Pagi ni kayuh sorang2 awal pagi. Lepas Solah Subuh terus jalan, lebih kurang jam 7.00 pagi.
Route ;- Bdr Puteri Jaya - Taman Sejati - Padang Temusu - Giant Hypermarket - Taman Intan - Laguna Merbuk - Aman Jaya - Hosp Sg Petani - Bdr Mutiara - Bdr Puteri Jaya.
Purata kelajuan :- 25.3 km/j
Halaju maksimum :- 38.3 km/j
Jarak :- 35.55 km
Masa kayuhan :- 1 jam 24 min 11 saat.
Sampai di Bdr Puteri Jaya, terus ke Surau Khalid Al Walid untuk sambutan Maulud Nabi peringkat surau/komuniti.