LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 16 January 2012

Widgets

ANGGOTA RELA MAUT, TIGA CEDERA DUA KERETA BERTEMBUNG DI JABI ELAK LUBANG


BESUT, 16 Jan : Seorang anggota Rela maut manakala tiga lagi cedera parah apabila dua buah kereta bertembung dalam kemalangan di KM 15 Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gong Penaga, Jabi pagi Isnin.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Saarani Mat Yunus, 50 yang merupakan penumpang hadapan kereta Perodua Kancil yang dipandu anak tirinya Mohamad Shahrul Azlizan Burhan, 29, yang cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Turut cedera ialah seorang ahli keluarga Saarani serta pemandu kereta yang sebuah lagi iaitu Wafiuddin Mohd Noor, 23.

[Know your best food around town!]

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, kereta yang dipandu Mohamad Shahrul dari arah Kuala Terengganu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan kereta Nissan Sunny itu.

"Mohamad Shahrul yang berasal dari Jalan Maran, Temerloh dilaporkan cuba mengelak lubang besar menyebabkan kereta itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Wafiuddin," katanya.

Saarani meninggal di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Besut.

Difahamkan ketika kejadian, Mohamad Shahrul dalam perjalanan ke Jerteh dari Temerloh bersama ayah tirinya dan dua lagi ahli keluarganya manakala Wafiuddin yang berkerja sebagai pendawai bersama dua rakan sekerjanya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Renek dekat sini.

Sumber=BERNAMA

[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX