LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 26 October 2011

Widgets

TIPS BEBAS HUTANG WALAUPUN MEMILIKI KAD KREDIT





Tip Penggunaan Kad Kredit Berhemah

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit.

1. Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan.

2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agar tidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka berlakulah penyalahgunaan kad kredit.

3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.

4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.

6. Cuba disiplinkan diri anda untuk bayar jumlah penuh setiap perbelanjaan yang anda buat setiap bulan menggunakan kad kredit. Ini ialah untuk mengelakkan anda dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit anda. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Namun apa yang paling utama sekali ialah disiplin ketika menggunakan kad kredit. Jika tidak sampai bila-bila pun anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik.


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX