LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday, 23 October 2011

Widgets

30-OKT-2011>>KAYUHAN HIDUP SIHAT MPSJ 2011




PROGRAM KOMUNITI “KAYUHAN HIDUP SIHAT MPSJ 2011”

Aktiviti berbasikal kini semakin mendapat perhatian umum tanpa mengira peringkat usia. MPSJ terpanggil untuk merangka satu program yang dapat menghimpunkan peminat-peminat sukan ini dengan menganjurkan Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011.

Ia bukan sahaja menjadi kegiatan riadah untuk menjaga kesihatan tetapi juga dapat mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.

Dengan adanya program sebegini ia dapat mempromosikan sukan basikal sebagai cara hidup atau ‘lifestyle’ yang sihat termasuk kempen kesedaran mengenai pencemaran alam yang berlaku dari kenderaan bermotor.

Kayuhan sejauh 10-15 kilometer ini akan diadakan pada setiap hari Ahad minggu terakhir setiap bulan di mana ianya telah mula diadakan bermula pada 24 April 2011 di Subang Jaya dan setakat ini sebanyak 3 kali program ini telah dilaksanakan. Terkini,program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 30 OKTOBER 2011

MASA : 7.00 PAGI

TEMPAT : Dewan Serbaguna Bandar Puchong Jaya



Semua lapisan masyarakat yang berumur 12 tahun ke atas digalakkan untuk menyertai program ini kerana ia memberi kesempatan menunggang di jalan raya dengan kawalan keselamatan yang diberikan. Peserta disyaratkan untuk memakai topi keselamatan semasa program berlangsung.

Pihak Majlis ingin menyeru orang awam mengambil peluang ini untuk turut serta di dalam program ini. Kepada yang berminat anda boleh menghadirkan diri ke lokasi yang telah ditetapkan pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam MPSJ di talian 03-80264469 atau layari laman web MPSP.
Pautan

Peta Kayuhan





Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX