LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 31 October 2011

Widgets

PELAJAR MAUT MOTORSIKAL BERTEMBUNG DENGAN AMBULANS DI ALOR SETAR




ALOR SETAR, 31 Okt : Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Setar, DSP Mohd Sham Abdullah (kanan) menunjukkan keadaan ambulans yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di ibu Pejabat Polis Trafik daerah Kota Setar di sini, hari ini. Kemalangan yang berlaku di persimpangan Kampung Pokok Asam pada 8 malam tdi menyebabkan seorang pelajar tingkatan satu, Muhammad Mu'az Johari terbunuh selepas mengalami kecederaan parah di kepala selain patah kaki kanan. Sumber=BERNAMA


Pelajar Maut Motosikal Bertembung Ambulans


ALOR SETAR, 31 Okt : Seorang pelajar tingkatan satu terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah ambulans Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit dekat sini Ahad malam.

Kejadian berlaku di persimpangan Kampung Pokok Asam pada 8 malam tadi ketika Muhammad Mu'az Johari, 13, dipercayai dari arah Pekan Langgar tidak sempat mengelak sebuah ambulans yang sedang membelok masuk ke kampung itu untuk mengambil pesakit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata Muhammad Mu'az, dari Kampung Alor Raja, Langgar dekat sini, cedera parah di kepala selain patah kaki kanan.

"Ambulans yang membawa tiga pegawai perubatan itu kemudiannya membawa mangsa ke hospital tetapi dia meninggal dunia pukul 10 pagi tadi di HSB," katanya kepada pemberita.

Adzaman berkata pemandu serta tiga pegawai perubatan yang berada dalam ambulans itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kiita sudah mengambil keterangan pemandu ambulans tersebut dan sekarang ini kita menunggu bapa mangsa datang memberi keterangan," kata Adzaman.

Beliau berkata menurut keterangan yang diberi oleh pemandu ambulans berkenaan, ketika dia mahu membelok masuk ke kampung itu, semua kenderaan dari kedua-dua arah telah memberi laluan tetapi tiba-tiba sebuah motosikal datang lalu merempuh bahagian depan ambulans.


Sumber=BERNAMA

Inginkan percutian percuma untuk 4 orang bernilai RM55,000. Kliklah di sini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu...



Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX