LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 26 October 2011

Widgets

SUAMI ISTERI RENTUNG DALAM KEMALANGAN KETIKA DEEPAVALI


Suami Isteri Rentung, Dua Anak Cedera Parah Pada Pagi Deepavali


SEREMBAN, 26 Okt (Bernama) -- Hasrat sebuah keluarga untuk meraikan Deepavali di rumah seorang daripada anggota keluarga mereka di Alor Gajah, Melaka tidak kesampaian apabila pasangan suami isteri itu maut manakala dua anak mereka cedera parah dalam kemalangan di Batu 10, Jalan Seremban-Tampin, Rabu.

P. Mugunthan, 42, dan isterinya, K. Sothi, 36, rentung dalam kereta Honda Civic mereka yang terbakar selepas terbabit dalam nahas jalan raya dengan dua lagi kenderaan pada kira-kira 8.56 pagi, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Zamrus Zainal.





REMBAU, 26 Okt -- Api marak membakar dua buah kereta yang terbabit dalam kemalangan di di Km16 Jalan Seremban-Tampin dekat sini hari ini.





REMBAU, 26 Okt -- Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Km16 Jalan Seremban-Tampin dekat sini hari ini.


REMBAU, 26 Okt -- Anggota bomba dan penyelamat mengangkat mayat mangsa yang rentung dalam kemalangan yang membabitkan dua buah kereta di Km16 Jalan Seremban-Tampin dekat sini hari ini.

"Kedua-dua anak lelaki mereka yang berusia 13 dan 10 tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Dua lagi lelaki yang memandu kereta Proton Iswara dan Toyota Camry yang terbabit dalam kemalangan itu juga terselamat, katanya.

Mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Seremban untuk bedah siasat dan kedua-dua anak lelaki mereka turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan, kata Zamrus.

Sumber= BERNAMA
[Foto 1] , [Foto 2] , [Foto 3] , [Foto 4] , [Foto 5] .


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX