LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 21 October 2011

Widgets

JAGA-JAGA! MILIKINYA(DENGAN NIAT) PUN SALAH




JOHOR BAHARU, 21 Okt -- Tertuduh, Kok Chee Hoong, 41, (kiri) dan Chee How,26, diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki poster iklan pinjaman wang dengan membantu untuk mengiklankan poster berkenaan secara haram, Isnin lepas.
Kedua-dua tertuduh didakwa memiliki sembilan poster iklan pinjaman wang dengan membantu untuk mengiklankannya sedangkan mereka tidak mempunyai lesen sah di simpang lampu isyarat di Jalan Permas 9/3, di sini, kira-kira 4.15 petang, 17 Okt lepas.
Majistret Hafizah johor Ariff Johor menetapkan Tan dan Kok masing-masing diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan 23 Nov untuk bicara.
Foto sumbangan BERNAMA


Dua Lelaki Mengaku Tak Bersalah Miliki Poster Iklan Pinjaman Wang

JOHOR BAHARU, 21 Okt (Bernama) -- Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas tuduhan memiliki poster iklan pinjaman wang dengan membantu untuk mengiklankan poster berkenaan secara haram, Isnin lepas.

Tan Chee How, 26, dan Kok Chee Hoong, 41, didakwa memiliki sembilan poster iklan pinjaman wang dengan membantu untuk mengiklankannya sedangkan mereka tidak mempunyai lesen sah di simpang lampu isyarat di Jalan Permas 9/3, di sini, kira-kira pukul 4.15 petang, 17 Okt lepas.

Kedua-dua mereka yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan Taman Johor Jaya, di sini dituduh melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 5(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29AA(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua 'Ah Long' turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberikan pinjaman wang secara haram, Selasa lepas.



JOHOR BAHARU, 21 Okt -- Dua Ah Long, Pang Chin Yee, 26, (dua, kanan) dan Chai Min Chin, 28, diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen Johor Baharu di sini, hari ini, atas tuduhan memberikan pinjaman wang secara haram, Selasa lepas.
Mereka didakwa menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang dengan menawarkan kepada Lim Kok Khim pinjaman kepadanya sedangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai lesen yang sah di premis Nanyang Kopitiam, di Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari, 18 Okt lepas.
Hakim Hassan Abdul Ghani menetapkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan 14 hingga 17 Nov depan untuk bicara.
Foto sumbangan BERNAMA


Chai Min Chian, 28, dan Pang Chin Yee, 26, didakwa menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang dengan menawarkan kepada Lim Kok Khim pinjaman kepadanya sedangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai lesen yang sah di premis Nanyang Kopitiam, di Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 18 Okt lepas.

Chai dan Pang dituduh mengikut Seksyen 5(2) Akta Peminjam Wang 1951 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga boleh dikenakan sebatan sekiranya kesalahan adalah berulang.

Hakim Hassan Abdul Ghani menetapkan Chai dan Pang masing-masing dikenakan ikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan 14 hingga 17 Nov depan untuk bicara.

Sumber informasi : BERNAMA


[]

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX