LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 18 October 2011

Widgets

RASUAH HANYA UNTUK SI KAYA?




Ye ke? Tak lah. Sebenarnya, agama Islam melaknat pemberi dan penerima rasuah. Tapi, kalau anda cukup kaya untuk membeyar denda, cubalah. Ingat, tatkala wang hendak bertukar tangan, ribuan mata sedang memerhatikan anda. Mungkin jugak melalui kamera litar yang tersembunyi ataupun pelbagai kaedah pengintipan yang canggih. Masuk melalui akaun bank? Lagi senang disabitkan kesalahan. Ambil pengajaran dari kisah di bawah.

18 Oktober, 2011 19:35 PM

Pembantu Pejabat Didenda RM25,500, Penjara Sehari Rasuah Polis Bantuan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Seorang pembantu pejabat sebuah syarikat swasta dihukum penjara sehari dan denda RM25,500 oleh Mahkamah Sesyen Tawau, Sabah hari ini kerana kesalahan memberi suapan kepada seorang anggota polis bantuan pada awal tahun ini.

Sophianshah Ismail, 34, mengaku salah memberi suapan RM5,100 kepada Ak Fazilah Ak Dullah, polis bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kampung Pasir Putih, Tawau dekat sini pada Januari lepas.

Suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahannya memindahkan minyak diesel dari tangki simpanan minyak diesel Pencawang Pembahagi Utama (PPU) SESB Kampung Pasir Putih ke lori tangki.

Hukuman dijatuhi oleh Hakim Dean Wayne Daly, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Tawau, Michael Joimin dan tertuduh membayar denda itu, menurut kenyataan itu.

Informasi dari BERNAMA

Ada maklumat tentang rasuah? Klik di sini.
Facebook SPRM, Klik di sini.
Ingin tambah pendapatan dengan hanya mendaftar semudah pendaftaran Facebook? Klik di sini.



Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX