Sabtu(19Feb2011) - Off-road Bukit Nenas - kerana kat situ ada projek tanaman nenas sejumlah 1.5 juta anak nenas...ya 1.5 juta.
Tayar mula berputar - 0905 am
Bilangan rider - tah aku tak ingat pulak kali nie, tapi lebih kurang 13 orang.
Pegggghhhh. Lama sungguh tak masuk jalan off-road. Jalan menyacak, baru kayuh tak sampai 1km dah ramai yang kena tolak.
Malang tak berbau - nyaris dikejar anjing hinggakan ke semua rider berjaya memecut laju walaupun di laluan mendaki.
Atas Bukit Nenas, panorama indah dan pemandangan mengkagumkan bumi ciptaan ALLH SWT. Nampak Penang dan Gunung Baling. Balik ke rumah, wife aku tak berapa nak percaya bila aku beritahu yang dari bukit Nenas boleh nampak Penang.
Balik, jam hampiri 11.00 pagi dalam keadaan letih dan kebanyakan rider kehabisan air.
Aku tak leh join minum kat kedai kerana nak balik cepat, beli barangan persekolahan anak2.
Gambar2 semasa aktiviti Bukit Nenas.
Rider yg paling gembira bila tiba di puncak ialah yg berbaju hijau depan sekali-Rider Adzhar
Semua rider bersyukur kegembiraan kerana berjaya menawan Bukit Nenas