LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 28 October 2011

Widgets

PENGANGGUR DI TUDUH MEMBUNUH GADIS




KUALA LANGAT, 28 Okt -- Seorang penganggur, Kher Tian Hock, 37, diiringi anggota polis ketika di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang gadis dan lari dari tahanan sah pada 2004.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh See Sheau Fang, 18, di kawasan sebuah rumah beralamat no 44 Jalan Wira 24, Taman Perwiria Sijangkang dekat sini antara 9.30 pagi dan 5.30 petang pada 28 Februari 2004.
Kher juga didakwa di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan di Balai Polis Tanjung Sepat antara 6.30 dan 7.30 pagi 13 Mac 2004 setelah ditahan secara sah untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang, Rozaidi Yaacob menentapkan tarikh sebutan semula kes ini pada 8 November ini.Foto = BERNAMA


Penganggur Dituduh Membunuh Gadis Tujuh Tahun Lepas

BANTING, 28 Okt (Bernama) -- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang gadis pada 2004, tahun yang sama dia dilaporkan melarikan diri dari Balai Polis Tanjung Sepat selepas ditahan berhubung kematian remaja itu.

Kher Tian Hock, 37, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh See Sheau Fang, 18, di kawasan sebuah rumah di Jalan Wira 24, Taman Perwira, Sijangkang dekat sini antara 9.30 pagi dan 5.30 petang 28 Feb 2004.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan di Balai Polis Tanjung Sepat antara 6.30 pagi dan 7.30 pagi 13 Mac 2004 setelah ditahan untuk disiasat berhubung kes bunuh itu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Kher, yang tidak diwakili peguam, semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob.

Jika sabit kesalahan bagi pertuduhan membunuh, Kher boleh dihukum gantung sampai mati dan bagi kesalahan kedua, dia boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun.

Sumber = BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX