LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 22 October 2011

Widgets

PEMUDA LEMAS DI BALING





21 Oktober, 2011 21:37 PM

Pemuda Hilang Dipercayai Dihanyutkan Arus

BALING, 21 Okt : Seorang pemuda hilang dipercayai terjatuh ke dalam lubuk di kawasan air terjun Lata Mengkuang di Kampung Iboi, Kupang dekat sini tengah hari Jumaat.

Kehilangan Zukiflie Mohamad Zakaria, 20, disedari rakan-rakannya pukul 12.30 tengah hari ini sebelum mereka mendapatkan bantuan penduduk kampung berdekatan untuk mencari mangsa.

Mangsa dari Kampung Bok Bak, Kupang ke kawasan itu untuk memancing ikan tengas, sejenis ikan yang terdapat di arus deras.

Sehingga kini gerakan mencari Zulkiflie dilakukan di kawasan dia terjatuh hingga ke kawasan Lata Celak, dua kilometer dari situ.

Lata Mengkuang dan Lata Celak adalah kawasan perkelahan yang terkenal di daerah Baling.

Gerakan mencari membabitkan lebih 150 orang terdiri daripada anggota bomba, polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk tempatan sejak 3 petang ini.

Kawasan mangsa dipercayai terjatuh mempunyai kedalaman lebih 10 meter dan dia dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam arus deras sungai itu.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Mohd Daud Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu petang ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bayu Azmi Che Husain, yang turut berada di kawasan operasi mencari dan menyelamat, berkata hujan lebat dan arus deras Sungai Lata Celak menyebabkan operasi mencari dan menyelamat agak sukar.




"Operasi mencari dan menyelamat dimulakan selepas Solat Jumaat walaupun dalam keadaan hujan lebat," katanya.

Beliau berharap penduduk tempatan dapat terus membantu operasi itu sehingga mangsa ditemui.


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX