Semalam, aku buang tabiat. Tak pernah kayuh malam. Tapi kerana dah memang hari Rabu - hari yang sememangnya aku kayuh. Lagipun, MTB aku dilengkapi oleh sebiji lampu depan dan 2 biji lampu belakang. So, kerana kekangan masa, aku ambil keputusan nak kayuh sorang2 aku. Rider lain tentu tak mahu, so aku tak ajak sesiapapun. Kira solo ride la malam ni.
Destinasi : Nak pi Bertam, Kepala Batas. Nak pi kedai One Stop Cycle kat Bertam(milik bumiputera) - Gedung basikal TREK SERIES yang terbesar di wilayah utara. http://www.alibaba.com/product-free/109570101/Trek_2009_8500/showimage.html
Yang aku nak beli : tengok gambar kat bawah lee.
Summary perjalanan :
Route : Bdr Puteri Jaya - Padang Temusu - Tikam Batu - Jambatan Merdeka - Kepala Batas - Bertam - pulang ke Bdr Puteri Jaya semula dengan jalan yang sama.
Masa kayuhan : 2 jam 7 minit
Purata kelajuan : Masa pi tu laju sikit 26.6 km/jam, masa pulang dah pancit. Keseluruhan 24.4 km/jam
Kelajuan maksimum : 42.7 km/jam entah masa turun bukit mana aku pun tak perasan
Jarak perjalanan : 52 km
Bertolak : 08.00 malam dan sampai di EE Koteaw jam 11.00 malam.
Agak2 apa dia ni?
Pouch bag bawah sit
Dah lama teringin benda ni..
Luas loo, anak kucing pun boleh isi
Tutup baliklah, nak tengok lama2 kena pi kat Bertam sendiri
Anggun dan bergaya - macam aku jugak lee
Alhamdulillah, keinginan aku nak benda di dah dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Boleh la boh macam2, kamera, kunci, hp dll. Harganya, berpadanan dengan barang - RM55 siap pasang sekali.
Tapi masa aku sampai, hanya ada 2 biji, aku dan sebat satu. Tinggal lagi satu, tapi berwarna kuning, bukan biru macam aku punya.
Pouch generasi terkini yang aku tengok kat One Stop Cycle kebanyakannya bersaiz lebih kecil dan comel, tetapi harga lebih mahal. mungkin kerana harga minyak dunia yang semakin meningkat kebelakangan ini.