LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 12 February 2011

Widgets

MTB Aku




Nilah MTB aku yang aku beli pada tahun 2009. Lepas kena penyakit batu karang, doktor nasihatkan aku supaya ubah cara hidup. Aku pernah ke farmasi untuk periksa tekanan darah. Keputusannya - bodderline. Nak makan ubat atau nak ubah cara hidup. Aku pilih untuk ubah cara hidup. Mulanya naik basikal lama anak aku punya, kemudian baru beli basikal ni. Murah je, lepas trade-in basikal lama, RM550. Jenama BENOTTO. Lepas naik untuk seketika, kena buasir pulak. Doktor nasihatkan aku supaya stop sat naik basikal sehingga buasirku pulih.

MyBENOTTO

Tahun ni, tah macam mana ramai jiran aku pakat2 beli MTB. Jadi semangat nak naik basikal mekar semula, sebab dah ada member(dulu aku asyik naik sorang2 je)

Berikut adalah aktiviti MTB yang masih aku ingat

02-Feb-2011 :-
Bdr Puteri Jaya ke Tupah (Bdr Puteri Jaya - Sg Pasir - Tupah - Bdr Laguna Merbuk - Bdr Puteri Jaya)
Jarak - 57km
Bertolak - 8.15pagi
Sampai rumah - 11.15pagi
Masa kayuhan - termasuk rehat 3 jam
Hanya 3 rider yang bersedia menyahut cabaran, aku, EE koteaw dan abg Sabri kontraktor(basikal paling mahal).
Kayuhan ke Tupah ni merupakan satu kayuhan yang memecah tembok penghalang dan meningkatkan keyakinan diri untuk aku ke Baling esok.

03-Feb-2011 :- Kayuhan solo balik kampung isteriku.
Bdr Puteri Jaya, Sg Petani ke Kpg Siput, Baling, Kedah melalui Parit Panjang
Jarak - 65 km
Bertolak - 8.15pagi
Sampai - 12.15thari
Masa kayuhan - 3jam15minit

04-Feb-2011 :- Kayuhan solo balik rumah aku semula dari kampung isteriku.
Kpg Siput, Baling ke Bdr Puteri Jaya melalui Tawar
Jarak - 65km, ikut jalan lain daa
Bertolak - 7.15pagi
Sampai - 9.55pagi
Masa kayuhan - 2jam40minit

11-Feb-2011 :-
Bdr Puteri Jaya - Bdr Laguna Merbuk - Logi AirTupah - Sg Pasir - Bdr Puteri Jaya
Jarak - 60km
Bertolak - 8.00pagi
Sampai - 11.45thari
Masa kayuhan panjang sebab banyak rehat dan pekena air kelapa muda.
7 rider yang berani sahut cabaran
1. Aku - Si Tukang Besi,
2. Ee Koteaw - antara koteaw tersedap kat SP - bolah mai try,
3. Abg Sobri kontraktor - pemilik basikal paling mahal di kalangan kami
4. Cikgu Man - rider yang dah menetap di bungalow di Bandar Utama
5. Abg Bani - bekas tentera yang masih mencari kerja
6. Haji Mokhtar - rider paling berpengalaman(dah 57 tahun)
7. Cikgu Amran - orang dari Pahang yang menemui cintanya dengan gadis Kedah.

Gambar - INSYA ALLAH nanti aku upload sebab gambar kat hp rider lain.











Gambar-gambar dibawah hanyalah untuk tujuan pengiklanan dan lain-lain














Comments
1 Comments

1 ulasan:

salam sahabat,saya dean dri kepala batas penang.nak nego scoot contessa rm850.
text mudah.com basikal mtb kepala batas.
01112262038

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX