Surirumah Maut Dalam Kebakaran Di Pangsapuri Rampai Court, Setapak
KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Seorang surirumah, yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, mati akibat sesak nafas ekoran asap tebal dalam kebakaran di Pangsapuri Rampai Court Fasa 2, Setapak di sini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata wanita berusia 43 tahun itu, yang bersendirian di rumahnya sewaktu kejadian kira-kira 5.30 petang, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan kirinya melecur.
"Mangsa tinggal seorang diri kerana suaminya keluar bekerja. Hasil siasatan awal, kami dapati kebakaran bermula dari dua bilik yang terdapat dalam rumah itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Anggota Bomba dan Penyelamat membawa turun mayat mangsa kebakaran dari tingkat satu Pangsapuri Rampai Court, Taman Seri Rampai Setapak di sini, malam ini.
KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Warga emas dipapah anggota keluarganya ketika kebakaran yang menyebabkan seorang mangsa maut di Pangsapuri Rampai Court, Taman Seri Rampai Setapak di sini, malam ini.
Tiga jentera dengan kekuatan 30 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Jelatek dan Setapak berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian, katanya.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Foto&Informasi dari BERNAMA