LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 31 October 2011

Widgets

[VIDEO]LAPAN CEDERA DALAM LETUPAN AKIBAT PELANGGARAN KERETAPI DENGAN LORI TANGKI



KOTA KINABALU, 31 Okt -- MARAK ... Api menjulang tinggi akibat perlanggaran sebuah lori tangki minyak dan kereta api dekat Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang tadi. Foto=BERNAMA

Lapan Cedera Dalam Letupan Besar Akibat Keretapi Berlanggar Dgn Lori Tangki

KOTA KINABALU, 31 Okt : Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini lapan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam keretapi itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.

angsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau.

Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek keretapi untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan keretapi berkenaan melanggarnya.

Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan, sementara pemandu keretapi berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas.





KOTA KINABALU, 31 Okt : Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran selepas berlakunya letupan besar akibat perlanggaran sebuah kereta api dengan sebuah tangki minyak dekat Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, petang tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam tragedi itu. Foto=BERNAMA (1 & 2)





Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu. Foto=BERNAMA(1 & 2)

Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliau nampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepas pelanggaran berlaku.

"Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.

Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.

Sumber=BERNAMA


Win fantastic holidays for four worth more than RM55,000! Berminat? Cubalah... Klik di sini untuk informasi lengkap











Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX