LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday, 27 October 2011

Widgets

KEMALANGAN DI NKVE : 3 WARGA NEPAL MAUT



Pautan
SHAH ALAM, 27 Okt -- Pasukan Bomba dan Penyelamat mengangkat salah seorang dari tiga mangsa yang maut di Kilometer 4.4 lebuhraya NKVE Kuala Lumpur-Klang selepas kemalangan antara dua buah van, sebuah kereta Myvi dan sebuah treler, di sini hari ini.[FOTO BERNAMA]

Tiga Warga Nepal Maut Dalam Kemalangan Sebelum Sempat Mula Bekerja Esok

SHAH ALAM, 27 Okt (Bernama) -- Tiga wanita warga Nepal yang baru menjejak kaki di Malaysia Khamis tidak sempat memulakan kerja di sebuah kilang membuat sarung tangan di Klang setelah mereka terbunuh dalam kemalangan di Km4.4, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, dua van syarikat yang membawa 19 pekerja dari Nepal itu dalam perjalanan menuju ke kilang tempat mereka bakal bekerja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), apabila sebuah daripada van itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dan sebuah lori kontena.

Ketua Trafik Daerah Shah Alam, DSP Ruslan Abdullah berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 petang, polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiga wanita sudah tercampak keluar dari van berkenaan.

"Polis mengesahkan ketiga-tiga wanita terbabit mati di tempat kejadian.

"Manakala, lima lagi cedera parah termasuk pemandu van itu dan kesemua mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



SHAH ALAM, 27 Okt -- Kesesakan di Kilometer 4.4 lebuhraya NKVE Kuala Lumpur-Klang selepas kemalangan antara dua buah van, sebuah kereta Myvi dan sebuah treler menyebabkan tiga maut di tempat kejadian, di sini hari ini.[FOTO BERNAMA]

Bagaimanapun, beliau berkata polis masih menyiasat bagaimana kemalangan itu berlaku.

Sementara itu penyelia syarikat berkenaan, Lihasrizam Ismail ketika dihubungi berkata kesemua pekerja itu tiba di KLIA kira-kira pukul 1 tengah hari dan mereka dijangka mula bekerja di kilang esok.

Ketiga-tiga mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Dil Kumari Shrestha, Kamaladevi Gurigai dan Dil Maya Gurung, katanya.

Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan dari Shah Alam ke Setia Alam sepanjang tiga kilometer.

Sumber = BERNAMA


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX