LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 21 October 2011

Widgets

PERINGATAN KEPADA SEMUA MAJIKAN DI MALAYSIA : AKIBAT TAK MEMBAYAR GAJI PEMBANTU RUMAH





Guru Tuisyen Mengaku Tidak Bersalah Perdagangkan Pembantu Rumah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Seorang guru tuisyen Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan memperdagangkan pembantu rumahnya dengan tidak membayar gaji selama sembilan bulan, September lepas.

Lim Chee Chong, 42, didakwa memperdagangkan Khy Sareth, 23, seorang warga Kemboja bagi tujuan eksploitasi dengan tidak membayar gaji selama sembilan bulan lapan hari bermula dari 25 Nov tahun lepas sehingga 2 Sept lepas yang berjumlah RM5,400.

Pemilik Pusat Tuisyen 'Cikgu Sim' itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di No 62, Jalan Pandan Indah, 5/18 Taman Pandan Indah pada 3.45 petang, 2 Sept 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.




Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zuraini Ab Hamid menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

"Tawaran jaminan yang tinggi diberikan kerana kes ini semakin serius dan semakin menjadi-jadi," katanya.

Bagaimanapun peguam Keppy Wong yang mewakili Lim memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM3,000 atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai guru tuisyen dan tidak mampu membayar wang jaminan yang terlalu tinggi.

"...dan sekiranya dia gagal menjelaskan jaminan itu, ia akan mendatangkan kesan kepada perjalanan kelas anak-anak muridnya," katanya yang menambah Lim mengajar tuisyen murid-murid darjah satu hingga enam.

Hakim Sarimah Hashim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Sumber informasi : BERNAMA

[Klik kali ini mungkin membawa anda ke MU. Cubalah....
]

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX