LUMUT, 28 Okt -- TEMBUS ... Cermin tingkap hadapan rumah mangsa ditembusi peluru yang dilepaskan penjenayah di Taman Hijau, Sitiawan dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, seorang peniaga berumur 31 tahun mati selepas ditembak oleh penjenayah ketika mangsa pulang ke rumah.
Pengusaha Pusat Karaoke Mati Ditembak
LUMUT, 28 Okt : Seorang pengusaha sebuah pusat karaoke dan kedai dobi mati ditembak di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan dekat sini Khamis malam.
Peniaga berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Kelvin itu ditembak pada kira-kira pukul 10 malam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan dan setakat ini belum ada suspek ditangkap.
"Polis masih menyiasat dan sedang mencari petunjuk kes itu dan tidak mahu siasatan terganggu," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Sementara itu seorang jiran lelaki itu, berkata mangsa dibawa ke hospital oleh seorang lagi jiran yang ternampak beliau terbaring berlumuran darah di hadapan rumah.
Beliau berkata mangsa yang mengalami kesan luka di beberapa bahagian badan mati di Hospital Seri Manjung.
Kelvin adalah anak bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di sini.
Seorang lagi jiran yang juga enggan dikenali berkata sebelum mangsa ditemui, beberapa bunyi letupan kedengaran.
"Saya sedang berehat di rumah, kedengaran lima das letupan di hadapan rumah...mulanya saya ingatkan bunyi mercun sempena Deepavali, tapi sangkaan saya meleset apabila mendapati mangsa terbaring di hadapan rumah dengan berlumuran darah," katanya.
Sumber = BERNAMA
Ingin dapatkan kamera percuma untuk merakam memori anda dan keluarga? [Dapatkan di sini]