LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 26 February 2011

Widgets

TERISTIMEWA - CERITA MTB LAGI

Jumaat(25Feb2011)

Entah kenapa, perancangan kami nak kayuh ke Musium Arkeologi Lembah Bujang tak menjadi kali ini, walaupun perbincangan tentangnya sangat panas diperdebatkan. Aku pulak buat kayuhan solo kali ni, kerana communication breakdown - rider EE koteaw tertinggal HP kat rumah, jadi aku tak dapat follow.

Dari Bdr Puteri Jaya - Bdr Seri Astana - Bdr AmanJaya - Taman Kelisa - Bdr Puteri Jaya semula. Mula jam 8.00 am, sampai rumah 9.45am. Berikut sikit gambar yang sempat aku rakam, dan gambar aku pulah dirakam oleh pekerja Myanmar yang sedang pasang longkang di kawasan tangki air Taman Kelisa.


Gambar bawah ialah masa tiba di puncak tangki air Tmn Kelisa

Apa yang rider biasa buat semasa gambar nak di'snap'? Cuba teka.

Tahan kencing? Salah. Tmn Kelisa dari atas

Jawapannya? Tahan nafas, supaya rider nampak ramping dan berdada besar. Lagi besar perut, lagi besar dada. Oh ya, belakang tasik ada jalan offroad boleh sampai dekat Petronas BPJ.

Parit yang perlu dilalui sebelum sampai di Petronas BPJ

Hingga sini dulu, lepas ni aktiviti MTB menawan Bukit Nenas kali kedua.


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX