LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday 1 January 2012

Widgets

[4 GAMBAR] TUJUH MAUT DALAM KEMALANGAN TRELER DENGAN DUA KERETA DI MANJUNG


LUMUT, 1 Jan : Lori treler dengan muatan tong gas memasak terbabas dan merempuh gerai buah sebelum melanggar beberapa pokok kelapa sawit. Dua buah kenderaan lain terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam yang mengorbankan tujuh remaja berumur 15 hingga 22 tahun termasuk pemandu kereta Honda Stream. Foto = BERNAMA


Tujuh Maut Dalam Kemalangan Babitkan Treler Dan Dua Kereta Di Manjung

LUMUT, 1 Jan : Tujuh maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG dengan dua buah kereta di Batu 6, Jalan Sitiawan-Lekir, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kemalangan ngeri pada 10.30 malam tadi, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalamai kecederaan parah dan kritikal, meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Shaharudin Abdullah berkata kejadian melibatkan kereta jenis Honda Stream dan Honda Civic serta sebuah lori treler.

Menurutnya, ketika kejadian kereta jenis Honda Stream yang dinaiki 10 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke rumah mereka di Lekir.

"Ketika sampai di tempat kejadian, kereta Honda Stream yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong dari arah kiri sebelum cuba memasuki semula aliran lalu lintas.

"Bagaimanapun, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terus memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori treler," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

[The party doesn't end on New Year's Day, win passes for the next party in 2012!]

Katanya kesan daripada pertembungan tersebut menyebabkan beberapa penumpang kereta tercampak di atas kereta Honda Civic.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, yang kesemuanya dari Lekir, Setiawan.

Bagaimanapun, pemandu kereta Honda Stream, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang berasal dari Jeli, Kelantan meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini di HSM.

Shaharudin berkata tiga lagi penumpang kereta berkenaan hanya cedera ringan manakala pemandu lori treler dikenali sebagai Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan masih dirawat di HSM.

"Semua mayat telah dituntut oleh keluarga mereka pagi tadi dan dijangka dikebumikan di kampung masing-masing hari ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan yang juga Anggota Parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha turut berada di tempat kejadian bagi melihat kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan yang turut merempuh beberapa buah gerai menjual buahan-buahan dan ladang kelapa sawit berhampiran.

Kong yang turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa berkata beliau akan meminta pihak berkuasa mengkaji semua kedudukan gerai makanan dan buah-buahan di sepanjang laluan tersebut.

"Gerai-gerai di situ dipercayai telah wujud lebih 15 tahun lalu iaitu sebelum jalan raya tersebut dinaik taraf lagi.

"Saya meminta perkara itu (kedudukan gerai) dikaji semula dan sekiranya perlu mungkin sudah sampai masanya ianya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya di sini, hari ini.

Sumber = BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

Comments
1 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX