Terima kasih tak terhingga kepada kawan2 rider yang dah melawat blog kami. Kami masih hijau, masih baru dalam arena blog dan juga arena MTB. Walaupun kesemua ahli kami menggunakan MTB, kebanyakan jalan yang kami lalui adalah jalan tar - kerana malas sangat2 nak cuci basikal selepas masuk jalan off-road.
Kami mengalu-alukan cadangan yang membina, dan setiap cadangan kalau boleh disertai dengan cara/kaedah perlaksanaannya, melalui alamat gerek.basikal@yahoo.com gerek.basikal@gmail.com atau lawati www.gerekbasikal.blogspot.com di ruangan komen tu
Esok, hari Selasa, SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI. Di samping kita berkayuh, rajin2lah berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sesungguh ALLAH SWT dan para Malaikatnya pun selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga setiap kayuhan kita akan mendekatkan kita kepada keredhaan ALLAH SWT.