LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 27 October 2011

Widgets

[FULL MOVIE] NASI LEMAK CATAT KUTIPAN RM7 JUTA





Cerita yang amat menarik. Dengan perisian ini, anda tidak perlu lagi menunggu untuk fully download sepenuhnya seperti dalam youtube. Anda boleh klik di minit ke berapa sahaja yang anda suka untuk anda tontoninya. Hanya perlu gerakkan tetikus sahaja. Kemudian, pada minit ke 72, anda akan diminta untuk membelinya, ataupun anda perlu tunggu sejam sebelum movie disambung semula. Aku pilih tunggu jer. Selepas masa yang ditetapkan tamat(biasanya sejam) anda perlu refresh semula dan klik ke minit yang anda ingini. Tak perlulah mula semula ke minit pertama movie. Tu jer. Mudah kan? Tak macam Youtube, dah le tak boleh skip ke minit yang kita suka, kekadang tu hakmilik copyright pulak dituntut menyebabkan kita tak berpeluang menonton movie yang kita gemari. Any pertanyaan, tanya jer kat bawah tu. Lagi satu, just klik link ataupun di bawah sebagai tanda sokongan pada blog ini dan share dengan kawan2 anda. Click anda, walaupun simple, ia memastikan artikel bermutu terus dihidangkan kepada anda semua. TQVM/TKBB.

[Link 1]

[Link 2]



Walaupun dilanda banyak kontroversi sejak mula produksi sehinggalah selepas ia ditayangkan di pawagam, ia tidak sedikit pun menghalang filem "Nasi Lemak 2.0" hasil karya pengarah kontroversi Namewee melakukan kejutan dengan meraih kutipan sebanyak RM7 juta.

Namewee ketika ditemui di Geographer, Puchong sempena majlis meraikan kejayaan "Nasi Lemak 2.0" semalam memberitahu, "Sememangnya saya menaruh harapan yang cukup tinggi terhadap filem ini. Namun saya tidak menyangkakan ianya akan mendapat sambutan baik seperti ini di kalangan rakyat Malaysia.

"Saya berasa gembira kerana ia bukan sahaja ditonton oleh kaum Cina, bahkan kaum Melayu, India, Iban, Kadazan dan bangsa asing turut menghayati filem yang dihasilkan untuk rakyat Malaysia," ujar Namewee lagi.

Bagi meraikan kejayaan filem ini, bonus turut diberikan oleh penerbit filem, Fred Chong kepada barisan pelakon dan krew yang telah bertungkus-lumus dan dilaporkan sanggup menerima bayaran rendah bagi menjayakan "Nasi Lemak 2.0".

"Nasi Lemak 2.0" merupakan filem pertama tempatan berbahasa Cina yang mendapat kutipan tertinggi dan berada di posisi kelapan secara keseluruhan dalam kutipan pawagam filem tempatan. Pawagam Golden Screen Cinemas telah menghentikan tayangan filem ini selepas dua minggu ia ditayangkan dan boleh didapati di Astro First. Manakala MBO dan Tanjung Golden Village (TGV) pula mengakhirinya minggu lalu.

Filem bergenre komedi drama ini turut terpilih sebaga filem untuk tayangan rasmi di Festival Filem Golden Horse Taipei 2011. Ia turut tercalon untuk Festival Filem Malaysia ke-24 tahun ini dan bakal ditayangkan di Singapura pada Disember akan datang.

Sebelum ini, para penunjuk perasaan di Ipoh telah membuat aduan kepada pihak Kementerian agar memboikot "Nasi Lemak 2.0" sejak ia mula ditayangkan di pawagam pada 8 September 2011 gara-gara 'sejarah silam' dilakukan oleh Namewee yang menghina lagu kebangsaan beberapa tahun lalu. Malah filem ini turut dikritik hebat oleh pihak media tempatan.

Dibarisi pelakon seperti Namewee, Adibah Noor, Karen Kong, Reshmonu, Dato' Arumugam dan Afdlin Shauki, "Nasi Lemak 2.0" mengisahkan seorang tukang masak yang menghadapi masalah kerana tidak mahir menghasilkan makanan tempatan.

Diberitakan filem ini hanya disiapkan dengan kos 1 juta. WOW!! Banyak untung wooo...

Niak tonton? Klik pada poster di atas, ataupun tengok link terkini pada ruangan Comment.


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX