LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 19 October 2011

Widgets

DI PANAH PETIR KETIKA BERTEDUH DI BAWAH POKOK KELAPA





Remaja Maut Dipanah Petir Di Pendang

PENDANG, 19 Okt (Bernama) -- Seorang remaja lelaki maut dipanah petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa, kira-kira 500 meter dari rumahnya ketika hujan di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, petang Selasa.

Kejadian pada pukl 6.15 petang itu menyebabkan Mohd Helmi Omar, 17, mati di tempat kejadian.

Mohd Helmi dikatakan keluar rumah kira-kira pukul 4 petang untuk membantu bapa saudaranya di sawah dan pulang satu jam setengah kemudian sebelum keluar semula pada pukul 6 petang semasa hujan untuk melihat bapa saudaranya di sawah.

"Tidak lama kemudian abang saya pulang memberitahu Mohd Helmi terkena petir di bawah pokok kelapa," kata bapa remaja itu, Omar Daud, 45, kepada Bernama ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Yan.

Beliau berkata terdapat kesan melecur di bahagian perut anaknya dan baju yang dipakainya juga mempunyai kesan terbakar.

Omar berkata jenazah anaknya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Nur Bukit Jenun di sini.

Foto & Informasi dari BERNAMA

[Nakkan kamera percuma? Klik sini untuk maklumat lanjut]

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX