SEPANG, 23 Okt -- PERLUMBAAN TERAKHIR... Pelumba MotoGP Pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli beraksi sebelum mengalami kemalangan maut ketika perlumbaan memasuki pusingan kedua apabila dia terbabas lalu di langgar oleh pelumba lain pada perlumbaan Shell Advance Malaysian Motocycle Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Marco disahkan mati jam 1656 akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.
Perlumbaan MotoGP di hentikan pada pusingan kedua bagi menghormati kematian beliau
MotoGP Batal Akibat Kematian Pelumba Itali Simoncelli
SEPANG, 23 Okt (Bernama) -- Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad.
Simoncelli berusia 24 tahun.
Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Dr Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.
Katanya pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
Informasi&Foto sumbangan BERNAMA