LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 29 October 2011

Widgets

AKIBAT MARAH SUAMI PUKUL ISTERI HINGGA PENGSAN DEPAN ANAK




Seorang surirumah menerima tiga jahitan di kepala selepas dipukul suaminya kerana gagal menyiapkan makanan di rumahnya di Taman Netas Maju, Mentakab pada Rabu lepas.

Mohd Haris berkata dalam kejadian pada 3 petang itu, suami mangsa yang berusia 55 tahun baru pulang daripada mencari kerja dan ingin menikmati makanan namun isterinya masih belum menyiapkan hidangan.

Katanya mangsa berusia 39 tahun kemudian dipukul dengan kayu di kepala oleh suaminya sebelum dipijak sehingga pengsan.

Kejadian itu turut disaksikan empat anak mereka yang berusia 5 hingga 13 tahun, katanya.

Sumber = BERNAMA


Entah apa nak jadi pada dunia sekarang, aku pun tak tahu. Gamak seorang lelaki, yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memberi perlindungan kepada anak isteri memukul teman sebantalnya sampai begitu sekali. Kalau nak marah pun patut padan ler. Ini lepas geram pada isteri yang merupakan sebahagian daripada badan/nyawa kita sendiri, sanggup berkongsi susah senang dengan kita. Ops!! silap, bukan berkongsi, malah sanggup mengutamakan anak dan suami melebihi diri mereka sendiri. Tak patut...Memang tak patut. Atau lain perkataan = kejam.

Nak tahu tentang kereta impian di sebelah ni. Klik di sini. Tak perlu beli, just tengok dulu. Semua pencapaian menakjubkan bermula dengan impian.

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX