LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 20 October 2011

Widgets

LAGI KEMALANGAN MELIBATKAN BAS KILANG DI PULAU PINANG



GEORGE TOWN, 20 Okt -- Sebuah bas kilang (kiri) yang datang dari arah bandaraya yang hilang kawalan merempuh sebuah bas kilang dan dua buah kereta yang berhenti di lampu isyarat berhampiran Fasa Empat kawasan perindustrian Bayan Lepas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi



GEORGE TOWN, 20 Okt -- Anggota polis memeriksa keadaan sebuah bas kilang yang remuk seleps terlibat dalam satu kemalangan yang membabit sebuah lagi bas kilang dan dua buah kereta di lampu isyarat berhampiran Fasa Empat kawasan perindustrian Bayan Lepas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu empat pekerja kilang cedera dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.



GEORGE TOWN, 20 Okt -- Pekerja kilang yang patah kaki, Noraini Razali dibawa oleh kakitangan Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan dua buah bas kilang dan dua buah kereta berhampiran Fasa Empat kawasan perindustrian Bayan Lepas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu empat pekerja kilang cedera.



GEORGE TOWN, 20 Okt -- Sebuah bas kilang (kiri) yang datang dari arah bandaraya yang hilang kawalan merempuh sebuah bas kilang dan dua buah kereta yang berhenti di lampu isyarat berhampiran Fasa Empat kawasan perindustrian Bayan Lepas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi



Empat Pekerja Cedera Dalam Kemalangan Bas Kilang Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 20 Okt (Bernama) -- Empat pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu di sini Khamis.

Kejadian pada pukul 6.15 pagi di persimpangan lampu isyarat itu turut menyebabkan dua kereta yang berhenti di lampu isyarat itu dilanggar dari belakang.

"Keempat-empat mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dengan seorang daripadanya patah kaki," kata Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata ketika kejadian, bas kilang yang membawa 40 pekerja itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Fasa empat kawasan perindustrian Bayan Lepas.

"Bas itu secara tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi bas kilang. Impak rempuhan itu menyebabkan seorang pekerja kilang terpelanting ke tengah jalan, dua kerusi bas tercabut keluar dan dua kereta yang sedang menunggu lampu isyarat (bertukar hijau) turut dilanggar," katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih 10 kilometer dari arah jambatan Pulau Pinang menghala ke kawasan perindustrian Bayan Lepas.

Seorang pekerja kilang, Murni Hayati Zainal Abidin, 27, berkata sebelum kejadian, bas yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

"Secara tiba-tiba, saya terasa satu rempuhan kuat di bahagian belakang sebelah kanan bas dan mendengar rakan-rakan menjerit," katanya ketika ditemui Hospital Pulau Pinang sini.

Beliau yang tidak cedera, berkata rakannya Noraini Razali, 40-an, yang duduk di bahagian kanan bas patah kaki kiri.

Sumber Foto/Informasi dari BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX