LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 25 January 2012

Widgets

LELAKI PELUK MAYAT TEMAN WANITA TERJATUH BANGUNAN LEBIH SEJAM



GEORGE TOWN, 25 Jan : Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi Rabu.

Jurucakap polis berkata kira-kira pukul 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.

"Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

[Take a few minutes to watch & enjoy with its... Flash mob Malaysian style!]

Katanya polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber : BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]


[Berita Bergambar 4]


Gambar di atas sekadar perhiasan. Harap maklum.

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX