LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 20 October 2011

Widgets

PENCURI BASIKAL KENA CEKOP. PADAN MUKA HANG!!!!




BESUT, 20 Okt -- Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria (kiri) menunjukkan 14 buah basikal jenis Fixie yang dijumpai semula selepas dicuri daripada sebuah kedai basikal di Alor Lintang, Besut sejak 15 Oktober yang lalu ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Besut, Deputi Supt Norr Zainy Mohd Noor (dua, kiri).
Seramai 21 suspek termasuk 17 pelajar sekolah menengah berumur dari 13 hingga 16 tahun ditahan kerana memiliki basikal berkenaan dengan cara membelinya daripada suspek utama dengan harga antara RM150 hingga RM250 berbanding harga sebenar antara RM550 hingga RM600.

BESUT, 20 Okt (Bernama) -- Sebanyak 21 suspek termasuk 17 pelajar sekolah menengah ditahan untuk siasatan kes kehilangan 14 buah basikal jenis Fixie dari sebuah kedai basikal di Alor Lintang dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata tangkapan itu dibuat selepas polis menahan seorang penganggur berumur 23 tahun ekoran laporan dibuat oleh pemilik kedai basikal berkenaan pada keesokan harinya.

Katanya, hasil sisatan terhadap lelaki itu, polis kemudiannya menahan sebanyak 20 suspek termasuk pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 16 tahun kerana memiliki basikal yang dicuri untuk kegunaan mereka sendiri.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini, beliau bagaimanapun menjelaskan 11 daripada pelajar sekolah itu telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala yang lain masih ditahan untuk siasatan.

Kamaruddin berkata siasatan awal mendapati basikal curi itu telah dijual kepada pelajar sekolah terbabit dengan harga antara RM150 hingga RM250 sebuah.

Katanya, basikal Fixie kini sangat popular digunakan oleh pelajar untuk kegiatan rekreasi dan harga setiap satu ialah antara RM550 hingga RM660.

Sumber Foto&Informasi:BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX