LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday 27 February 2011

[VIDEO]LESEN BUKIT NENAS, SG PETANI(25-FEB-2011)

Klip video ini menjadi sebahagian daripada cerita kejayaan rider2 yang baru tahun ini menceburi arena MTB untuk mendapatkan "Lesen Bukit Nenas"



Cubaan untuk dapatkan Lesen Bukit Nenas -
Ada yang berjaya. Kepada yang gagal, cuba lagi. Bukit Nenas sentiasa menanti.





HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN...

Sudah termaktub dalam perjanjian, setiap yang hidup pasti menemui jalan kematian. Dirakam ketika aku dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak aku ke asramanya.


Malang tak berbau......


Mangsa dikerumuni oleh orang2 yang ingin membantu


Berhati-hati ketika memandu....yang berkereta, mahupun bermotorsikal.











Saturday 26 February 2011

DAH MULA KUTIP...




Kepada rider2 yang dah bagi nama untuk menyertai jambori Kulim International MTB Jamboree 2011, kutipan akan dimulakan sekarang. Terima kasih.






ISTIMEWA HARI INI - BUKIT NENAS 2

Pagi tadi aku dan beberapa rider lain ke Bukit Nenas lagi, sebab sesetengah rider kami masih belum dapat 'Lesen Bukit Nenas'.

Jam 7.56am, ada massage dari rider jemput aku join rider Aman Jaya jam 8.00am. Minta maaf banyak2 sebab tentu tak sempat sebab aku baru terbaca massage tu. Lain kali bro, Insya Allah kita kayuh sekali.

Join dengan rider kawan2 aku, roda mula pusing jam 9.05am.


Rider sedang memanaskan enjin di Bdr Utama


Cuba teka apa dia? Holder meter? Bukan dia. Salah tu.


Dah tau jawapannya? Cuba teka dalam 'Chatlah Dengan Saya...'


Dalam perjalanan ke Bkt Nenas, jumpa satu laluan baru dibina khas oleh pemaju utk peminat MTB.


Khas utk peminat MTB yg nak berlatih DH dan UpHill


Garisan penamat?


Panjangnya.....


Jangan bimbang jika tayar on road digunakan, boleh panjat punya


Cubaan nak dapatkan lesen Bkt Nenas bermula. Puncak Bkt Nenas kat hujung tau


Rider terakhir mencuba, tapi x dapat lesen lagi. Tak pa, mingu depan cuba lagi.


Saujana mata memandang...


Dah sampai puncak, sure happy + syukur punya


Close up dekat sikit, baru nampak muka

Mana dia dR MTB?


Snap lagi sekeping


Kami naik dengan basikal, bukan motor tau. Nampak itu bukti?


Jumpa parit dalam. Angkat, jangan tak angkat.

Perjalanan pulang, macam cross country pulak, siap kena angkat basikal pulak


Sekuat mana anda, masih perlu masa untuk berehat


Awas, gambar rider seksi(tak berbaju/nampak puting lagi). Habis dah. Insya Allah kami tunjuk movie pulak lepas ni-selepas copyright diperolehi dari rider Adzhar.










TERISTIMEWA - CERITA MTB LAGI

Jumaat(25Feb2011)

Entah kenapa, perancangan kami nak kayuh ke Musium Arkeologi Lembah Bujang tak menjadi kali ini, walaupun perbincangan tentangnya sangat panas diperdebatkan. Aku pulak buat kayuhan solo kali ni, kerana communication breakdown - rider EE koteaw tertinggal HP kat rumah, jadi aku tak dapat follow.

Dari Bdr Puteri Jaya - Bdr Seri Astana - Bdr AmanJaya - Taman Kelisa - Bdr Puteri Jaya semula. Mula jam 8.00 am, sampai rumah 9.45am. Berikut sikit gambar yang sempat aku rakam, dan gambar aku pulah dirakam oleh pekerja Myanmar yang sedang pasang longkang di kawasan tangki air Taman Kelisa.


Gambar bawah ialah masa tiba di puncak tangki air Tmn Kelisa

Apa yang rider biasa buat semasa gambar nak di'snap'? Cuba teka.

Tahan kencing? Salah. Tmn Kelisa dari atas

Jawapannya? Tahan nafas, supaya rider nampak ramping dan berdada besar. Lagi besar perut, lagi besar dada. Oh ya, belakang tasik ada jalan offroad boleh sampai dekat Petronas BPJ.

Parit yang perlu dilalui sebelum sampai di Petronas BPJ

Hingga sini dulu, lepas ni aktiviti MTB menawan Bukit Nenas kali kedua.


Thursday 24 February 2011

TERISTIMEWA - HANG PI MANA SEMALAM?

Semalam, aku buang tabiat. Tak pernah kayuh malam. Tapi kerana dah memang hari Rabu - hari yang sememangnya aku kayuh. Lagipun, MTB aku dilengkapi oleh sebiji lampu depan dan 2 biji lampu belakang. So, kerana kekangan masa, aku ambil keputusan nak kayuh sorang2 aku. Rider lain tentu tak mahu, so aku tak ajak sesiapapun. Kira solo ride la malam ni.

Destinasi : Nak pi Bertam, Kepala Batas. Nak pi kedai One Stop Cycle kat Bertam(milik bumiputera) - Gedung basikal TREK SERIES yang terbesar di wilayah utara. http://www.alibaba.com/product-free/109570101/Trek_2009_8500/showimage.html


Yang aku nak beli : tengok gambar kat bawah lee.

Summary perjalanan :

Route : Bdr Puteri Jaya - Padang Temusu - Tikam Batu - Jambatan Merdeka - Kepala Batas - Bertam - pulang ke Bdr Puteri Jaya semula dengan jalan yang sama.

Masa kayuhan : 2 jam 7 minit

Purata kelajuan : Masa pi tu laju sikit 26.6 km/jam, masa pulang dah pancit. Keseluruhan 24.4 km/jam

Kelajuan maksimum : 42.7 km/jam entah masa turun bukit mana aku pun tak perasan

Jarak perjalanan : 52 km

Bertolak : 08.00 malam dan sampai di EE Koteaw jam 11.00 malam.


Agak2 apa dia ni?


Pouch bag bawah sit


Dah lama teringin benda ni..


Luas loo, anak kucing pun boleh isi


Tutup baliklah, nak tengok lama2 kena pi kat Bertam sendiri


Anggun dan bergaya - macam aku jugak lee

Alhamdulillah, keinginan aku nak benda di dah dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Boleh la boh macam2, kamera, kunci, hp dll. Harganya, berpadanan dengan barang - RM55 siap pasang sekali.

Tapi masa aku sampai, hanya ada 2 biji, aku dan sebat satu. Tinggal lagi satu, tapi berwarna kuning, bukan biru macam aku punya.

Pouch generasi terkini yang aku tengok kat One Stop Cycle kebanyakannya bersaiz lebih kecil dan comel, tetapi harga lebih mahal. mungkin kerana harga minyak dunia yang semakin meningkat kebelakangan ini.







KECEMASAN


Antara benda patut yang patut ada pada rider - kit menukar tiub. Tak jadi tak apa, kalau bocoq, baru teraba-raba.
Olah kerana aku ni kadang2 terlibat dalam single/solo ride, aku rasa patut sangat aku bersedia dengan kit menukar tiub ni.


Ada 4 item dalam kit menukar tiub


Pencungkil tayar aluminium - paling kurang mesti ada 2


Tuib spare - digulung seperti di atas


Pam mini - boleh juga digunakan untuk mengepam bola


Beg - untuk mengisi 3 item di atas

Item ini sangat berguna jika berlaku kebocoran tiub - kalau bukan tiub kita, sekurang2nya kita dapat membantu rakan2 rider yg ditimpa kebocoran tiub.

Harganya pun tak mahal, lebih kurang RM40 sahaja. Berbaloi kan memilikinya? Hantar mesej jika berminat.

Lepas simpan pam, pencungkil tayar dan tiub spare dalam beg hitam, ikat kat dengan kemas kat MTB anda.



Beg diikat dengan kemas supaya tak terjatuh semasa berMTB

Selamat......






Wednesday 23 February 2011

TERISTIMEWA DI BANDAR PUTERI JAYA

Gambar banner




Member lama - Saidi dari Baling berniaga murtabak spesial. Murtabak yg sedap bukan boleh jumpa selalu. dah berpengalaman selama 16 tahun


Nak masuk Piala Dunia kena practice pakai bola ni terlebih dahulu


Penyangkut tudung trend terkini - RM10 shj


Gitar kapok


Beli kereta mainan ni dulu kat anak sebelum pi mana2 jamboree, baru isteri mudah bagi kelulusan


Botoi susu untuk yang ada baby


Ubat resdung pun ada


Ni pun ubat resdung jugak


Beg ni sesuai utk bawa baju ke jamboree-RM10 sahaja


Kepada admin Kulim2011, pakai topi ni ganti helmet boleh tak?


Bola untuk latihan skuad Piala Dunia Qatar 2022-dah tersedia. Yang penting, practice make perfect


Nak bekam pun boleh - rasa ringan kepala, kayuh pun laju


Beli ubat gigi cap ni tak akan habis guna sampai 7 keturunan



Ubat untuk rider yang mahu bau badan sentiasa wangi walaupun selepas berkayuh


Motor ni boleh dibeli ikut kaedah HD-hutang Dulu, Bayar Kemudian. Dasyat Dasyat


Gerai kartunis berbakat-nak lukis basikal pun boleh


Hadiah kepada pengunjung berbayar(yang membuat belian di karnival) yg bertuah - basikal lagi



Hadiah lagi


Dan hadiah lagi, yang ni untuk no 1-lepas tu boleh pi kayuh dan tak payah tumpang kereta kawan lagi dah


Kalau nak jalan sambil pimpin tangan isteri(macam pengantin baru), tinggai anak kat sini, bagi depa jaga sat





LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX