LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 6 January 2012

Widgets

[4 GAMBAR] SUAMI ISTERI MAUT KERETA TERCAMPAK KE DALAM PARIT



IPOH, 6 Jan -- Kereta Perodua Kelisa milik sepasang suami isteri yang terbunuh, dipenuhi dengan lumpur selepas terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuhi air di jalan Kampung Raja, Kampung Gajah dekat sini, awal pagi tadi. Mangsa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Shahrin Ismail, 33, dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, terbunuh dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota. Mayat pasangan suami isteri yang terperangkap itu dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dan di hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat. Foto = BERNAMA

IPOH, 6 Jan : Sepasang suami isteri terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuh air di Jalan Kampung Raja, Kampung Gajah, kira-kira 75km dari sini awal Jumaat.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohd Fakri Che Sulaiman berkata Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, mati lemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

Kejadian berlaku pada kira-kira 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota, katanya ketika dihubungi hari ini.



Mayat pasangan suami isteri itu yang terperangkap di dalam kereta dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat, katanya.

Sumber = BERNAMA


[Berita bergambar 1]

[Berita bergambar 2]

[Berita bergambar 3]

[Berita bergambar 4]

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX