LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 17 October 2011

Widgets

KEMALANGAN BESAR DI NEGERI SEMBILAN








SEREMBAN, 17 Okt -- Beberapa buah kereta yang remuk bertindih di antara satu sama lain dalam kejadian kemalangan yang membabitkan sembilan buah kenderaan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi di persimpangan Jalan Seremban-Tampin berhampiran Taman Bukit Mas, hari ini.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Mercedes yang dipandu seorang lelaki dari arah Seremban terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar beberapa kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Enam mangsa terdiri dua lelaki dan empat perempuan daripada kenderaan berasingan yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) manakala 13 mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Foto sumbangan BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX