LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 3 January 2012

Widgets

EMPAT SEKELUARGA DIBUNUH DALAM SERANGAN KEJAM

 
SIBU, 3 Jan : Sepasukan anggota polis mengusung mayat ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, yang mati dibunuh bersama tiga anaknya di kediaman mereka di Lorong 13 Jalan RTM kira-kira 7 pagi tadi di sini, hari ini. Mangsa dan ibunya yang berusia 80 tahun bersama tiga anaknya iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun. Polis percaya pelaku lebih dari seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan tajam untuk membunuh mangsa.
Foto = BERNAMA

Empat Sekeluarga Dibunuh Dalam Serangan Kejam

SIBU, 3 Jan : Empat sekeluarga, dua daripadanya kanak-kanak ditemui mati dibunuh dengan kejam di kediaman mereka di sini pagi Selasa, manakala seorang lagi budak lelaki yang parah sedang bertarung nyawa di hospital.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Lau Heng Soon berkata mereka yang mati dikenal pasti sebagai ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh.
 
[Know your best food around town! ]

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, lapan, kini dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala, katanya pada sidang akhbar, di sini.

Law berkata isteri Tong Hock, Li Xiao Lan, 28, sempat menyelamatkan diri ke rumah jiran melalui tingkap selepas terdengar bunyi bising di tingkat bawah kediaman mereka, dan pintu bilik tidurnya pula ditendang oleh beberapa individu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata polis menolak rompakan sebagai motif serangan, memandangkan rumah tersebut tidak digeledah serta tidak ada barangan yang dipercayai hilang.

Sumber = BERNAMA

Bacaan lanjutan = theborneopost


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX