LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 22 October 2011

Widgets

KEJOHANAN BASIKAL BUKIT ANTARABANGSA LANGKAWI(D4)


Platt Dinobatkan Sebagai Raja Bukit LIMBC

LANGKAWI, 21 Okt (Bernama) -- Peserta Jerman Karl Platt menawan Gunung Raya pada peringkat keempat Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMBC), sekali gus dinobat sebagai Raja Bukit, di sini.

Platt menjuarai perlumbaan sejauh 27.8 kilometer dari Stadium Langkawi ke Gunung Raya dengan catatan masa 1 jam 3 minit 57 saat.

Jaguh peringkat pertama, Burry Stander dari Afrika Selatan menduduki tempat kedua selepas ketinggalan satu saat di belakang Platt manakala tempat ketiga disandang oleh Johny Cattaneo dengan masa 1'04.00s.


LANGKAWI, 21 Okt -- RAJA BUKIT… Karl Platt pelumba dari German mengankat tangan tanda kemenangan bagi peringkat keempat dalam acara Raja Bukit bagi kategori lelaki elit pada Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (2011) di Gunung Raya, hari ini.
Platt telah menjuarai dua acara setelah empat peringkat kejohanan itu berlangsung.




LANGKAWI, 21 Okt -- Pelumbaan basikal bukit peringkat keempat bagi acara Raja Bukit yang mendaki Gunung Raya sejauh 27.8 kilometer dengan ketinggian 813 meter dari paras laut pada Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMBC) di sini hari ini.

Peserta pada peringkat keempat perlumbaan memburu gelaran Raja Bukit apabila terpaksa melakukan kayuhan mendaki bukit Gunung Raya setinggi 813 meter.



LANGKAWI, 21 Okt -- Pemenang kategori wanita elit dalam Raja Bukit peringkat keempat, Vivienne Meyer (tengah) dari Switzerland bersama keduanya rakan senegara Nathalie Schneitter (kiri) dan ketiga Naomi Hansen (kanan) dari Australia pada Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMBC) di Gunung Raya, hari ini.

Dalam kategori elit wanita, peserta Switzerland, Vivienne Meyer menjuarai peringkat keempat dengan catatan masa 1'14.36s, diikuti rakan senegara Nathalie Schneitte (1'15.00s) dan tempat ketiga menjadi milik peserta Australia Naomi Hansen dengan masa 1'15.03s.

Peserta wanita terbaik tempatan, Masziyaton Mohd Radzi dari Kedah berjaya menduduki tempat keempat dengan catatan masa 1'15.58s.

Peringkat kelima acara Kriterium sejauh 1.94 kilometer pada sabtu akan bermula dan berakhir di Stadium Langkawi.

Kejohanan tujuh hari itu akan menutup tirai Ahad dengan perlumbaan jamboree sejauh 44 kilometer yang terbuka kepada semua pelumba tanpa mengira lapisan umur.

Sumber Informasi&Foto : BERNAMA

Gambar lagi?
Klik di sini.


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX