LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 18 October 2011

Widgets

KULIM DILANDA RIBUT



KULIM - 18 Okt -- Sebatang pokok yang tumbang menghempap sebuah gerai nasi kandar akibat dipukul ribut di Jalan Kilang Lama-Lunas (berhadapan dengan bangunan Sekolah Menengah Sultan Badlishah di sini, petang semalam.
Ribut turut melanda di beberapa buah kampung di tiga buah mukim iaitu Mukim Lunas (Sungai Badak, Kg Baru Kilang Lama), Mukim Padang China (Kampung Syed Sheh dan Tunku Putra) dan Mukim Sidam Kanan (Ladang Victoria, Kampung Ntsa, Kampung Padang dan Taman Bunga Raya).
Foto dari BERNAMA

18 Oktober, 2011 12:24 PM

20 Rumah Di Kulim Rosak Dipukul Ribut

KULIM, 18 Okt (Bernama) -- Dua puluh rumah di Mukim Padang China dan Sidam Kanan di sini rosak akibat dipukul ribut petang Isnin.

Kejadian kira-kira 10 minit pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan banyak pokok tumbang dengan satu daripadanya menghempap sebuah gerai nasi kandar di Jalan Sultanah Bahiyah.

Kawasan yang terlibat di Mukim Padang China ialah Kampung Syed Sheh, Tunku Putra, Sungai Badak dan Kampung Baru (sekitar Kilang Lama) manakala di Mukim Sidam Kanan pula ialah Kampung Nesa, Kampung Padang, Taman Bunga Raya dan Ladang Victoria (sekitar Padang Serai).

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakt Daerah Kulim Rohana Mohd Yusuff berkata 15 petugas JKM bersama kakitangan Pejabat pembangunan Persekutuan Daerah Kulim/Bandar Baharu membuat bancian kerosakan yang dialami penduduk kawasan terbabit hari ini.

"Bumbung dua rumah di Kampung Syed Sheh perlu diganti kerana diterbangkan angin," katanya.

Sementara itu Penyelaras Parlimen Barisan Nasional (BN) Padang Serai Dr Chin Tung Leung yang melawat kawasan itu hari ini menyampaikan bantuan peribadi kepada dua mangsa ribut iaitu ibu tunggal Rohana Abdul Rahman, 45, di Kampung Sg Badak dan Hamid Awang, 60 dari Kampung Syed Sheh.

Turut menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut ialah Setiausaha Umno Bahagian Padang Serai Drs Mohd Zubub Saad dan Pengerusi Penyelaras MIC Kulim Bandar Baharu dan Padang Serai KSM Thuraisingham.

Informasi dari BERNAMA


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX