LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Local News. Show all posts
Showing posts with label Local News. Show all posts

Tuesday, 5 June 2012

PLUS NASIHAT PENUNGGANG BASIKAL TIDAK MENGGUNAKAN LEBUHRAYA

KUALA LUMPUR, 5 Jun ; Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menasihati penunggang basikal agar tidak menjalankan sebarang aktiviti berbasikal di semua lebuh raya kendaliannya.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS Khalilah Mohd Talha berkata basikal termasuk dalam senarai kenderaan yang dilarang memasuki lebuh raya seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (Larangan Penggunaan Jalan) 1996.

Kita semua ada memori terindah dengan Biskut Julie's kan? Blogkan & menang! di  http://gerekbasikal.says.com/recommendations/julies-blog-2
 "Berbasikal di lebuh raya adalah amat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan pada bila-bila masa berikutan perbezaan kelajuan yang amat ketara di antara basikal dan kenderaan lain," katanya dalam kenyataan Selasa.

Beliau berkata lebuh raya kendalian PLUS dilengkapi dengan lorong kecemasan yang lebar kerana lorong itu sering diguna motosikal dan kenderaan yang terkandas di lebuh raya.

"Selain itu, berbasikal di lorong kecemasan di lebuh raya juga terdedah kepada risiko dilanggar oleh kenderaan-kenderaan yang hilang kawalan atau terbabas di lebuh raya," katanya.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=671037

Wednesday, 25 January 2012

[5 GAMBAR] KANAK-KANAK 6 TAHUN MAUT TERCAMPAK DAN DIHEMPAP VAN



SEREMBAN, 25 Jan : Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dalam kemalangan di KM 254.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, dekat sini Rabu.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, Danish Abdul Latif mati di tempat kejadian apabila van jenis Toyota Joylong yang dinaiki bersama lapan lagi anggota keluarganya terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang di tepi lebuh raya itu.

Danish mati akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dan dihempap van berkenaan, kata polis.

[Will they make it on time for Chinese New Year?]

Lapan lagi termasuk bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38, ibunya, Zurina Omar, 36, bersama enam lagi anggota keluarga mereka cedera ringan dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.

Jurucakap polis berkata van yang dipandu Abdul Latif itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di longkang lebuh raya itu.

"Mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Johor selepas bercuti di Langkawi sempena Tahun Baru Cina," katanya.

Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan punca kejadian.

[See How Can Oranges make Malaysians smile?]

"Jenazah Danish dihantar ke HTJ untuk bedah siasat dan telah dituntut keluarganya untuk di bawa pulang ke Segamat, Johor untuk dikebumikan petang ini," katanya.

Sumber = BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

[Berita Bergambar 5]

LELAKI PELUK MAYAT TEMAN WANITA TERJATUH BANGUNAN LEBIH SEJAM



GEORGE TOWN, 25 Jan : Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi Rabu.

Jurucakap polis berkata kira-kira pukul 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.

"Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

[Take a few minutes to watch & enjoy with its... Flash mob Malaysian style!]

Katanya polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber : BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]


[Berita Bergambar 4]


Gambar di atas sekadar perhiasan. Harap maklum.

Monday, 23 January 2012

KANAK-KANAK LEMAS DI PANTAI SEPAT

A seven-year-old boy is rescued by firefighters after playing hide and seek with friends on a roof in Xiamen, Fujian Province, China. Trying to find a good hiding place, the boy climbed over the edge of the seven-storey building and balanced on a thin metal protuberance sticking out of the wall. However, he then found that he was unable to climb back up again and ended up stuck there for nearly an hour before being rescued by firefighters. In order to rescue the boy firefighters lowered themselves down from the roof to secure a rope around the boy. They then pulled him up to safety. Gambar di atas bukanlah kanak2 yang terlibat....

KUANTAN 22 Jan : Mangsa lemas Mohd Saiful Mohd, 11, cuba di selamatkan oleh orang ramai selepas lemas ketika bermandi manda di Pantai Sepat, hari ini.

Mangsa lemas bersama lima lagi ahli keluarganya termasuk abangnya Mohd Zaiful Abu Talib, 13, tetapi empat berjaya di selamatkan.

[Choi San Dou! Don't miss out on grabbing these auspicious deals!]


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]
 

PENDUDUK RUMAH PANGSA LOBAK, SEREMBAN KERUGIAN CERMIN KERETA DIPECAHKAN SAMSENG


Kenderaan ini tidak terlibat dalam insiden cermin kereta dipecahkan tetapi.....Here's a pool car with a difference. The front of this late-Nineties Chevrolet Monte Carlo can detach from the back to provide a full-sized pool table. It also features a refrigerator, pop-up LCD television, custom sound system and built-in pool table levelling system. The conversion was carried out by California-based Vini Bergeman of Discovery TV's Kustomizer series and is available for hire.


SEREMBAN, 22 Jan : Penduduk rumah pangsa Lobak, Jalan Tan Sri Manickavasagam di sini mengalami kerugian apabila sekumpulan lelaki memecahkan cermin kereta milik mereka yang diletakkan di tepi jalan, dalam satu kejadian awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, penduduk mendakwa kumpulan terbabit dikatakan mencari seseorang di rumah pangsa terbabit namun apabila gagal menemuinya, mereka bertindak memecahkan cermin 28 buah kereta yang diparkir di tepi jalan berhampiran rumah pangsa berkenaan.

Seorang penduduk, Liew Yoon Tiam, 36, mendakwa ketika kejadian dia sedang tidur, sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

[Choi San Dou! Don't miss out on grabbing these auspicious deals!]

Dia kemudian melihat keluar rumah dan mendapati sekumpulan lelaki sedang memecahkan cermin kenderaan penduduk.

"Ada lebih kurang 20 hingga 30 orang naik motosikal datang ke kawasan ini macam sedang mencari orang. Kemudian mereka pecahkan cermin kereta penduduk," katanya yang mengalami kerugian kerana cermin keretanya turut dipecahkan.

Bagi R. Parthihan, 31, dia hanya mampu melihat dari dalam rumah semasa cermin keretanya dipecahkan kumpulan terbabit yang menggunakan parang dan topi keledar.

"Mereka sangat ramai dan bawa parang, saya amat takut untuk keluar. Kejadian ini amat mengejutkan kerana ia pertama kali berlaku di kawasan ini," katanya.

Seorang lagi penduduk, R. Manimegalai, 24, mendakwa kumpulan terbabit datang ke rumah pangsa tersebut dengan membawa pelbagai senjata, seperti parang dan kayu dan menjerit memanggil nama seseorang sebelum memecahkan cermin kereta penduduk.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata polis sedang menyiasat motif kejadian.

[Feel the driving force of prosperity when you own a new Volkswagen and be free from paying road tax & car insurance for an entire year!]

Katanya setakat ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

SUMBER : BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=641701

[Berita Bergambar 1] 
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220252&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 2]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220251&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 3]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220250&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 4]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220249&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 5]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220247&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 6]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220245&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=

Wednesday, 18 January 2012

Monday, 16 January 2012

ANGGOTA RELA MAUT, TIGA CEDERA DUA KERETA BERTEMBUNG DI JABI ELAK LUBANG


BESUT, 16 Jan : Seorang anggota Rela maut manakala tiga lagi cedera parah apabila dua buah kereta bertembung dalam kemalangan di KM 15 Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gong Penaga, Jabi pagi Isnin.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Saarani Mat Yunus, 50 yang merupakan penumpang hadapan kereta Perodua Kancil yang dipandu anak tirinya Mohamad Shahrul Azlizan Burhan, 29, yang cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Turut cedera ialah seorang ahli keluarga Saarani serta pemandu kereta yang sebuah lagi iaitu Wafiuddin Mohd Noor, 23.

[Know your best food around town!]

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, kereta yang dipandu Mohamad Shahrul dari arah Kuala Terengganu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan kereta Nissan Sunny itu.

"Mohamad Shahrul yang berasal dari Jalan Maran, Temerloh dilaporkan cuba mengelak lubang besar menyebabkan kereta itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Wafiuddin," katanya.

Saarani meninggal di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Besut.

Difahamkan ketika kejadian, Mohamad Shahrul dalam perjalanan ke Jerteh dari Temerloh bersama ayah tirinya dan dua lagi ahli keluarganya manakala Wafiuddin yang berkerja sebagai pendawai bersama dua rakan sekerjanya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Renek dekat sini.

Sumber=BERNAMA

[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

Friday, 13 January 2012

[VIDEO] KEGEMBIRAAN MUSLIMAT PAS SETELAH DSAI DIBEBASKAN OLEH MAHKAMAH

Tahniah atas pembebasan DSAI dari tuduhan liwat ke atasnya dan namanya dibersihkan. Masing2 ada cara meraikan kegembiraan. Terima dengan lapang dada sebarang bentuk perbezaaan... Wallahu'alam. Mungkin sesetengah orang akan terkejut melihat telatah penyokong2 PAS meraikan pembebasan DSAI. Mungkin kesan liberalisasi persahabatan dengan rakan2 dari PR....


Monday, 9 January 2012

[VIDEO] JAWAPAN YB HASSAN ALI SELEPAS DIPECAT DARI PAS


Berikut adalah klip video dari individu2 berkenaan. Antara perjuangan YB Hassan Ali yang masih aku kenang ialah tindakan segera yang dilakukan oleh YB Hassan Ali  merampas arak2 yang dijual di kedai2 24jam di kawasan2 majoriti penduduk umat Islam(ada peruntukan undang2 yang membenarkan beliau berbuat demikian). Pada akhirnya, akibat tekanan dari pihak2 tertentu dalam PR sendiri, botol2 arak yang dirampas dipulangkan semula dan arak2 masih boleh dijual di kawasan majoriti penduduk Islam.
 

Ketika pemeriksaan ke dalam gereja bertujuan menyelamatkan umat islam di pinggir murtad, nama YB Hassan Ali turut dikaitkan dengan insiden tersebut. (Rujuk Link ini>> http://gerekbasikal.blogspot.com/2011/08/video-pemeriksaan-jais-ke-atas-gereja.html). Klip video di bawah juga turut menjelaskan kesungguhan YB Hassan Ali membenteras maksiat di malam perayaan tahun baru 2012. 

Aku terkenang sesuatu yang amat bermakna dalam setiap perjuangan ikhlas menegakkan Islam..... "Sesungguhnya, Allah SWT bersama kita". Anyway, masih ada lebih kurang 30 hari untuk YB Hassan Ali membuat rayuan. Dan aku rasa, rayuannya akan diluluskan. Pesanan seorang rakan, dalam perjuangan menegakkan Islam, setiap perjuangan pasti akan diuji.

Atau... adakah ini sebahagian strategi PAS. Wallahu'alam.

Sunday, 8 January 2012

[VIDEO] PAS PECAT DATUK DOKTOR HASSAN MOHAMMAD ALI


Berita dari 3 sumber yang berbeza.... SHAH ALAM, 8 Jan : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dipecat sebagai anggota PAS berkuat kuasa serta merta.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily hari ini, berkata keputusan memecat Dr Hasan dibuat pada mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9).

[Berita selanjutnya dari BERNAMA]

[Berita selanjutnya dari HARAKAHDAILY]

[Kenyataan Media Rasmi]





Hassan Ali dalam kenangan dalam PAS......

Friday, 6 January 2012

[4 GAMBAR] SUAMI ISTERI MAUT KERETA TERCAMPAK KE DALAM PARIT



IPOH, 6 Jan -- Kereta Perodua Kelisa milik sepasang suami isteri yang terbunuh, dipenuhi dengan lumpur selepas terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuhi air di jalan Kampung Raja, Kampung Gajah dekat sini, awal pagi tadi. Mangsa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Shahrin Ismail, 33, dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, terbunuh dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota. Mayat pasangan suami isteri yang terperangkap itu dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dan di hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat. Foto = BERNAMA

IPOH, 6 Jan : Sepasang suami isteri terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuh air di Jalan Kampung Raja, Kampung Gajah, kira-kira 75km dari sini awal Jumaat.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohd Fakri Che Sulaiman berkata Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, mati lemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

Kejadian berlaku pada kira-kira 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota, katanya ketika dihubungi hari ini.



Mayat pasangan suami isteri itu yang terperangkap di dalam kereta dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat, katanya.

Sumber = BERNAMA


[Berita bergambar 1]

[Berita bergambar 2]

[Berita bergambar 3]

[Berita bergambar 4]

Tuesday, 3 January 2012

EMPAT SEKELUARGA DIBUNUH DALAM SERANGAN KEJAM

 
SIBU, 3 Jan : Sepasukan anggota polis mengusung mayat ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, yang mati dibunuh bersama tiga anaknya di kediaman mereka di Lorong 13 Jalan RTM kira-kira 7 pagi tadi di sini, hari ini. Mangsa dan ibunya yang berusia 80 tahun bersama tiga anaknya iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun. Polis percaya pelaku lebih dari seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan tajam untuk membunuh mangsa.
Foto = BERNAMA

Empat Sekeluarga Dibunuh Dalam Serangan Kejam

SIBU, 3 Jan : Empat sekeluarga, dua daripadanya kanak-kanak ditemui mati dibunuh dengan kejam di kediaman mereka di sini pagi Selasa, manakala seorang lagi budak lelaki yang parah sedang bertarung nyawa di hospital.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Lau Heng Soon berkata mereka yang mati dikenal pasti sebagai ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh.
 
[Know your best food around town! ]

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, lapan, kini dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala, katanya pada sidang akhbar, di sini.

Law berkata isteri Tong Hock, Li Xiao Lan, 28, sempat menyelamatkan diri ke rumah jiran melalui tingkap selepas terdengar bunyi bising di tingkat bawah kediaman mereka, dan pintu bilik tidurnya pula ditendang oleh beberapa individu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata polis menolak rompakan sebagai motif serangan, memandangkan rumah tersebut tidak digeledah serta tidak ada barangan yang dipercayai hilang.

Sumber = BERNAMA

Bacaan lanjutan = theborneopost


Sunday, 1 January 2012

[4 GAMBAR] TUJUH MAUT DALAM KEMALANGAN TRELER DENGAN DUA KERETA DI MANJUNG


LUMUT, 1 Jan : Lori treler dengan muatan tong gas memasak terbabas dan merempuh gerai buah sebelum melanggar beberapa pokok kelapa sawit. Dua buah kenderaan lain terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam yang mengorbankan tujuh remaja berumur 15 hingga 22 tahun termasuk pemandu kereta Honda Stream. Foto = BERNAMA


Tujuh Maut Dalam Kemalangan Babitkan Treler Dan Dua Kereta Di Manjung

LUMUT, 1 Jan : Tujuh maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG dengan dua buah kereta di Batu 6, Jalan Sitiawan-Lekir, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kemalangan ngeri pada 10.30 malam tadi, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalamai kecederaan parah dan kritikal, meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Shaharudin Abdullah berkata kejadian melibatkan kereta jenis Honda Stream dan Honda Civic serta sebuah lori treler.

Menurutnya, ketika kejadian kereta jenis Honda Stream yang dinaiki 10 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke rumah mereka di Lekir.

"Ketika sampai di tempat kejadian, kereta Honda Stream yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong dari arah kiri sebelum cuba memasuki semula aliran lalu lintas.

"Bagaimanapun, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terus memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori treler," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

[The party doesn't end on New Year's Day, win passes for the next party in 2012!]

Katanya kesan daripada pertembungan tersebut menyebabkan beberapa penumpang kereta tercampak di atas kereta Honda Civic.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, yang kesemuanya dari Lekir, Setiawan.

Bagaimanapun, pemandu kereta Honda Stream, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang berasal dari Jeli, Kelantan meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini di HSM.

Shaharudin berkata tiga lagi penumpang kereta berkenaan hanya cedera ringan manakala pemandu lori treler dikenali sebagai Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan masih dirawat di HSM.

"Semua mayat telah dituntut oleh keluarga mereka pagi tadi dan dijangka dikebumikan di kampung masing-masing hari ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan yang juga Anggota Parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha turut berada di tempat kejadian bagi melihat kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan yang turut merempuh beberapa buah gerai menjual buahan-buahan dan ladang kelapa sawit berhampiran.

Kong yang turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa berkata beliau akan meminta pihak berkuasa mengkaji semua kedudukan gerai makanan dan buah-buahan di sepanjang laluan tersebut.

"Gerai-gerai di situ dipercayai telah wujud lebih 15 tahun lalu iaitu sebelum jalan raya tersebut dinaik taraf lagi.

"Saya meminta perkara itu (kedudukan gerai) dikaji semula dan sekiranya perlu mungkin sudah sampai masanya ianya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya di sini, hari ini.

Sumber = BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

Thursday, 29 December 2011

JALAN TRANS BORNEO TERPUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI KM77 JALAN SERIAN-SRI AMAN


KUCHING, 28 Dis : Jalan Trans Broneo yang menghubungkan Kuching dan bandar-bandar utama lain di Sarawak terputus akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di KM77 Jalan Serian-Sri Aman.

Pemangku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Sarawak Datuk Misnu Taha ketika dihubungi Bernama berkata kejadian pada pukul 8.45 malam berlaku berhampiran Semukoi dekat Balai Ringin di daerah Serian.


Katanya berikutan kejadian tersebut Jalan Trans Borneo tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan dan kerja-kerja untuk membaik pulih segera jalan tersebut kini sedang giat dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Setakat ini kerja untuk membaik pulih jalan yang rosak itu sedang giat dijalankan oleh pihak JKR selepas menerima laporan kejadian itu," katanya.

Menurutnya tiada sebarang kemalangan jiwa ataupun kenderaan yang terbabit dilaporkan akibat tanah runtuh tersebut.

Sumber : BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

[Berita Bergambar 5]

[Berita Bergambar 6]

[Berita Bergambar 7]

[Berita Bergambar 8]
 

Friday, 23 December 2011

[2 GAMBAR] PENDUDUK NYARIS MAUT LORI REMPUH RUMAH


MARAN, 23 Dis : GEMPAR... Sebuah lori tangki yang membawa muatan 32 tan minyak masak merempuh tiga kenderaan dan terperlosok di hadapan sebuah rumah dekat Kampung Luit di kilometer 68 Jalan Kuantan-Maran di sini semalam. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam tadi. Gambar menunjukkan seorang penduduk kampung melihat dari dekat lori tersebut. Foto = BERNAMA

[Gambar BERNAMA 1]


[2 GAMBAR] PEMANDU MAUT DALAM KEMALANGAN DI MELAKA


MELAKA, 23 Dis : REMUK... Keadaan sebuah kereta yang terbabas di hadapan lampu isyarat Lorong Pandan menghala ke Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin di sini, hari ini. Pemandu kereta tersebut berusia 43 tahun dari Bukit Katil maut di tempat kejadian. Foto = BERNAMA

[Gambar BERNAMA 1]

[Gambar BERNAMA 2]
 [Name this single because Now You Can!]

[2 GAMBAR] LIMA BUAH KENDERAAN TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI JAMBATAN SATOK


KUCHING, 23 Dis -- Berpunca daripada sebuah kereta yang dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal, lima buah kenderaan termasuk lori, dua pacuan empat roda dan dua buah kereta terbabit dalam satu kemalangan di Jambatan Satok kira-kira jam 5 petang tadi di sini, hari ini. Pemandu lori yang cedera parah dalam kemalangan itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kesesakan lalulintas berlaku dari kedua-dua hala di Jalan Satok dan Jalan Kulas akibat kemalangan tersebut. Foto = BERNAMA

[Gambar BERNAMA 1]

[Gambar BERNAMA 2]
 

Wednesday, 21 December 2011

KEMBARA BERTEMU KANCIL DI SEREMBAN

SEREMBAN, 21 Dis : BERPANTANG AJAL ... Tiada siapa cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta pacuan empat roda Perodua Kembara dengan sebuah kereta Kancil dan sebuah lori pada kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di jejantas Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kampong Baru Rahang dekat sini hari ini. Dipercayai pemandu Produa Kembara itu gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di kiri jalan menyebabkan kereta pacuan empat roda itu terbalik dan mengheret kereta Perodua Kancil hingga ke belakang sebuah lori yang berhenti kerana kerosakan. Foto = BERNAMA

[Gambar BERNAMA 1]

KERAJAAN KEDAH TETAP AKAN ROBOHKAN MADRASAH SALIHIAH

  
ALOR SETAR, 21 Dis : Kerajaan Negeri Kedah tetap akan merobohkan Madrasah Sahiliah di Jalan Tambang Badak di sini, antara bangunan yang terjejas dalam pembangunan projek Aman Central.

Menegaskan demikian Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.

Projek Aman Central yang termasuk pembinaan sebuah hotel lima bintang akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Kita dan pihak pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir sekali dirobohkan ialah surau itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Katanya beliau telah melawat tapak pembinaan dua hari lepas dan Ketua Pegawai Eksekutif Belleview Group (pemaju) telah mengesahkan tidak ada sebarang masalah dari segi undang-undang.

"InsyaAllah dalam masa 32 bulan kita akan siapkan projek tersebut. Mereka (pemaju) juga akan mulakan kerja-kerja pembinaan hotel lima bintang di sebelah itu dan ia tidak melibatkan kerja-kerja perobohan yang banyak," katanya.

Azizan berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

"Pada masa hadapan, kalau kawasan itu dah maju mungkin kita boleh tunaikan Solat Jumaat di surau itu," katanya.

Sumber = BERNAMA

LELAKI MATI DITEMBAK 10 DAS



KUALA LUMPUR, 21 Dis : Seorang lelaki yang sedang menunggu di dalam kereta mati ditembak sekumpulan lelaki di perkarangan Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata Morgishu Subramaniam, 40, warga tempatan, mati di tempat kejadian selepas terkena 10 das tembakan dari jarak dekat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang menunggu saudara perempuannya, Krisnani Subramaniam, di dalam kereta Toyota Vios.

Beliau yang dihubungi Bernama Rabu berkata, mangsa tiba-tiba didatangi lima lelaki yang memakai topi keledar sebelum 11 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.

Rosly berkata 10 das tembakan itu mengenai mangsa manakala satu das lagi mengenai Krisnani yang ketika itu sedang menghampiri kereta mangsa.

"Mangsa terkulai dan maut di dalam keretanya selepas terkena 10 das tembakan manakala sebutir peluru pula mengenai tulang rusuk kanan Krisnani yang berada berdekatan kereta," katanya.
[Grand Prize (x2 winners) – All expenses paid trip to Wolfsburg, Germany, inclusive of RM10,000 cash ]

Beliau berkata mangsa terkena satu das tembakan di kepala, dua di dada serta selebihnya di seluruh badan.

Katanya kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta iaitu Proton Waja berwarna emas dan Mitsubishi Storm berwarna hitam sebelum jiran yang menyedari kejadian itu menghubungi polis.

"Dalam kejadian itu, cermin kereta (mangsa) sebelah pemandu pecah akibat tembakan jarak dekat yang dilepaskan yang mana serangan terbabit juga dipercayai bermotifkan cemburu dan dendam," katanya.

Rosly berkata setakat ini polis baru menemui tujuh kelongsong peluru di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan ke atas kelongsong tersebut, suspek didapati menggunakan pistol jenis semi automatik 9mm.

"Kita kini sedang memburu kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan," katanya.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sementara saudaranya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang.

Difahamkan mangsa bekerja sebagai buruh binaan dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

Sumber = BERNAMA

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX