LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 23 January 2012

Widgets

PENDUDUK RUMAH PANGSA LOBAK, SEREMBAN KERUGIAN CERMIN KERETA DIPECAHKAN SAMSENG


Kenderaan ini tidak terlibat dalam insiden cermin kereta dipecahkan tetapi.....Here's a pool car with a difference. The front of this late-Nineties Chevrolet Monte Carlo can detach from the back to provide a full-sized pool table. It also features a refrigerator, pop-up LCD television, custom sound system and built-in pool table levelling system. The conversion was carried out by California-based Vini Bergeman of Discovery TV's Kustomizer series and is available for hire.


SEREMBAN, 22 Jan : Penduduk rumah pangsa Lobak, Jalan Tan Sri Manickavasagam di sini mengalami kerugian apabila sekumpulan lelaki memecahkan cermin kereta milik mereka yang diletakkan di tepi jalan, dalam satu kejadian awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, penduduk mendakwa kumpulan terbabit dikatakan mencari seseorang di rumah pangsa terbabit namun apabila gagal menemuinya, mereka bertindak memecahkan cermin 28 buah kereta yang diparkir di tepi jalan berhampiran rumah pangsa berkenaan.

Seorang penduduk, Liew Yoon Tiam, 36, mendakwa ketika kejadian dia sedang tidur, sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

[Choi San Dou! Don't miss out on grabbing these auspicious deals!]

Dia kemudian melihat keluar rumah dan mendapati sekumpulan lelaki sedang memecahkan cermin kenderaan penduduk.

"Ada lebih kurang 20 hingga 30 orang naik motosikal datang ke kawasan ini macam sedang mencari orang. Kemudian mereka pecahkan cermin kereta penduduk," katanya yang mengalami kerugian kerana cermin keretanya turut dipecahkan.

Bagi R. Parthihan, 31, dia hanya mampu melihat dari dalam rumah semasa cermin keretanya dipecahkan kumpulan terbabit yang menggunakan parang dan topi keledar.

"Mereka sangat ramai dan bawa parang, saya amat takut untuk keluar. Kejadian ini amat mengejutkan kerana ia pertama kali berlaku di kawasan ini," katanya.

Seorang lagi penduduk, R. Manimegalai, 24, mendakwa kumpulan terbabit datang ke rumah pangsa tersebut dengan membawa pelbagai senjata, seperti parang dan kayu dan menjerit memanggil nama seseorang sebelum memecahkan cermin kereta penduduk.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata polis sedang menyiasat motif kejadian.

[Feel the driving force of prosperity when you own a new Volkswagen and be free from paying road tax & car insurance for an entire year!]

Katanya setakat ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

SUMBER : BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=641701

[Berita Bergambar 1] 
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220252&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 2]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220251&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 3]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220250&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 4]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220249&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 5]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220247&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=
[Berita Bergambar 6]
http://images.bernama.com/foto/pages/view.php?ref=220245&search=!collection875&order_by=resourceid&sort=DESC&offset=0&archive=0&k=

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX