berkenaan melanggarnya.

Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan, sementara pemandu keretapi berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas.





KOTA KINABALU, 31 Okt : Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran selepas berlakunya letupan besar akibat perlanggaran sebuah kereta api dengan sebuah tangki minyak dekat Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, petang tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam tragedi itu. Foto=BERNAMA (1 & 2)





Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu. Foto=BERNAMA(1 & 2)

Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliau nampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepas pelanggaran berlaku.

"Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.

Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.

Sumber=BERNAMA


Win fantastic holidays for four worth more than RM55,000! Berminat? Cubalah... Klik di sini untuk informasi lengkap


video


video


video


BANJIR DI BANGKOK




31-Okt-2011 : Gambar dari udara menunjukkan kenderaan terpaksa diletakkan di jejantas untuk mengelakkan dari ditelenggami air di Bangkok, Thailand

An aerial view shows cars parked on flyovers to avoid floodwaters in the northern part of Bangkok.




Anggota tentera Thailand saling memegang antara satu sama lain setelah tembok yang dibina pecah

Thai soldiers hold onto each other against a rushing stream of water after a wall was breached by the swollen Chao Phraya River in Bangkok

Hunt for clues with Tintin in this treasure hunt and win a 4D/3N holiday trip to Bali! There’s also a Canon EOS 1100D DSLR. Nak cuba? Klik informasi lanjut di sini.



Yingluck, Gabenor Bangkok Beri Maklumat Bercanggah Mengenai Keadaan Banjir

Oleh Jamaluddin Muhammad

BANGKOK, 31 Okt (Bernama) - Ketika ibu negara Thailand ini berdepan dengan ujian sebenar keberkesanan sistem pertahanannya dalam menangani banjir paling buruk di negara ini dalam tempoh lima dekad, maklumat yang dikeluarkan tentang keadaan bencana alam itu, tidak seragam.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata pada keseluruhannya keadaan banjir di sini semakin pulih tetapi Gabenor Bangkok Sukhumbhand Paribatra pula tidak berani mengatakan begitu kerana kemungkinan bencana alam itu menjadi semakin buruk, masih wujud.

Yingluck berkata keadaan akan terus bertambah baik setelah air laut pasang tinggi berakhir Isnin.

Secara keseluruhannya, benteng banjir di bandar raya ini berupaya menyekat limpahan air dari bahagian utara dan tengah Thailand serta kesan daripada air pasang besar sejak dua hari lepas.

Walaupun bahagian di utara, timur dan barat Bangkok ditenggelami air, bahagian tengah bandar raya ini tidak mengalaminya, walaupun tugas menyalurkan kira-kira 10 bilion meter padu air banjir ke Teluk Siam menghadapi masalah akibat musim air pasang besar.

Yingluck berkata kerajaan juga berjaya mengatasi tindakan penduduk yang cuba meruntuhkan tembok penahan banjir, melalui rundingan.

Ada penduduk cuba berbuat demikian kerana mendapati benteng yang dibina itu menyebabkan kawasan mereka ditenggelami air.

Sebelum ini, ada petugas Dewan Bandar Raya terpaksa meminta perlindungan daripada polis ketika menjaga benteng berkenaan kerana diancam penduduk, termasuk diugut dengan tembakan amaran.

Setakat ini, sistem pertahanan banjir di bandar raya ini berjaya melepasi ujian melebihi paras yang dijangka pihak berkuasa, yang pada mulanya hanya mengharapkan benteng yang dibina itu mampu menangani ancaman banjir di sesuatu tempat, tidaklah sampai mampu menahan kesan limpahan air banjir yang begitu banyak.

Bagaimanapun, ada bahagian benteng yang dibina di bahagian utara dan barat Bangkok runtuh dan mengakibatkan banjir.

Pada mulanya, kerajaan meramalkan seluruh kawasan Bangkok, yang mempunyai 12 juta penduduk, akan dinaiki air setinggi 0.5 hingga 1.5 meter dalam tempoh ujian selama tiga hari itu.

Malah, pihak berkuasa mengisytiharkan cuti khas bagi pejabat kerajaan mulai Khamis hingga hari ini dan meminta penduduk meninggalkan bandar raya ini untuk mengelak menjadi mangsa banjir besar.

Yingluck berkata fokus sekarang ialah meneruskan kerja menyalurkan limpahan air banjir ke laut sebelum proses pemulihan dimulakan.

Bagaimanapun, Sukhumbhand, yang merupakan anggota pembangkang dari Parti Demokrat, memberi peringatan bahawa beberapa bilion meter padu limpahan air banjir masih mengalir melalui Bangkok menuju ke laut.

"Pada waktu ini, saya tidak boleh mengumumkan keadaan banjir di Bangkok semakin baik," katanya.

Beliau berkata paras air Sungai Chao Phraya hari ini masih setinggi 2.44 meter dan satu lagi air pasang besar dijangka berlaku pada pertengahan bulan depan.

Katanya ada bahagian tertentu benteng penghalang banjir di Phra Khanong, berhampiran pusat bandar raya ini yang runtuh, belum dibaiki lagi.

Gabenor itu berkata penduduk enam daerah di Bangkok Barat dan Bangkok Timur telah dipindahkan manakala lima lagi daerah berhampiran kawasan tengah Bangkok masih dipantau dengan teliti kerana berkemungkinan dilanda banjir besar.

Enam daerah di timur Bangkok yang ditenggelami air sejak dua minggu lepas terus diletakkan di bawah pemantauan Dewan Bandar Raya.

Sehingga kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi masih bebas daripada banjir walaupun Lapangan Terbang Don Muang, yang sebahagian besarnya mengendalikan penerbangan domestik, ditutup selama seminggu sejak Selasa lepas, akibat banjir.

Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih ditenggelami air, manakala lebih dua juta penduduk di 26 wilayah di utara dan tengah negara ini terjejas oleh banjir yang berlaku secara berperingkat sejak 25 Julai.

Sumber=BERNAMA


PEMANDU TERSELAMAT BESI TEMBUSI CERMIN HADAPAN


Terselamat....Pemandu, Yang Junsheng, 24 tahun terselamat walaupun beratus besi menembusi cermin hadapan keretanya di Taizhou, China. Dia yang memandu dalam lingkungan 60km/jam cepat2 merebahkan dirinya di tempat duduk penumpang apabila besi mulai memecahkan cermin hadapannya. Apabila kereta berhenti, dia mendapati besi berada di atasnya dan pintu keretanya terbuka akibat dirojoh oleh besi2 tersebut. Dia cuma mengalami sedikit calar di wajahnya.


31-Okt-2011 : A driver survived having his car skewered by hundreds of steel bars in Taizhou, eastern China's Zhejiang Province. Yang Junsheng, 24, was driving at around 60km/h when he smashed into a truck carrying a full load of steel bars. At the moment of impact the bars shot backward, smashing through Yang's window screen. He says: "My mind was very clear at that second, and I immediately leaned down to the passenger seat When the car stopped I found the bars had filled in the space above me and the door at my side was poked open by the bars. The closest bar was only a few centimetres away." Yang escaped the incident with just a few scratches to his face.

Hunt for clues with Tintin in this treasure hunt and win a 4D/3N holiday trip to Bali! Nak cuba? Klik informasi lanjut di sini.



SPRM BURU DUA SUSPEK BOOKIE



KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Seorang daripada dua suspek yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes bookie bola sepak Piala Presiden 2011.
Sehubungan itu, SPRM meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kedua-dua lelaki tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes berkenaan.Foto=BERNAMA



KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Dua suspek yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes bookie bola sepak Piala Presiden 2011.Foto=BERNAMA


Dua Lagi Bookie Bola Piala Presiden Dicari


KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat menjadi bookie dalam mengatur perlawanan bola sepak Piala Presiden 2011.

SPRM berkata kes mengatur perlawanan melibatkan seorang suspek masih dalam proses perbicaraan kerana dua suspek itu masih bebas menyebabkan pertuduhan terhadap suspek ketiga itu tidak dapat dilakukan.

"Kedua-dua suspek tidak dapat dikenalpasti kecuali melalui gambar yang diambil melalui CCTV di tempat kejadian. Kes akan bersambung pada 8 dan 10 Nov serta 5 hingga 9 Dis ini di Mahkamah Khas Rasuah, Seremban," kata SPRM dalam kenyataan di sini Isnin.

Kenyataan itu berkata orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ismawatul Khairiyah, 0174856897 untuk memberi maklumat lanjut.

Sumber=BERNAMA



Canon EOS 1100D DSLR. Nak? Klik sini untuk maklumat. Siapa tahu ia mungkin menjadi milik anda. Pemenang sendiripun tak pernah menjangka ia akan menang.


PELAJAR MAUT MOTORSIKAL BERTEMBUNG DENGAN AMBULANS DI ALOR SETAR




ALOR SETAR, 31 Okt : Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Setar, DSP Mohd Sham Abdullah (kanan) menunjukkan keadaan ambulans yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di ibu Pejabat Polis Trafik daerah Kota Setar di sini, hari ini. Kemalangan yang berlaku di persimpangan Kampung Pokok Asam pada 8 malam tdi menyebabkan seorang pelajar tingkatan satu, Muhammad Mu'az Johari terbunuh selepas mengalami kecederaan parah di kepala selain patah kaki kanan. Sumber=BERNAMA


Pelajar Maut Motosikal Bertembung Ambulans


ALOR SETAR, 31 Okt : Seorang pelajar tingkatan satu terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah ambulans Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit dekat sini Ahad malam.

Kejadian berlaku di persimpangan Kampung Pokok Asam pada 8 malam tadi ketika Muhammad Mu'az Johari, 13, dipercayai dari arah Pekan Langgar tidak sempat mengelak sebuah ambulans yang sedang membelok masuk ke kampung itu untuk mengambil pesakit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata Muhammad Mu'az, dari Kampung Alor Raja, Langgar dekat sini, cedera parah di kepala selain patah kaki kanan.

"Ambulans yang membawa tiga pegawai perubatan itu kemudiannya membawa mangsa ke hospital tetapi dia meninggal dunia pukul 10 pagi tadi di HSB," katanya kepada pemberita.

Adzaman berkata pemandu serta tiga pegawai perubatan yang berada dalam ambulans itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kiita sudah mengambil keterangan pemandu ambulans tersebut dan sekarang ini kita menunggu bapa mangsa datang memberi keterangan," kata Adzaman.

Beliau berkata menurut keterangan yang diberi oleh pemandu ambulans berkenaan, ketika dia mahu membelok masuk ke kampung itu, semua kenderaan dari kedua-dua arah telah memberi laluan tetapi tiba-tiba sebuah motosikal datang lalu merempuh bahagian depan ambulans.


Sumber=BERNAMA

Inginkan percutian percuma untuk 4 orang bernilai RM55,000. Kliklah di sini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu...



KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FIXED GEAR TOURNAMENT 2011






230 Pelumba Sah Sertai KLIFG 2011

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Seramai 150 pelumba termasuk 80 dari luar negara telah mengesahkan penyertaan dalam perlumbaan basikal International Fixed Gear Tournament (KLIFG 2011) yang bakal berlangsung di Velodrom Cheras dari 12 hingga 15 Nov ini.

Nasyrul Khusyairie, eksekutif pemasaran Dame Events and Communication, penganjur acara itu, berkata pihaknya yakin sasaran 500 pelumba mampu dicapai sebelum tarikh akhir penyertaan pada Sabtu ini.

"Sebagai penganjur, kami mengharapkan lebih ramai pelumba menyertai pertandingan ini bagi merancakkan acara yang julung kalinya diadakan di Malaysia," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Antara negara luar yang sudah mengesahkan penyertaan pada kejohanan itu ialah Indonesia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.

Kategori yang akan dipertandingkan pada kejohanan itu ialah acara trek, kriterium, trickjump, polo bike, back circle, longest skid, highest bunny hop dan longest trackstand.

"Kepada organisasi dan individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah memuat turun borang daripada laman sesawang di www.klifgt2011.wordpress.com," katanya.

Sumber=BERNAMA

Untuk maklumat lanjut tentang acara di atas, klik di sini.

For Man Utd fans, here's your chance to win the "Ultimate Man Utd Experience" - watch live matches at Old Trafford in UK! Nak ke UK tengok MU, [klik di sini]



KELAB BERBASIKAL POLIS KULIM DILANCARKAN




KULIM, 31 Okt -- MESRA RAKYAT ... Pihak polis meyakini usaha medekatimasyarakat menerusi aktiviti beriadah berbasikal bersama masyarakat membantu mengumpulkan maklumat terkini berkaitan pergerakan dan aktiviti penduduk.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh (dua kiri) melancarkan Kelab Berbasikal Polis Kulim (KBPK) di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Supt Chin Soo Song(kiri) bersama Ketua Bahagian dan pegawai kanan polis daerah Kulim.

Sumber=BERNAMA

Berikan peluang kepada diri anda untuk melancong ke Bali(4H/3) dengan percuma. Dapatkan maklumat percuma di sini. Siapa tahu, tiket tersebut memang ditakdirkan untuk anda.


Sunday, 30 October 2011

KUPAS KELAPA GUNA GIGI?



ALOR SETAR, 30 Okt -- Bekas 'orang kuat' Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohamad Zu Dolah membuat pertunjukkan mengupas kelapa menggunakan gigi kepada orang ramai di perkarangan Stadium Darulaman di sini, hari ini.
Turut sama Pengerusi Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah (YPKPK), Zuraidi Rahim (dua, kiri).
Orang ramai yang ingin melihat 'kehebatan' menarik lori seberat lima tan dan mengopek kelapa dengan gigi bolehlah datang pada Karnival Rakyat 2011 sempena perlawanan akhir Liga Bola Sepak Kuala Ketil di padang awam Kuala Ketil 13 November ini. Foto=BERNAMA


Play this game and u will stand a chance to win an iPod Shuffle, or even an iPad 2! Nak ke? Free info, [Clicks here]



[VIDEO]ISU BAKAR BENDERA : BETULKAH PENYOKONG NEGERI SEMBILAN KENA PUKUL?





Yang sebenarnya susah aku nak cakap sebab aku pun tiada di tempat kejadian. Mungkin klip ini boleh dijadikan ukuran tentang peristiwa tersebut. Kualiti kurang memuaskan kerana klip video amatur. Harap maklum. [Klik di sini]

Play this game and u will stand a chance to win an iPod Shuffle, or even an iPad 2! Game apa? [Klik sini untuk info]


IBU KITA BUKAN PEMBOHONG LAGI




Tahukah anda, manusia biasanya boleh tahan kesakitan sehingga pada skala 45 unit del kesakitan(unit yang digunakan untuk mengukur tahap kesakitan manusia)
Bagaimanapun, ketika seseorang ibu melahirkan anaknya, tahap kesakitannya boleh menjangkau sehingga 57 unit del kesakitan. Ini bersamaan dengan 20 tulang menjadi retak secara serentak. Bayangkan jika anda dipukul dengan hammer sehingga retak 20 tulang ada kesemuanya serentak.
Cintailah ibu anda, individu paling indah di dunia ini, pengkritik terbaik anda, dan juga merupakan penyokong anda paling setia/terkuat.

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.




Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kepada yang masih ada ibu, berkhidmatlah sebaik mungkin. Jika yang sudah meninggalkan kita, sedekahlah ayat2 suci Al-Quran sekerap yang mungkin.

Be a part of Nissan X-perience[Free Click for details].



IBU DERITA POHON BANTUAN



SUNGAI PETANI, 30 Okt -- Ibu tiga anak, Sadiaron Sainon, 42, terlantar dan hanya bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan selepas sebahagian paru-parunya telah rosak ketika tinjauan BERNAMA di rumahnya di Kampung Padang Buloh di Sidam Kiri dekat sini. Sadiaron merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggungnya.
Orang ramai dan pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Giro (02123-29-00015022-3) atas nama anak lelakinya Mohamad Amirul Tajuddin atau menghubunginya di talian 013-4703483. Foto=BERNAMA


Ibu Derita Sakit Paru-Paru Rayu Bantuan

SUNGAI PETANI, 30 Okt (Bernama) -- Seorang ibu yang menderita sakit paru-paru sejak dua tahun lalu merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggungnya.

Sadiaron Sainon, 42, dari Kampung Padang Buloh di Sidam Kiri dekat sini berkata dia kini hanya bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan memandangkan sebahagian paru-parunya telah rosak.

"Saya sudah tidak boleh berjalan sejak tiga bulan lalu dan doktor ada kata kepada saya bahawa penyakit saya ini tidak ada harapan nak sembuh. Sepanjang hayat perlu bergantung kepada mesin oksigen ini yang mana tiga orang anak saya ini terpaksa bergilir-gilir ponteng sekolah bagi menjaga keperluan diri saya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di sini.

Katanya keluarganya kini berdepan dengan masalah kewangan memandangkan suaminya Tajuddin Shafie, 46, yang hanya bekerja kontrak tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu memenuhi keperluan harian keluarga termasuk kelengkapan persekolahan anak-anak yang berusia 11 hingga 15 tahun.

"Suami saya ini pun baru sahaja sembuh daripada strok pada bulan Julai lalu dan kerja mesin rumput di rumah-rumah orang iaitu apabila hari hujan tidak boleh kerja, jika tidak kerja maka tidak ada gaji. Secara anggaran kasar kalau sebulan suami saya kerja tanpa henti boleh dapat kira-kira RM500," katanya.

Sadiaron berkata pendapatan itu tidak mencukupi untuk keperluan mereka sekeluarga tambahan dia menggunakan lampin pakai buang manakala tiub air kencing perlu ditukar dua minggu sekali selain berulang-alik ke Hospital Sultan Abdul Halim dekat sini untuk rawatan susulan.

"Ini tidak kira lagi waktu kecemasan yang memerlukan saya ke hospital dengan serta-merta, iaitu ada juga kes dalam sebulan saya kena pergi ke hospital dua kali. RM60 perlu dibelanjakan untuk menambah gas oksigen kepada salah salah satu mesin oksigen manual yang diberi pihak hospital kepada saya dan kalau gas habis cepat sebulan dua kali juga kena tambah. Jadi kos untuk semua benda ini akan bertambah," katanya.

Sadiaron berkata dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan kadang-kadang ada juga pihak yang sudi membantu dengan menghantar makanan ke rumahnya.

Orang ramai dan pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Giro (02123-29-00015022-3) atas nama anak lelakinya Mohamad Amirul Tajuddin atau menghubunginya di talian 013-4703483.

Sumber Informasi=BERNAMA


[Vote it]

[VIDEO] LIVERPOOL VS WBA 29-OKT-2011



Gol pempukaan, minit ke 9 melalui sepakan penalti



Keputusan perlawanan




Statistik perlawanan : Biru mewakili Liverpool





Barisan kesebelasan utama


video
Klip jaringan gol oleh Liverpool

Peluang memenangi RM10,000. [Klik disini]


Saturday, 29 October 2011

[VIDEO] MANCHESTER UNITED VS EVERTON 29-OKT-2011




Penyelamat...Hernandez berjaya menjaringkan gol pada minit ke 19 untuk mengubat kekecewaan MU yang dibelasah 6-1 oleh M City tempohari



Keputusan rasmi....



Statistik perlawanan




Kedudukan MU terkini di EPL


[VIDEO] CHELSEA VS ARSENAL 29-OKT-2011

Jaringan hatrik Robin Van Persie memastikan Arsenal mencatat kemenangan 5-3 luar jangkaan terhadap tuan rumah, Chelsea di Stadium Stamford Bridge. Ini adalah kemenangan besar yang pertama pertemuan antara Chelsea dengan Arsenal.



Walcott, penjaring gol ketiga Arsenal membolehkan Arsenal mendahului 3-2 di babak kedua.



Minit ke 44, Terry Henry menjaringkan gol ke dua bagi Chelsea untuk mendahului 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama

Namun, Arsenal terlebih dahulu ketinggalan 1-0 pada minit ke-14 hasil tandukan oleh Frank Lampard. Tetapi, V. Persie berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36. Sebelum separuh masa pertama tamat, Chelsea sekali lagi didepan hasil jaringan oleh John Terry.


Barisan kesebelasan utama di awal permainan

Bermula separuh masa kedua, Arsenal dilihat menguasai permainan dan hasilnya selepas 4 minit bermula, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan solo oleh Santos. Kelekaan benteng Chelsea dihukum sekali lagi oleh Arsenal apabila Walcott menjaringkan gol ke-3 buat Arsenal pada minit ke-56, menjadikan Arsenal mendahului 3-2



Statistik perlawanan

Kemasukan Meireles banyak membantu serangan Chelsea. Dan pada minit ke 81, Juan Mata berjaya menyamakan kedudukan 3-3 sama. Pada ketika peminat kedua-dua pasukan menjangkakan keputusan seri, Van Persie menjadi hero buat Arsenal apabila menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-85 hasil kesilapan Terry mengeluarkan bola. Minit akhir permainan, V. Persie melengkap hatriknya untuk memastikan kemenangan 5-3 ke atas Chelsea.



Kedudukan terkini, termasuk keputusan MU menundukkan Everton 1-0


video
Klip video jaringan semua 8 gol

Your next car could be German! Klik here for info.


DAHER KABHA BERKAHWIN SELEPAS BERTUNANG SELAMA 17 TAHUN




Diiringi oleh rakan dan saudara mara ke majlis perkahwinan setelah dijatuhi penjara seumur hidup oleh regim Israel


Bekas Tahanan Berkahwin Selepas Bertunang Selama 17 Tahun

Oleh Saleh Jadallah

SEMENANJUNG GAZA, 29 Okt : Tahanan Palestin, Daher Kabha yang dibebaskan hasil pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel baru-baru ini, melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya selepas berada dalam penjara Israel selama 17 tahun.

Dua minggu lepas, Israel bersetuju untuk membebaskan ratusan tahanan Palestin dalam pertukarannya dengan tentera Gilad Shalit yang ditawan militan Palestin pada 2006.

Perjanjian pertukaran antara Hamas dan Israel mencadangkan kira-kira 150 rakyat Palestin dari Tebing Barat akan dibebaskan di Semenanjung Gaza.







Majlis perkahwinan Daher, 44, yang berasal dari Tebing Barat, diadakan di kawasan Semenanjung Gaza yang dikepung di mana dia berada sejak pembebasannya.

Daher dan tunangnya, yang dikenali sebagai Rayeda, 35, bertunang sebelum dia ditahan tentera Israel pada 1994.

Rayeda berasa sungguh gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama suaminya, setelah menempuhi kehidupan selama 17 tahun dalam satu perpisahan yang amat memeritkan.

Wanita, yang berasal dari Tebing Barat itu, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang panjang menerusi Sempadan Rafah dari Mesir untuk melangsungkan perkahwinannya berikutan pengantin lelaki yang tidak dibenarkan kembali di kampung halamannya di Jenin.

"Bersyukur kepada Allah swt. Mulai saat ini kehidupan saya bermula. Kegembiraan yang saya rasai tidak dapat digambarkan," kata Rayeda kepada Bernama.

Daher ditahan selepas didapati bersalah oleh regim Tel Aviv atas dakwaan melakukan operasi pengeboman di kawasan Israel.

"Saya gembira kerana telah dibebaskan dan dapat berkahwin tetapi pada masa sama saya amat ingin pulang ke kampung halaman bersama isteri saya.

"Amat sukar untuk menunggu saat ini. Kebebasan ini hanya diperoleh menerusi tentangan," katanya.

Sumber = BERNAMA

Inginkan kemera percuma? Klik di sini untuk mendapatkannya. Tiada ucapan 'Tahniah' jika anda tidak mencubanya.

ARTIKEL GB DALAM ARTIKEL MENARIK PILIHAN ANDA(1)




Alhamdulillah, artikel aku lagi sekali dipilih sebagai 'artikel menarik pilihan anda'(pilihan pembaca ler). Apa yang menariknya? Best sangat ke? Tak pe, yang elok ambil sebagai panduan. Yang tak elok dijadikan sempadan. Jom kita klik kat sini. Jom....
Jangan lupa klik like/share. TQVM....



COWGIRLS JADI TARIKAN PERNIAGAAN HAJI DONI




JAKARTA, 29 Okt -- Jurujual Lembu bergelar "Cowgirls" diperkenal oleh pengusaha Haji Doni di bandar Depok, bahagian Selatan kotaraya Jakarta di sini Sabtu. Khidmat "Cowgirl" adalah suatu kebiasaan dalam perniagaan lembu di Australia dan Haji Doni menggaji 40 "Cowgirl" tetap sebagai jurujual lembu yang merupakan perniagaan utamanya. [Foto=BERNAMA]


Cowgirls, Hotel Haiwan Korban Jadi Tarikan Perniagaan Haji Doni

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 29 Okt (Bernama) -- Khidmat "cowgirls" dan Hotel Haiwan Korban yang ditampilkan pengusaha Haji Doni di bandar Depok, bahagian Selatan kotaraya Jakarta, merupakan strategi perniagaan kreatif yang berjaya melipatgandakan rezekinya.

Jualan haiwan korban di bilik pameran jualan kereta terpakai miliknya, yang diubah suai menjadi Hotel Haiwan Korban itu, telah meningkatkan hasil jualannya dengan begitu ketara.

Lembu jenis "limousine" iaitu nama yang diberikan untuk baka kacukan lembu Australia dengan lembu tempatan, merupakan jenis haiwan yang paling diminati oleh pelanggan beliau.

Dengan publisiti meluas oleh media tempatan mengenai kelainan pendekatan pemasarannya, Haji Doni telah berjaya menjual 4,700 lembu korban dalam masa 10 bulan yang lepas untuk musim Hari Raya Korban atau Aidiladha tahun ini.

Pada musim tahun lalu beliau menjual 2,200 ekor lembu.

"Sasaran jualan tahun ini ialah 6,000 ekor lembu, tapi oleh kerana sambutan yang luarbiasa kali ini, kami manambah 1,500 ekor lagi untuk jualan pada tahun ini," kata Haji Doni ketika ditemui di Hotel Haiwan Korban di Depok, Sabtu.

Ada pelanggan setianya yang membeli antara 200 dan 300 ekor sekaligus.




Romdoni, 45, yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Haji Doni, berkata beliau memperkenalkan konsep jualan ini sejak tahun 2007 dan khidmat "cowgirls" yang ditugaskan sebagai gadis promosi jualan banyak membantu perniagaan beliau melayani para pelanggan. [Foto=BERNAMA]

Khidmat jurujual "cowgirls" mungkin sesuatu yang baru di sini tetapi ia perkara biasa dalam perniagaan lembu di Australia dan beliau telah menggaji 40 "cowgirls" secara tetap sebagai jurujual lembu, yang merupakan perniagaan utamanya.

Di luar musim Hari Raya Korban, gadis promosi jualan ini membantu jualan lembu di ladangnya di sebuah tempat dalam kawasan Depok.

Perkhidmatan Hotel Haiwan Korban pula, kata Haji Doni diperkenalkannya untuk memberi penjagaan terbaik kepada lembu-lembu yang telah dibeli oleh para pelanggannya, sehingga haiwan berkenaan dihantar kepada mereka untuk ibadah korban nanti.

Hotel Haiwan Korban merupakan suatu kemudahan bagi menunjukkan bahawa lembu-lembu berkenaan harus disayangi, katanya.

Untuk Hari Raya Korban tahun ini, Haji Doni membuka lapan pusat jualan dengan empat daripadanya di bandar Depok manakala selebihnya di beberapa tempat di Jawa Barat.

Selain lembu baka tempatan seperti Bali, Kupang dan Jawa, baka kacukan yang dijual oleh Haji Doni diberi nama Limousine, Bramus dan Sismetal.

Haiwan korban ini dijual dengan harga Rp34,000 sekilogram, naik Rp1,000 sekilogram berbanding tahun lalu.

Sumber = BERNAMA

Dari 50juta dan sekarang dah pun 68juta yang mendaftar dan mendapat RM melalui perkongsian dengan media sosial seperti FB & Tweeter. Daftar? [Klik sini] Mudah umpama daftar FB jer. Banyak? Tak lah. Tapi sentiasa masyuk!!!

[FULL MOVIE] KARIPAP KARIPAP CINTA FULL MOVIE





Sinopsis :

Ali is a polite young man but he lacks ambition and motivation. Ali works in a company that publishes political and mystery magazines. While working there, Ali falls in love with Sarah, a cartoonist.

One day, he tries to rescue Sarah from being robbed but as it turns out, he is the one rescued by her! Since Sarah is a graduate from the University of Al-Azhar, Ali, in his quest to win Sarah's love, lies that he too is a graduate from the same university.

Meanwhile, Ali's boss, Dato' Razali Bunari, is involved in a political feud with his longtime rival, Dato' Zidan. Dato' Razali is planning to destroy his rival's political career by revealing his scandalous activities. Ali knows about his boss's plan so he and his friends plan to rob Dato Zidan of some vital documents. However, they get caught in the act and are arrested by the police. Now all Ali wants is to be with Sarah. Finally, he is released and he tries to do a recipe, which can make Sarah like him. But is this a possible dream?


Link terkini, sila rujuk ruangan COMMENT.

Bersedia untuk RM10,000 dengan NESCAFE?. [Klik sini] untuk informasi.





WARGA EMAS KAYUH 100KM SEHARI JAJA SARANG BURUNG




BALING, 29 Okt -- CARI REZEKI ... Penjual sarang burung, Mad Desa Ahmad, 67, (kiri) bersama basikalnya menjaja sarang burung tiak raya di sini, hari ini.
Mad Desa merupakan pesara Jabatan Bekalan Air (JBA) dari Seberang Perai, Pulau Pinang sanggup mengayuh basikal lebih 100km untuk menjual sarang burung yang unik itu. Sarang burung tiak raya yang terdapat dalam pelbagai bentuk dijual pada harga RM20 hingga RM50. [Foto=BERNAMA]

Warga Emas Kayuh Basikal Jaja Sarang Burung Tempua

BALING, 29 Okt (Bernama) -- Keunikan sarang burung tempua atau cak raya bagi orang utara, mendorong seorang warga emas mengayuh basikal sehingga 100 km bagi mencari dan menjaja sarang burung yang dijadikan hiasan premis bagi penggemarnya.

Mad Desa Ahmad, 67, yang juga pesara Jabatan Bekalan Air dari Seberang Perai, Pulau Pinang berkata aktiviti itu dilakukannya sejak 15 tahun lalu.

"Hobi saya mengayuh basikal menjadikan aktiviti ini menyeronokkan selain dapat menambah pendapatan kerana setiap sarang burung boleh dijual antara RM20 hingga RM50," katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Mad Desa berkata setiap kali keluar menjaja, beliau akan menggantungkan antara 10 hingga 15 sarang burung tersebut pada basikalnya.



"Ada kala saya mengayuh basikal dari rumah keluarga di Taman Semarak, Kulim sehingga ke Selama, Perak untuk mengambil sarang burung jenis ini yang banyak di daerah itu," katanya. [Foto=BERNAMA]

Inginkan peluang mendapat kamera percuma? [Kliklah sini] for freee info/percuma.

Beliau juga akan bermalam di rumah saudara-mara atau di mana sahaja yang sesuai jika perlu berbuat demikian.

"Saya hanya mengait sarang burung yang sudah ditinggalkan burung dari pokok kelapa, pokok bakau dan pokok-pokok lain yang tidak tinggi serta tidak akan mengambil sarang burung yang masih ada penghuninya," kata Mad Desa.

Seorang peminat sarang burung itu, G. Mohan, 35, berkata beliau dan keluarga memilih sarang burung cak raya kerana keunikannya.

Katanya mereka juga kagum kerana burung sekecil itu mampu membina sarang sedemikian cantik.

Sumber = BERNAMA


AKIBAT MARAH SUAMI PUKUL ISTERI HINGGA PENGSAN DEPAN ANAK




Seorang surirumah menerima tiga jahitan di kepala selepas dipukul suaminya kerana gagal menyiapkan makanan di rumahnya di Taman Netas Maju, Mentakab pada Rabu lepas.

Mohd Haris berkata dalam kejadian pada 3 petang itu, suami mangsa yang berusia 55 tahun baru pulang daripada mencari kerja dan ingin menikmati makanan namun isterinya masih belum menyiapkan hidangan.

Katanya mangsa berusia 39 tahun kemudian dipukul dengan kayu di kepala oleh suaminya sebelum dipijak sehingga pengsan.

Kejadian itu turut disaksikan empat anak mereka yang berusia 5 hingga 13 tahun, katanya.

Sumber = BERNAMA


Entah apa nak jadi pada dunia sekarang, aku pun tak tahu. Gamak seorang lelaki, yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memberi perlindungan kepada anak isteri memukul teman sebantalnya sampai begitu sekali. Kalau nak marah pun patut padan ler. Ini lepas geram pada isteri yang merupakan sebahagian daripada badan/nyawa kita sendiri, sanggup berkongsi susah senang dengan kita. Ops!! silap, bukan berkongsi, malah sanggup mengutamakan anak dan suami melebihi diri mereka sendiri. Tak patut...Memang tak patut. Atau lain perkataan = kejam.

Nak tahu tentang kereta impian di sebelah ni. Klik di sini. Tak perlu beli, just tengok dulu. Semua pencapaian menakjubkan bermula dengan impian.

AKIBAT MARAH LELAKI TUMBUK SEPUPU WANITA HINGGA PATAH HIDUNG




Lelaki Tumbuk Sepupu Wanita Hingga Patah Hidung Kerana Geram Dengan Gurauan

KUANTAN, 28 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki menumbuk sepupu wanitanya sehingga patah hidung kerana geram dengan wanita itu yang mengambil dompetnya sebagai satu gurauan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, lelaki berusia 22 tahun itu pergi berjumpa sepupunya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai perabot di Raub, pagi Khamis.

Beliau berkata sebelum beredar, dompet lelaki terbabit telah diambil oleh sepupunya berusia 24 tahun tanpa disedari sebagai satu gurauan.

"Kira-kira 12 tengah hari itu, wanita tersebut ke rumah sepupu lelakinya di Taman Raub Jaya untuk memulangkan semula dompetnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya selepas memulangkan dompet berkenaan, mangsa yang hendak pulang telah dihalang oleh sepupu lelakinya itu, yang melepaskan tumbukan ke bahagian muka sepupunya selain menyepak dan menghantuk mangsa ke dinding, kerana dipercayai geram dengan gurauan itu.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlalu marah kerana memerlukan kad pengenalannya untuk belajar memandu.

Sumber - BERNAMA

Your next car should be Germany. Terkejut? [Klik info di sini].



Friday, 28 October 2011

TAK RUGI RAMAI SAHABAT?



Memang tak rugi bersahabat ramai, baik di dunia media sosial seperti FB ataupun Tweeter, mahupun di alam sebenar seperti alam pekerjaan, alam universiti dan macam-macam alam lagi dah. Jom tengok kartun ni, tak yah aku cerita panjang2. Tapi kawan yang negatif? Baik kau jauhkan diri... TST la kan.

Nakkan percutian yang murah tetapi selesa? Beli pakejnya kat sini jer. [
]. Tentu berbaloi...

ANDAI MEREKA BOLEH BERBICARA : PANDAI MACAM LEMBU? ANJING PUN TENSION?





Di suatu petang, tatkala lembu bertemu anjing. Maka bermulalah satu bicara/diskusi ilmiah di antara mereka berdua...

LEMBU: Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena jer?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata : "Hoi anjing, pergi jauh-jauh. Najis!".

LEMBU: Ya, lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, masih boleh dibersihkan dengan disamak. Tu jer. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak bersihkan dosa dengan samak?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau anjing, malah tak boleh suci sekalipun, melainkan melalui memohon ampun dari Yang Maha Esa dan meminta maaf dari penjaga/ibubapanya.

ANJING: Wah! Ayat kau memang power la lembu. Manusia kena ubah pepatah ler 'Pandai macam

LEMBU'. Betul la tuh.

Hopefully, kita dapat mempelajari sesuatu dari kisah ini. Kata sesetengah orang, jangan melihat siapa yang berkata, tetapi dengar dan ambil nasihatlah apa yang diperkata.... Check kit dout.

Nak tau cerita tentang kereta
ni? [Klik kat sini] Its free info/demo.

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX